11 Julai 2010

Israk Dan Mikraj


Ringkasan Peristiwa Israk Dan Mikraj
Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
ii. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
iii. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
 Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
 Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
 Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
 Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebeis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
 Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
 Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
 Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
 Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
 Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
 Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
 Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
 Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
 Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
i. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
ii. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
iii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
iv. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
v. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
vi. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vii. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAHMengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
viii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
ix. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
x. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S.W.T : Ya Muhammad.
Rasulullah : Labbaika.
Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.
Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.
Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)
Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.



Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1)


dipetik dari

07 Julai 2010

Elak Pembaziran..!!!


Cuba sedaya elak pembaziran, walaupun nampak mudah tapi kesan baik bagi jangka panjang...Cuba Amalkan Tip-tip Ini

1. Kurangkan penggunaan elektrik dengan memasang lampu penjimat tenaga. Ia kurang mengeluarkan haba maka bilik tidak terlalu panas dan tidak perlu disejukkan.
2. Beli buah-buahan dan sayur-sayuran tempatan. Ini akan mengurangkan pengeluaran karbon ketika menghantar makanan ke setiap negara.

3. Kurangkan pembaziran makanan dengan membuat senarai membeli-belah mingguan. Apabila makan di luar,cuba pesan makanan yang kurang daripada terlebih pesan. Jika masih lapar lagi, anda masih boleh pesan lagi.

4. Periksa tarikh luput makanan yang disimpan dalam peti sejuk untuk mengelak daripada membuang makanan yang sudah tamat tempohnya, lantas mengurangkan membeli makanan baru.

5. Ketika melancong, beli tiket elektronik supaya tidak perlu mencetak tiket.

6. Jika anda tidak menggunakan perkakas atau mainan bayi, pinjamkan kepada kaum keluarga dan sahabat handai.

7. Gunakan laman web sosial untuk menawarkan barang-barang yang tidak digunakan lagi tetapi masih dalam keadaan yang baik kepada mereka yang inginkannya.

8. Didih air dengan menggunakan cerek di atas dapur dan elakkan penggunaan cerek elektrik

9. Tanam pokok-pokok di sekitar rumah untuk menyerap haba dan menyejukkan rumah.

10. Jangan lupa memadamkan suis barang-barang elektrik dan elektronik. Memadamkannya menggunakan ’remote control’ dan membiarkan dalam keadaan ’standby’ masih lagi menggunakan elektrik.

11. Air bilas yang diguna oleh mesin basuh kain boleh dikumpul dalam tong dan diguna semula. Contohnya, menggunakannya untuk membersih tandas.

dipetik dari

06 Julai 2010

Piala Dunia


Jerman dedah kerapuhan Maradona

Argentina tak pernah bangkit dalam 13 perlawanan di bawah bimbingan jurulatih itu

CAPE TOWN: Jurulatih Argentina, Diego Maradona, yang membuat pelbagai janji pada Piala Dunia, akhirnya mendapati pasukan itu menghadapi masalah yang sama semasa pusingan kelayakan Amerika Selatan.

Kemenangan Argentina dalam empat perlawanan, membuat jaringan pertama dalam semua pertemuan itu, menyembunyikan kerapuhan yang didedahkan Jerman ketika kekalahan besar 4-0 pada suku akhir, di Stadium, Green Point Sabtu lalu. Jentera serangan tidak mampu membantu mereka. Kenyataannya, dalam 13 perlawanan kompetitif di bawah bimbingan Maradona, Argentina tidak pernah bangkit semula selepas ketinggalan. Pemain terbaik FIFA, Lionel Messi, dilihat berpotensi sebagai pemain terkemuka di final, tetapi terus mengecewakan di posisi pemain tengah dalam setiap lima perlawanan Argentina.

Maradona yang sering bermain teka teki, dianggap bermain berseorangan ketika menjulang gelaran dunia yang kedua bagi Argentina di Mexico pada 1986.

“Kini adalah berbeza... saya rasa pemain dulu lebih banyak bermain untuk diri sendiri dan hari ini pemain lebih praktikal, lebih semangat berpasukan... itu ikutan terbaru,” kata Maradona. “Kami mempunyai pemain yang mahu menjulang pasukan di bahu mereka.”

Namun, Sabtu lalu, jurulatih Jerman, Joachim Loew menjawab taktik Maradona.
“Argentina satu pasukan yang dibahagikan antara pertahanan dan serangan. Itu adalah kunci bagi mengawal pemain tengah dan daripada situ kami mencipta kejayaan,” kata Loew, yang sebaya dengan Maradona, tidak sama taraf sebagai pemain tetapi jelas lebih bagus sebagai seorang jurulatih. - Reuters - Petikan dari

www.bharian.com.my/bharian/articles/JermandedahkerapuhanMaradona/Article

05 Julai 2010

Tribunal Tuntutan Pengguna


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.
Jenis-jenis tuntutan
1- Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama.

2- Keselamatan barang dan perkhidmatan .

3- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang. i. mengenai hakmilik;
ii. mengenai kualiti boleh terima;
iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi perihal;
v. bahawa barang mematuhi sampel;
vi. mengenai harga munasabah;
vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.

4- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan.
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. mengenai masa siap munasabah;
iv. mengenai harga munasabah.

5- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang.
i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:
iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv. mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.

6- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang.
i. mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii. bahawa barang mematuhi;
iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
Hot Line 03-78779000
email nccc@nccc.org.my
web www.nccc.org.my

Pejabat cawangan Tribunal Tuntutan Pengguna: sila semak
http://ttpm.kpdnkk.gov.my





04 Julai 2010

10 Sahabat Nabi s.a.w

“10 Sahabat Nabi yang Dijamin Masuk Surga”
1. Abu Bakar Siddiq ra
Khalifah pertama orang Muslim dari tahun 632-634. Beliau pada awalnya digelar Abdul Kaabah (hamba Kaabah) tetapi selepas pengislamannya, beliau menukar namanya kepada Abdullah. Namun beliau selalu digelar Abu Bakar (bermaksud unta muda) kerana beliau amat gemar membiak unta. Dan digelaran juga dengan As-Siddiq (yang membenarkan). Nama sebenar beliau ialah Abdullah ibni Abi Qahafah.
2. Umar Bin Khatab ra.
Kadang-kadang dipanggil juga sebagai Umar al-Farooq ataupun Omar atau Umar ialah daripada Bani Adi iaitu salah satu golongan puak Quraisy. Dia menjadi khalifah kedua Islam pada 23 Ogos (633-644) bersamaan 22 Jamadilakhir tahun 13 Hijrah dan merupakan salah satu khalifah di dalam Khulafa al-Rasyidun.
3. Usman Bin Affan ra.
Sahabat Nabi Muhammad SAW yang termasuk Khulafaur Rasyidin yang ke-3. Utsman adalah seorang yang saudagar yang kaya tetapi sangatlah dermawan. Ia juga berjasa dalam hal membukukan Al-Qur'an.
Ia adalah khalifah ketiga yang memerintah dari tahun 644 (umur 69–70 tahun) hingga 656 (selama 11–12 tahun). Selain itu sahabat nabi yang satu ini memiliki sifat yang sangat pemalu.
Utsman bin Affan adalah sahabat nabi dan juga khalifah ketiga dalam Khulafaur Rasyidin. ia dikenal sebagai pedagang kaya raya dan ekonom yang handal namun sangat dermawan. Banyak bantuan ekonomi yang diberikannya kepada umat Islam di awal dakwah Islam. Ia mendapat julukan Dzunnurain yang berarti yang memiliki dua cahaya. Julukan ini didapat karena Utsman telah menikahi puteri kedua dan ketiga dari Rasullah Saw yaitu Ruqayah dan Ummu Kaltsum.
4. Ali Bin Abi Thalib ra.
Salah seorang pemeluk Islam pertama dan juga keluarga dari Nabi Muhammad. Menurut Islam Sunni, ia adalah Khalifah terakhir dari Khulafaur Rasyidin. Sedangkan Syi'ah berpendapat bahwa ia adalah Imam sekaligus Khalifah pertama yang dipilih oleh Rasulullah Muhammad SAW. Uniknya meskipun Sunni tidak mengakui konsep Imamah mereka setuju memanggil Ali dengan sebutan Imam, sehingga Ali menjadi satu-satunya Khalifah yang sekaligus juga Imam. Ali adalah sepupu dari Muhammad, dan setelah menikah dengan Fatimah az-Zahra, ia menjadi menantu Muhammad.
5. Thalhah Bin Abdullah ra.
Seorang sahabat nabi berasal dari Quraisy, nama lengkapnya Thalhah bin Abdullah bin Usman bin Kaab bin Said. Thalhah juga termasuk enam konsultan Muhammad dan sepuluh orang yang dijanjikan masuk surga.
Thalhah mengikuti
Perang Uhud dan menderita luka parah yang luar biasa. Dia menggunakan dirinya menjadi perisai bagi Nabi Muhammad dan mengalihkan panah yang akan menancap diri Rasulullah saw dengan tangannya sehingga semua jari-jarinya terputus. Ia akhirnya meninggal akibat terpanah pada Perang Jamal
. Wafat pada 36H/656M
6. Zubair Bin Awaam
Adalah salah seorang sahabat nabi dan termasuk as-Sabiqun al-Awwalun, iaitu salah seorang dari 10 orang yang pertama masuk Islam. Ketika Naufal bin Khuwailid mengetahui Zubair telah memeluk Islam, ia sangat marah dan berusaha menyiksanya, Zubair dimasukkan ke dalam karung tikar, kemudian dibakar.
Wafat pada 36H/656M.
7. Sa’ad bin Abi Waqqas
Ia berasal dari klan Bani Zuhrah dari suku Quraisy[1], dan paman Nabi Muhammad dari garis pihak ibu. Ia memiliki putera bernama Umar bin Sa'ad, pemimpin dari pasukan yang membunuh Husain bin Ali pada Peristiwa Karbala. Abdurrahman bin Auf, sahabat nabi yang lain, merupakan sepupu.[2]
Saad lahir dan besar di kota
Mekkah. Ia dikenal sebagai pemuda yang serius dan memiliki pemikiran yang cerdas. Sosoknya tidak terlalu tinggi namun bertubuh tegap dengan potongan rambut pendek. Orang-orang selalu membandingkannya dengan singa muda. Ia berasal dari keluarga bangsawan yang kaya raya dan sangat disayangi kedua orangtuanya, terutama ibunya. Meski berasal dari Makkah, ia sangat benci pada agamanya dan cara hidup yang dianut masyarakatnya. Ia membenci praktik penyembahan berhala yang membudaya di Makkah saat itu.
8. Sa’id Bin Zaid

Seorang sahabat asal Quraisy. Nama lengkapnya Said bin Zayd bin Amru bin Nufail Al Adawi, ia berkesempatan mengikuti semua peperangan yang disertai Nabi Muhammad s.a.w kecuali Perang Badar. Said ikut dalam penaklukan negeri Syam (Suriah dan sekitarnya), kemudian meninggal di Madinah. Wafat pada 51 H/671M
9. Abdurrahman Bin Auf

Adalah salah seorang dari sahabat Nabi Muhammad SAW yang terkenal. Ia adalah salah seorang dari delapan orang pertama (As-Sabiqunal Aw-Walun) yang menerima agama Islam, yaitu dua hari setelah Abu Bakar.
Abdurrahman bin Auf berasal dari
Bani Zuhrah. Salah seorang sahabat Nabi lainnya, yaitu Sa'ad bin Abi Waqqas, adalah saudara sepupunya. Abdurrahman juga adalah suami dari saudara seibu Utsman bin Affan, yaitu anak perempuan dari Urwa bint Kariz (ibu Utsman) dengan suami keduanya.
10. Abu Ubaidillah Bin Jarrah

Abu Ubaidah bin al-Jarrah adalah Muhajirin dari kaum Quraisy Mekkah yang termasuk paling awal untuk memeluk agama Islam. Ia ikut berhijrah ke Habasyah (saat ini Ethiopia) dan kemudian, Ia hijrah ke Madinah. Ia mengikuti setiap pertempuran dalam membela Islam. Setelah wafatnya Nabi Muhammad, Ia merupakan salah satu calon Khalifah bersama dengan Abu Bakar dan Umar bin Khattab.
Setelah terpilihnya Abu Bakar sebagai Khalifah, Beliau ditunjuk untuk menjadi panglima perang memimpin pasukan
Muslim untuk berperang melawan Kekaisaran Romawi. Ia meninggal disebabkan oleh wabah penyakit.

Sahabat-sahabat Nabi s.a.w yang lain adalah :-
Abbad bin Bishir
Abbas bin Abdul-Muththalib
Abdullah bin Abbas
Abdullah bin Abdul-Asad
Abdullah bin Hudhafah as-Sahmi
Abdullah bin Ja'far
Abdullah bin Mas'ud
Abdullah bin Rawahah
Abdullah bin Salam
Abdullah bin Ubay
Abdullah bin Umar
Abdullah bin Ummi-Maktum
Abdullah bin Zubair
Abdurrahman bin Abi Bakar
Abdurrahman bin Auf
Abu Abdillah al-Arqam bin Abi al-Arqam
Abu Ayyub al-Ansari
Abu Ayyub al-Anshari
Abu Bakar Al-Shiddiq
Abu Dujana (sahabat nabi)
Abu Dzar Al-Ghifari
Abu Fuhayra
Abu Hudhaifah bin al-Mughirah
Abu Hudhayfah bin Utbah
Abu Hurairah
Abu Lubaba bin Abd al-Mundzir
Abu Musa al-Ashari
Abu Qatadah
Abu Sa'id al-Khudri
Abu Sufyan
Abu Sufyan bin Harits
Abu Thalib
Abu Ubaidah bin al-Jarrah
Abu al-Dardaa
Al-Abaadilah
Al-Ala'a Al-Hadrami
Al-Baraa bin Malik al-Ansari
Ali bin Abi Thalib
Aminah binti Wahab
Amir bin al-Jamuh
Ammar bin Yasir
Amru bin Ash
An-Numan bin Muqarrin
Anas bin Malik
Aqil bin Abi Thalib
Bashir bin Sa'ad
Bilal bin Rabah
Fadl bin Abbas
Fatimah binti Asad
Fayruz al-Daylami
Hakim bin Hazm
Halimah As-Sa'diyah
Hamzah bin Abdul-Muththalib
Hatib bin Abi Baitah
Hindun binti Abi Umayyah
Hudhayfah bin al-Yaman
Ikrimah bin Abu Jahal
Ja'far bin Abi Thalib
Khadijah binti Khuwailid
Khalid bin Walid
Khubaib bin Adi
Khuzaimah bin Tsabit
Lubabah binti al-Harith
Miqdad bin Aswad
Mu'adz bin Jabal
Muawiyah bin Abu Sufyan
Muhammad bin Abu Bakar
Mush’ab bin ‘Umayr
Pemeluk Islam pertama
Qotzman
Rabi'ah bin Harits
Rifa’ah bin Zaid
Sa'ad bin Abi Waqqas
Said bin Amir al-Jumahi
Said bin Zayd bin Amru
Salim Mawla Abu Hudhayfah
Salman al-Farisi
Sa’id bin Al-Ash
Shafiyah binti Huyay
Suhayb Ar-Rummi
Sumayyah binti Khayyat
Syaibah bin 'Utsman
Thalhah bin Ubaidillah
Thalib bin Abu Thalib
Ubaidah bin Harits
Ubay bin Ka'ab
Umar bin Khattab
Ummi Kultsum binti Ali
Ummi Kultsum binti Jarwila Khuzima
Ummi Syarik
Ummi Ubays
Usamah bin Zaid bin Haritsah
Usayd bin Hudhayr
Utsman bin Affan
Utsman bin Mazh'un
Uwais al-Qarny
Wahsyi
Waraqah bin Naufal
Yasir bin Amir
Zaid bin Haritsah
Zaid bin Tsabit
Zubair bin Awwam bin Khuwailid
sumber

30 Jun 2010

Sihat Sejahtera


Hidup Sihat

Cuba amalkan cara-cara berikut:-
* Elak memakan yg tinggi lemak dan kalori
* Ambil makanan dalam kuantiti yg sedikit
* Jadikan buah-buahab dan sayur-sayuran sebagai snep
* Bakar, rebus dan panggang makanan
* Lakukan aktiviti fizikal setiap hari

Makanan yang sihat untuk jantung:-
* Susu skim @ susu 1% lemak
* Yogurt rendah lemak
* Keju rendah @ tanpa lemak
* Ikan
* Ayam dan ayam Belanda tanpa kulit
* Daging yang dipotong nipis
* Bijirin, pasta dan kekacang
* Jagung, roti
* Sayuran dan buahan

Kurangkan memakan berikut:-
* Marjerin dan minyak
* Nangka, cempedak, pisang, langsat, anggur dan air kelapa
* Kacang tanah

Elakkan sebolehnya memakan:-
* Susu penuh krim
* Krim dan ais krim
* Keju tinggi lemak
* Mentega
* Lemak daging
* Sosej, hot dog, bologna
* Organ dalaman haiwan (spt- hati & pedal)
* Kuning telur
* Santan kelapa
* Lemak haiwan

Aktiviti:-

* Berjalan
* Senamrobik
* Berkebun
* Bersukan
* Lompat tali

Lakukan sebarang pergerakkan yang dapat mengeluarkan peluh selama sekurang-kurang 20 minit, 3 kali seminggu...

27 Jun 2010

Maksiat Batin


Maksiat batin.
(Mengikut Imam Al-Ghazali dari Kitab Hidayatus Salikin)
1. Banyak makan – makan jangan terlalu kenyang (bahagikan perut kpd 3 bahagian – satu utk makanan, satu minuman dan satu lagi utk bernafas). terdapat 3 golongan makan :- darjat pertama makan sekadar dapat ibadat, ke2 makan setengah cupak (600gm) sehari semalam). Ke3 secupak sehari semalam.
2. Banyak cakap – melainkan menyuruh membuat kebaikkan dan kebajikkan.dan jika tidak lebih baik diam.
3. Banyak / Cepat marah - marah berpunca dgn syaitan, maka apabila marah hendaklah mangambil wuduk.
4. Dengki – suka kalau hilang nikmat yg ada pada orang lain (dia suka kalau orang lain kena bala ), ini adalah sebesar-besar perbuatan yg dicela oleh agama.
5. Kedekut /kikir – terlalu kasih pada harta, jika menderma suka menunjuk-nunjuk supaya dipuji.
6. Kasih kemegahan – menumbuhkan munafik di dalam hati, suka mempromosi diri dan kehebatan diri.
7. Kasih dunia – Dunia ini penjara bagi orang mukmin, dunia dilakna oleh Allah, kecuali orang yang sentiasa mengingati Allah. Dunia sebagai tempat memcari bekal ke akhirat.
8. Membesarkan diri /takabur – melihat keadaan orang lain lebih hina/lemah daripada kita, dihimpunkan di akhirat dalam keadaan hina, adakala nyata pada lidah, adakala pada perbuatan. Contoh membesar diri Allah berfirman: "Apakah yang menghalangimu untuk bersujud (kepada Adam) di waktu Aku menyuruhmu?" Menjawab iblis "Saya lebih baik daripadanya: Engkau ciptakan saya dari api sedang dia Engkau ciptakan dari tanah." Al A'raaf : 12.
9. Heran diri / Ujub / Angkuh – 3 perkara membinasakan ibadat iaitu kikir, menikut nafsu yg dicela agama dan heran diri. Perbuatan yang boleh melalaikan diri daripada Allah. Perbuatan tidak bersandarkan pada Allah.
10. Riak (suka dipuji) – Firman Allah “ 4. Maka kecelakaanlah bagi orang-orang yang shalat 5. (yaitu) orang-orang yang lalai dari shalatnya, 6. orang-orang yang berbuat riya” - Al Maa´uun 4-6. Perbuatan bagi memdapat pujian.

dari Kitab Hidayatus Salikin

Penyakit Gout


Penyakit Gout
Sendi jari tidak boleh bergerak dan kaki membengkak sehingga terasa seperti memijak atas kaca atau jarum. Inilah keadaan yang dihadapi oleh pesakit Gout . selalu membabitkan jari kaki yang besar tetapi juga boleh memberi kesan pada tumit, lutut, tapak kaki, buku lali dan jari kaki.
Ia adalah sebahagian daripada penyakit arthritis yang dikelaskan sebagai penyakit metabolic akibat asid uric (bahan buangan yang terhasil daripada pemecahan purin – protein, berkumpul pada sendi dan tisu lembut di sekeliling sendi, terutama sendi kaki.
Umumnya gout sering dikaitkan sebagai penyakit lelaki dan jarang berlaku pada perempuan. Dan jika ada hanyalah selepas wanita mengalami menopaus.
Individu yang mengalami masalah kencing manis, obesity, anemia, pesakit buah pinggang atau pengambilan ubat yang mengganggu pengkumuhan asid uric turut berisiko mendapat gout.
Selain dikenali sebagai penyakit yang diwarisi, gout juga disebab oleh gaya hidup kurang sihat seperti pengambilan makanan laut (ikan, kerang, sardin dan ikan bilis) berlebihan serta makan sesetengah sayuran seperti bayam, bunga kudis, asparagus dan cendawan. Organ dalaman haiwan - paru-paru, hati dan jantung, daging merah dan yis – roti putih dan roti manis.
Gout boleh dikawal dengan ubat-ubat dan sedikit berpantang menghindarkan makanan kaya purin seperti seperti bijirin, makanan laut,makanan berprotein tinggi, ikan bilis, kicap, tea dan kopi. Sebaliknya minum banyak air masak sekurangnya 8 jelas sehari dan kerap bersenam.

21 Jun 2010

Boikot Barangan Israel


Terdapat 3 barangan atau syarikat yg terang-terangan memberi sokongan dan sumbangan yg besar kpd Yahudi iaitu Starbucks, Coca cola dan Colgate.
Turki dilaporkan membekukan sekurang-kurangnya 16 perjanjian pembelian senjata dgn Israel dianggar bernilai AS$56 bilion (rm182 bilioan)
78. Telah dila'nati orang-orang kafir dari Bani Israil dengan lisan Daud dan Isa putera Maryam. Yang demikian itu, disebabkan mereka durhaka dan selalu melampaui batas. [Al-Maa'idah:78]
laporan Sinar Harian 20 Jun 2010

16 Jun 2010

Jahanan Yahudi



ASHDOD: Komando Israel menyerbu beberapa kapal membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza awal semalam menyebabkan 19 orang maut dan 36 lagi cedera, kebanyakannya aktivis Turki sekali gus mencetuskan krisis diplomatik antarabangsa. Anehnya, Israel menyalahkan aktivis kerana mencetuskan keganasan hingga membawa kematian menyebabkan aktivis memberi keterangan bagaimana ia berlaku di perairan antarabangsa.
SOLAT HAJAT DIADAKAN DI PEKARANGAN STADIUM SULTAN MUHAMMAD KE4 KOTA BHARU.
Rakaman secara langsung sebuah bot Turki yang boleh dilihat di internet, menunjukkan komando berpakaian hitam Israel turun dari helikopter dan menyerang aktivis.

“Ketika keadaan masih gelap, komando Israel turun dari helikopter ke kapal Mavi Marmara dan terus melepaskan tembakan sebaik menjejakkan kaki di dek,” menurut laporan laman web Pergerakan Bebaskan Gaza. (berita lanjut)

Malaysia kutuk kezaliman Israel: Serang konvoi bantuan ke Gaza perbuatan tak berperikemanusiaan: Najib


KUALA LUMPUR: Malaysia dan rakyatnya mengutuk keras tindakan zalim dan tidak berperikemanusiaan rejim Zionis terhadap konvoi yang dalam perjalanan menyam-paikan bantuan kemanusiaan untuk rakyat Palestin di Gaza.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata konvoi itu berada di kawasan perairan antarabangsa dan sebarang tindakan ketenteraan tidak dibenarkan sama sekali oleh undang-undang antarabangsa.


“Ini menunjukkan kerakusan rejim Israel yang tidak menghormati undang-undang antarabangsa dan menggunakan kuasa sesuka hati tanpa pertimbangan sama ada tindakan yang dilakukan boleh menyebabkan kehilangan nyawa mereka yang tidak berdosa.

“Oleh itu, seluruh dunia patut kutuk dan kecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Israel. Saya berharap insiden ini akan membawa kepada satu bentuk tindakan atau sekatan yang boleh dikenakan terhadap kerajaan Israel. Sumber Berita Harian