05 Julai 2010

Tribunal Tuntutan Pengguna


Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM), adalah satu badan bebas yang ditubuhkan di bawah Seksyen 85, Bahagian XII Akta Pelindungan Pengguna 1999. Tribunal beroperasi di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri , Koperasi dan Kepenggunaan. Objektif utama penubuhan Tribunal adalah untuk menyediakan saluran alternatif kepada pengguna untuk memfailkan tuntutan gantirugi secara mudah, murah dan cepat.
Jenis-jenis tuntutan
1- Perlakuan mengelirukan dan memperdaya, representasi palsu dan amalan tak saksama.

2- Keselamatan barang dan perkhidmatan .

3- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang. i. mengenai hakmilik;
ii. mengenai kualiti boleh terima;
iii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iv. bahawa barang mematuhi perihal;
v. bahawa barang mematuhi sampel;
vi. mengenai harga munasabah;
vii. mengenai pembaikan dan barang ganti.

4- Hak terhadap pembekal berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekal perkhidmatan.
i. mengenai ketelitian dan kemahiran munasabah;
ii. mengenai kesesuaian bagi maksud tertentu;
iii. mengenai masa siap munasabah;
iv. mengenai harga munasabah.

5- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti nyata berkaitan dengan pembekalan barang-barang.
i. mengenai kualiti prestasi atau ciri-ciri barang;
ii. mengenai pemberian perkhidmatan yang diperlukan:
iii. mengenai kebolehdapatan barang yang serupa pada masa hadapan;
iv. mengenai pemulangan wang atau balasan sekiranya barang tidak memenuhi apa-apa akujanji oleh penggerenti.

6- Hak terhadap pengilang berkenaan dengan gerenti tersirat berkaitan dengan pembekalan barang-barang.
i. mengenai kualiti yang boleh diterima;
ii. bahawa barang mematuhi;
iii. mengenai pembaikan dan barang ganti.

Pusat Khidmat Aduan Pengguna Nasional
Hot Line 03-78779000
email nccc@nccc.org.my
web www.nccc.org.my

Pejabat cawangan Tribunal Tuntutan Pengguna: sila semak
http://ttpm.kpdnkk.gov.my





Tiada ulasan: