29 Jun 2009

Kejahatan anggota

Peliharalah tujuh anggota:-

1) Telinga

2) Tangan

3) Perut

4) Lidah (mulut)

5) Mata

6) Kaki

(gambar hiasan)
7) Kemaluan


Tujuh anggota inilah penyumbang utama kepada dosa manusia,gunakan sebaik mungkin anggota berkenaan sebagai menghargai nikmat yang dikurniakan Allah.


5

22 Jun 2009

Iran Bergolak


TEHERAN: 22 Jun 2009: Media Iran melaporkan 13 lagi terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan, semalam.

Keseluruhan, sekurang-kurangnya 20 orang terkorban akibat rusuhan sejak seminggu yang lalu.

Stesen televisyen Press TV mendakwa, 13 mangsa yang dilabel sebagai pengganas terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang membantah keputusan pilihan raya 12 Jun lalu dengan polis yang bersenjata cota, gas pemedih mata dan pancutan air.
kebanyakkan negara Islam sekarang ni sedang bergolak...perbalahan sesama sendiri...!!


Media turut melaporkan 100 yang lain cedera dalam rusuhan semalam tapi memetik timbalan ketua polis Iran yang menegaskan tiada peluru hidup ditembak dalam usaha membubarkan tunjuk perasaan yang berlaku.
Siapa yang untung dan bersorak gembira..?
BAITULMAQDIS: Presiden Israel, Shimon Peres memuji keberanian penunjuuk perasaan dan berharap rusuhan di Iran akan menamatkan era kepimpinan semasa republik Islam itu.

Peres turut mendesak golongan muda Iran supaya lantang bersuara demi memperoleh kebebasan.

“Saya harap kerajaan Iran yang tidak berkarisma ini akan lenyap akibat usaha yang mereka laksanakan ini,” katanya di hadapan warga Yahudi. - AFP




Dua stesen minyak turut dibakar penunjuk perasaan yang menyokong calon Presiden, Mir Hossein Mousavi.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menyelar Britain, Perancis dan Jerman kerana mempersoal kesahihan kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

“Perancis melakukan perbuatan yang tidak adil manakala Britain sentiasa cuba menimbulkan masalah dalam hubungan dengan Iran,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International memberi amaran jumlah korban sukar untuk disahkan.
Siapa akan peduli, malah Barat & Yahudi begitu senang hati


Kumpulan Kempen Hak Asasi Warga Iran yang beribu pejabat di New York pula mendakwa ada di antara mangsa yang cedera parah ditahan pihak berkuasa.

“Pengurusan hospital diminta melaporkan pesakit yang cedera akibat rusuhan memaksa sesetengahnya berlindung di kedutaan asing,” dakwa Hadi Ghaemi. - Agensi
dipetik dr Harian Metro

21 Jun 2009

kulit babi

Sekarang ni wabak selsema babi masih menular, saban hari ada saja kes baru. Hari ini ahad 21 Jun 2009 tujuh lagi termasuk 4 sekeluarga mangsa terbaru...jadi sebagai peringatan dan keselamatan eloklah diperhalusi perkara-perkara berkenaan babi ni...Apa sahaja perkara yang bersangutan dengan bintang ni harus diteliti. Kulit, bulu dan bahan-bahan makanan, alat solek dan seumpamanya..

Ni satu hal dah tak tau halal haram dah ke remaja kita sekarang ni...tau nak seronok sahaja...


5

16 Jun 2009

Khasiat buah zaitun


Antara khasiat minyak zaiton:-

Minyak zaitun yang dihasilkan dari pohon zaitun merupakan produk asli hasil tani di benua Asia Kecil dan taburannya bermula dari Iran, Syria dan Palestin sehingga keseluruhan Mediterranean semenjak 6,000 tahun yang lalu.

Pohon zaitun yang berkat ada disebut dalam Al-Quran, sebanyak 7 ayat dalam surah An-Nur-35, Al Mu'minuun-20, At Tiin-1, Al An'aam-99 & 141, An Nahl-11, dan ´Abasa-29. Semenjak 1400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad SAW telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda SAW sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.

Antara kandungan minyak zaitun adalah fenol, sterol, pigmendan squelen yang memainkan peranan penting dalam kesihatan manusia.

KEGUNAAN DAN KELEBIHAN MINYAK ZAITUN

Mengurangkan pengambilan lemak dalam diet harian
Menghindari penyakit kardiovaskular dan arteriosclerosis
Mengelakkan pembentukan batu hempedu (gallstone)
Membantu penghadaman dan mengurangkan ulser perut
Antioksidan dan antikanser
Membantu keseimbangan metablisme tubuh, pertumbuhan tulang dan tubuh yang baik (khasnya bagi kanak-kanak)
Membekal vitamin E
Kecantikan (kulit dan rambut)
Kestabilan asid lemak


Memberi kesuburan kulit wajah
Membantu mencegah keracunan
Menyingkir parasit pada usus
Membantu menyihatkan rambut dan menghilangkan kelemumur
Dengan campuran sedikit garam, boleh menjadi ubat mujarab bagi penyakit gigi dan gusi
Mengandungi bahan anti penuaan
Membantu menguatkan tenaga batin
Membantu mengatasi kesan melecur
Sebagai bahan urutan yang membantu menguatkan organ, sendi dan otot serta melegakan sakit
Membantu melegakan athritis dan sciatica
Membantu menjauhkan kanser usus
Penggunaan:

Gunakan dalam masakan menggantikan minyak masak kelapa sawit.
Mengambil secara terus sekurang-kurangnya 2 sudu makan setiap hari

Terdapat 3 jenis minyak zaitun:

Extra Virgin Olive Oil
Merupakan minyak zaitun paling murni dengan kadar keasidan 0.5-1 peratus. Warnanya kehijau-hijauan dan sesuai untuk dijadikan sos salad.

Virgin Olive Oil
Kandungan asidnya sekitar 4 peratus. Ia berwarna hijau kekuningan. Biasa digunakan sebagai campuran masakan atau hidangan tumisan.

Olive Oil
Minyak zaitun jenis ini mengandungi tahap keasidan melebihi 4 peratus. Berwarna kekuning-kuningan dan biasanya digunakan sebagal pengganti minyak untuk menggoreng dalam masakan Itali.
Penyembuh Pelbagai Penyakit

Jeruk zaitun mungkin hanya terkenal di Eropah dan Timur Tengah sahaja, tetapi hasil minyak daripada buah zaitun terkenal di seluruh dunia. Di Itali, minyak zaitun digunakan secara meluas dalam pasta, piza dan aneka masakan lain.

Namun bukan hanya untuk masak-memasak sahaja menyebabkan buah purba ni begitu digemari. Sejak berzaman ramai yang percaya bahawa buah ini merupakan ubat kepada pelbagai jenis penyakit.

Benarkah begitu? Sejauh manakah khasiat sebenar minyak zaitun? Hasil kajian yang dijalankan oleh Ketua Jabatan Epideminologi, Universiti Harvard, Dr. Dimitnios Tnichopoulos menunjukkan bahawa penggunaan minyak zaitun dalam jumlah yang besar dapat menurunkan risiko kanser payudara sehingga 50 peratus.

Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya.

Sementara Bapa Kedoktoran Moden, Socrates menyarankan agar kita mengambil jus segar zaitun bagi menyembuhkan gangguan mental dan masalah pencernaan. Selain itu banyak lagi kajian oleh pakar sains yang mengatakan bahawa minyak zaitun merupakan sejenis antioksida yang diperlukan untuk memerangi LDL kolesterol (kolesterol jahat) yang menyumbat arteri jantung, penyebab utama serangan jantung. Penelitian ini diperkuatkan lagi dengan bukti bahawa jumlah penduduk Mediterranean yang terkena serangan jantung amat kecil berbanding penduduk dunia yang lain.

Pakar kecantikan juga sepakat mengatakan bahawa minyak zaitun amat berguna untuk kecantikan. Vitamin E yang terkandung dalamnya dikatakan dapat meremajakan, menjaga kelembapan dan kekenyalan kulit. Kononnya Cleopatra, ratu Mesir purba yang jelita itu juga menggunakan minyak zaitun untuk menjaga kecantikannya. Jadi apa ditunggu lagi?
** dipetik dr email

15 Jun 2009

Petikan dr Al-Quran




Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (Al Maa'idah-38)





Dan jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil terhadap (hak-hak) perempuan yang yatim (bilamana kamu mengawininya), maka kawinilah wanita-wanita (lain) yang kamu senangi : dua, tiga atau empat. Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil[semua perkara makan-minum, pakaian, tempat tinggal dll], maka (kawinilah) seorang saja, atau budak-budak yang kamu miliki. Yang demikian itu adalah lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya.(An-Nisaa'-3)

Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran (Al-Baqarah-186)

Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa[sentiasa bertaqwa] itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.
(Al-A'raaf-26)





Hai orang-orang yang beriman, jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu, sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar.
(Al-Baqarah-153)













Perutusan samaan perbezaan Catatan
Perutusan samaan perbezaan Catatan


14 Jun 2009

Ramadan kemuncak El Nino


Kali ini ujian sebenar Ramadan menyamai saudara seagama di bumi gersang Asia Barat.

Apa tidaknya, Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa lalu meramalkan negara mungkin mengalami fenomena itu ekoran cuaca panas kering. Ia berikutan tiupan angin Monsun Barat Daya yang dijadual berlaku sehingga akhir September depan.

El Nino dikatakan tanpa disedari sudah terbentuk namun kekuatannya cuma dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Justeru Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merangka beberapa langkah awal bagi mengurangkan kesan fenomena itu.

“Ironi tidak jelas apakah tindakan dilakukan pihak berkuasa termasuk mengekang aktiviti pembakaran terbuka yang meningkatkan jerebu. Adakah membakar sate secara terbuka untuk dijual juga dilarang?,” soal Mohd. Nizam Mahshar.

Koordinator Sahabat Alam Malaysia (SAM) itu ketika dihubungi bagaimanapun mempersoalkan kurangnya persediaan bagi menghadapi El Nino. Ini kerana fenomena itu bukan cuaca luar biasa malah selalu berulang pada setiap empat tahun.

Malangnya, kita seperti tidak belajar daripada sejarah dan ia dapat dilihat ketika kejadian El Nino terburuk berlaku pada 1982, 1983, 1997 dan 1998. Waktu itu, negara teruk dilanda jerebu dan lebih parah, mengalami kekurangan bekalan air mentah.
** sumber Kosmo online


5

07 Jun 2009

Kandungan air


Dalam tubuh manusia jika dibahagikan peratusan komposisi AIR dalam organ tertentu seperti berikut :

1) Darah 82%
2)Buah Pinggang 82%
3)Otak 80%
4) Otot 75%
5)Hati69%
6) Tulang 22%
7) Gigi 5%



5