29 Disember 2010

Tanda Harga Kos Rawatan.

Elak pesakit hospital swasta bayar caj terlalu tinggi, buat pilihan

KUALA LUMPUR: Hospital swasta kini perlu memaklumkan secara terperinci dan telus mengenai caj profesional serta caj anggaran dan di luar jangkaan sebelum pesakit diberi rawatan atau dimasukkan ke wad. Ini bertujuan membolehkan pesakit membuat pilihan untuk mendapatkan rawatan di mana-mana kemudahan serta perkhidmatan jagaan kesihatan asalkan mereka ada maklumat mencukupi mengenai caj yang akan dikenakan. Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Mohd Ismail Merican, berkata langkah itu adalah antara persetujuan yang dicapai dalam mesyuarat yang diadakan Kementerian Kesihatan, Jumaat lalu, untuk membincangkan langkah bagi mengekang kenaikan kos jagaan kesihatan yang melampau di hospital swasta tanpa menjejaskan kualiti jagaan kesihatan disediakan.

Mesyuarat itu dihadiri Persatuan Hospital Swasta Malaysia, Persatuan Perubatan Malaysia, Majlis Perubatan Malaysia (MMC), ketua pegawai eksekutif dan orang bertanggungjawab bagi hospital swasta, wakil Organisasi Jagaan Yang Diuruskan (MCO), syarikat insurans, kumpulan profesional serta profesional perseorangan.

Mesyuarat itu diadakan sebulan selepas Berita Harian mendedahkan ramai individu gagal membayar balik pinjaman bank dan kad kredit yang digunakan untuk membayar kos perubatan yang tinggi di hospital swasta.

Pada mesyuarat itu, kementerian menegaskan pihaknya akan memperkukuhkan fungsi untuk mengawal selia dan akan melakukan perkara berikut:

Mengkaji serta mencari penyelesaian terhadap perbezaan caj antara pesakit membayar sendiri dan mereka yang memiliki polisi insurans kerana perkara itu turut menyumbang kepada kos keseluruhan jagaan kesihatan.

Mengulangi dan menekankan bahawa diskaun hanya dibenarkan untuk caj hospital dan tidak termasuk caj profesional.

Memantau hospital swasta dan pengamal perubatan swasta bagi memastikan tiada penyalahgunaan terhadap faedah perubatan yang disediakan melalui insurans dengan menjalankan pelbagai prosedur dan pemeriksaan tidak diperlukan ke atas pesakit, dan Secara berterusan akan mengarahkan pengamal perubatan swasta, hospital swasta, MCO, syarikat insurans dan pihak lain yang terbabit untuk memastikan kos jagaan kesihatan serta rawatan dikenakan adalah berpatutan dan munasabah.

Dr Mohd Ismail dalam kenyataannya semalam, berkata mesyuarat itu juga bersetuju semua MCO tidak dibenarkan campur tangan dalam keputusan klinikal dan perawatan pesakit yang dikendalikan oleh mana-mana pengamal perubatan, termasuk di klinik perubatan swasta.

Selain itu, semua perkhidmatan jagaan kesihatan yang disediakan pengamal perubatan swasta serta kemudahan dan perkhidmatan jagaan kesihatan swasta, perlu menepati Prosedur Operasi Standard (SOP) tanpa melanggar peruntukan di bawah kod tingkah laku profesional dan etika perubatan.

Beliau berkata, mesyuarat itu mengenal pasti faktor penyumbang kepada kos jagaan kesihatan termasuklah fi profesional, caj hospital dan isu berkaitan MCO serta syarikat insurans.

Ada juga hospital swasta didapati menerima tekanan daripada pemegang saham mereka untuk mengenakan caj hospital tertentu yang tinggi terhadap pesakit bagi mencapai petunjuk prestasi utama (KPI).

Sehubungan itu, katanya, usaha berterusan sedang dilakukan untuk meminda Jadual Ke-13 mengenai Fi Profesional Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta (Hospital Swasta dan Kemudahan Jagaan Kesihatan Swasta Lain) Peraturan 2006 bagi menangani isu kekaburan caj doktor.

“Pengurusan hospital dan MCO juga sudah diberitahu supaya jangan menyenaraihitamkan pengamal perubatan yang tidak bersetuju memberi diskaun bagi fi profesional mereka atau atas apa juga alasan, tanpa memberikan mereka amaran atau notis bertulis.

“Jika ada doktor yang didapati bertugas secara tidak beretika atau tidak bermoral, pengurusan harus melaporkannya kepada MMC,” katanya
Sumber Berita Harian

28 Disember 2010

Pusat Perlindungan bayi.

IPOH 27 Dis. – Hospital Pakar KPJ Ipoh hari ini melancarkan pusat perlindungan bayi dalam hospital yang pertama di negara ini bagi mengelak kejadian membuang bayi oleh mereka yang tidak bertanggungjawab.


Pembukaan pusat perlindungan tersebut dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Industri, Pelaburan, Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita negeri, Datuk Hamidah Osman.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Hospital Pakar KPJ Ipoh, Ahmad Nasiruddin Harun, objektif utama pembukaan pusat tersebut adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi baru lahir yang tidak bersalah daripada dibuang.

“Setiap bayi tersebut berhak untuk hidup dan menjadi tugas kita untuk menyokong kenyataan itu.

“Sehubungan itu kami menyediakan tempat yang selamat untuk bayi-bayi daripada dibuang,” katanya kepada pemberita selepas perasmian pusat perlindungan bayi itu di sini hari ini.

Ahmad Nasiruddin berkata, pusat perlindungan bayi itu cuma bertindak sebagai rumah sementara kepada bayi berkenaan sebelum diserahkan kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat.

“Jika bayi tersebut memerlukan perhatian perubatan, kita akan jaga mereka selama beberapa hari dan sekiranya rawatan lanjut, bayi itu akan dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB),” ujarnya.

Beliau memberitahu, orang ramai tidak perlu berasa bimbang untuk menghantar bayi yang diingini ke situ kerana identiti mereka tidak akan direkodkan.

“Kita cuma merekodkan masa bayi itu dihantar dan warna baju yang dipakai,” katanya.




Bagaimana jika [sebagai contoh] A meletakkan seorang bayi lelakinya di pusat ini dan setahun kemudian beliau meletakkan pula bayi perempuannya. Katakan 20 tahun kemudian bayi tadi bertemu dan ingin berkahwin, bukankah akan berlaku perkahwinan adik beradik. Jika hal ini berleluasa apa akan terjadi pada masyarakat Malaysia di masa akan datang.???
Sementara itu, Pengarah Perubatan Hospital Pakar KPJ Ipoh, Datuk Dr. Fadzli Cheah Abdullah berkata, pembukaan pusat perlindungan bayi itu bukan jalan penyelesaian kepada kes-kes pembuangan bayi.

Katanya, untuk menangani kes-kes pembuangan bayi yang semakin meningkat, ia memerlukan pendekatan secara menyeluruh termasuk pendidikan agama serta pengukuhan institusi keluarga.

“Dari Januari 2005 hingga Ogos 2010, sebanyak 472 kes pembuangan bayi direkodkan di seluruh negara. Daripada jumlah itu, sebanyak 55 peratus bayi meninggal dunia.

“Tugas kita adalah menjaga bayi itu dengan selamat untuk tempoh beberapa hari,” katanya.

Dalam pada itu, Hamidah mengucapkan penghargaan kepada Hospital Pakar KPJ Ipoh kerana mengambil inisiatif menubuhkan pusat perlindungan bayi itu.

“Kita tidak mahu rakyat beranggapan kerajaan negeri menggalakkan pembuangan bayi. Apa yang kita buat adalah untuk menyelamatkan nyawa bayi daripada dibuang.

“Kerajaan negeri memperuntukkan RM2 juta untuk melaksanakan program-program kesedaran agama di sekolah menengah dan kilang pada tahun depan bagi menangani kes pembuangan bayi,” katanya.sumber

Haram pakai menyerupai Santa Claus

JOHOR BAHRU:
Umat Islam dinasihatkan supaya tidak terikut-ikut menyambut perayaan Krismas hingga sanggup memakai pakaian atau perhiasan menyerupai Santa Claus kerana ia bertentangan dengan ajaran agama.

Mufti Johor, Datuk Tahrir Shamsuddin berkata, umat Islam di negara ini tidak sedar dan kurang pengetahuan mengenai ilmu agama menyebabkan mereka turut serta meraikan perayaan Krismas disambut masyarakat yang menganut Kristian.

“Kerana ingin bersama-sama meraikan perayaan itu menjelang 25 Disember, ada orang Islam yang memakai pakaian seperti Santa Claus bagi saya, hukumnya adalah haram.

“Tanpa disedari, perbuatan itu secara tidak langsung boleh mempengaruhi dan memesongkan akidah seseorang umat Islam,” katanya, semalam.

Beliau sendiri ada menerima aduan daripada orang ramai yang prihatin mengenai perkara itu dan meluahkan perasaan sedih kerana ada segelintir masyarakat Islam sanggup berpakaian seperti Santa Claus semata-mata kerana diarahkan majikan berbuat demikian.

Tahrir berkata, pihak atasan sesebuah organisasi seharusnya sedar dan maklum mengenai sensitiviti masyarakat Islam di negara ini.

“Memang tidak dinafikan sesetengah individu yang bekerja di pusat membeli- belah terpaksa memakai pakaian atau perhiasan itu atas kehendak tugas.

“Majikan sebenarnya boleh mengarahkan pekerja bukan Islam berpakaian sedemikian sebaliknya memilih individu beragama Kristian untuk memakai pakaian itu,” katanya.

JAKARTA: Majlis Ulama Indonesia (MUI) berkata, hiasan dipasang pemilik kompleks beli-belah, pusat hiburan dan tempat awam sempena Krismas kini keterlaluan dan bersifat provokatif.

Pengerusi MUI, Muhyidin Junaedi, berkata walaupun Islam tidak menghalang sesuatu perayaan agama lain diraikan penganutnya, sambutan itu perlu diadakan secara terkawal dan mengambil kira sensitiviti orang lain.

“Hiasan sempena Krismas mesti dibuat mengikut kesesuaian kerana majoriti penduduk Indonesia beragama Islam.

“Jika tidak, hiasan perayaan itu akan menyinggung pihak lain,” katanya kepada media, semalam.

Bagi menjaga sensitiviti semua pihak, kata Muhyidin, MUI mengeluarkan saranan kepada pemilik kompleks beli-belah dan pusat rekreasi supaya lebih berhati-hati menghias premis masing-masing.

Katanya, MUI menerima aduan daripada ramai kakitangan pusat beli-belah di negara itu yang kurang senang kerana dipaksa mengenakan pakaian Santa Claus. “Kejadian seumpama itu tidak sepatutnya berlaku.
“MUI perlu menjaga umat Islam daripada terbabit secara langsung menyertai sebarang perayaan agama lain,” katanya.
sumber

21 Disember 2010

Akta e-Dagang dipinda


BERA:
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam proses meminda Akta e-Dagang bagi melindungi pengguna melakukan transaksi melalui internet seterusnya mengambil tindakan terhadap pihak yang cuba menipu pengguna. Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata pihaknya giat memperhalusi segala butiran membabitkan pindaan akta, termasuk memasukkan hukuman atau penalti yang sebelum ini tidak ada dalam peruntukan akta berkenaan. “Jika sesuatu produk ditawarkan tidak menepati seperti yang diiklankan, kita sebenarnya masih boleh mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Dagangan 1972.

“Bagaimanapun, jika ia membabitkan produk kesihatan, penguatkuasaan mengikut bidang kuasa Kementerian Kesihatan,” katanya pada sidang media selepas merasmikan Pelancaran Kempen Tanam Sendiri-Jimat Belanja 2010 anjuran bersama FOMCA, yang disertai lebih 200 penduduk di sekitar daerah ini, di Kompleks Rakan Muda Bera.

Beliau diminta mengulas laporan akhbar ini mengenai produk pelangsing badan, kosmetik dan ubat-ubatan tradisional yang disahkan mengandungi bahan kimia, termasuk steroid dijual secara berleluasa di alam siber.

Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd Yusof Abdul Rahman dipetik sebagai berkata, pihaknya menerima banyak aduan daripada pengguna membabitkan kes penipuan barang yang tidak sampai dan produk tidak menepati seperti yang diiklankan dalam laman web.
Ismail Sabri juga berkata, pihak kementerian akan mempergiatkan usaha memberi penerangan kepada pengguna mengenai produk yang dijual melalui internet bagi melindungi kepentingan mereka.

“Apa yang boleh kita lakukan ialah dengan mengadakan kempen kesedaran kepada pengguna tetapi penguatkuasaan dilakukan Kementerian Kesihatan,” katanya.

Ditanya sama ada kementeriannya bercadang mengenakan lesen kepada orang ramai yang menjalankan perniagaan melalui internet, beliau berkata, perkara itu akan diperhalusi dalam penyediaan Akta e-Dagang.

Terdahulu, berucap pada majlis itu, Ismail, menyambut baik usaha dilakukan FOMCA kerana ia dapat mengurangkan kebergantungan pengguna ke atas barang keperluan harian.

“Ia sekali gus membantu mengurangkan kenaikan harga barang seperti cili, sayur-sayuran dan buah-buahan. Jika kita dapat menanam sendiri, kita bukan saja dapat hasil yang segar tetapi dapat juga berjimat dalam perbelanjaan isi rumah,” katanya.

Beliau berkata, kempen itu juga dapat memberi kesedaran kepada pengguna bahawa mereka tidak boleh menyalahkan orang lain, terutama kerajaan apabila harga barang naik, sebaliknya mengubah sikap selesa dengan mempelajari ilmu dan kemahiran baru untuk kehidupan yang lebih baik.
sumber

Islam prasyarat utama TPM bukan Melayu

Jawatan TPM tidak disentuh di dalam Perlembagaan Persekutuan. Walaupun jawatan ini tiada dalam Perlembagaan, ini tidak bermakna ia tidak boleh dilakukan.

Oleh itu, pelantikan TPM tidak melanggar Perlembagaan itu sendiri. Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan menyatakan Yang di-Pertuan Agong (YDPA) adalah “Supreme head of the Federation. Baginda adalah Ketua Negara tetapi bukan Ketua Kerajaan. Kuasa eksekutif terletak dalam tangan PM.

YDPA bertindak atas nasihat Kabinet diketuai PM. Kewujudan jawatan TPM secara konvensyennya dibuat kerajaan. Jawatan TPM penting kerana TPM adalah orang nombor dua dalam kerajaan. Malah, jika PM di luar negara atau sakit, TPM memangku jawatan PM.
Kuasa melantik PM atas budi bicara YDPA sendiri. Tidak ada sesiapa boleh memaksa baginda melantik Menteri Besar (MB). Ia bukan kuasa yang dimiliki mana-mana pihak atau kerajaan.

Jika kita melihat dalam Perlembagaan, memang benar tidak disebut dengan jelas bahawa PM dan timbalannya mesti terdiri daripada kalangan orang Melayu. Oleh kerana tiada syarat spesifik seorang PM dan TPM adalah Melayu, saya berpandangan orang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau TPM.

Namun timbul pula persoalan adakah seseorang bukan Islam boleh dilantik menjadi PM atau TPM? Bagi mencari jawapan terhadap persoalan ini kita perlu meneliti sumpah yang diambil oleh YDPA semasa menaiki takhta baginda. YDPA dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong bersumpah dalam jadual keempat Perlembagaan Persekutuan akan memelihara Islam pada setiap masa.

Oleh itu, adalah langsung tidak masuk akal sekiranya orang bukan Islam dilantik menjadi PM atau TPM. Bagaimana seorang bukan Islam dapat melaksanakan sumpah YDPA memelihara Islam pada setiap masa?

Malah pada pandangan saya orang Melayu yang tidak mengamalkan Islam juga adalah tidak layak dilantik menjadi PM atau TPM. Seorang yang tidak mempercayai atau memahami Islam sudah pasti akan gagal melaksanakan tanggungjawab ini.

Sumpah YDPA ini adalah kewajipan berperlembagaan bagi pihak kerajaan melaksanakan Islam pada setiap masa sebagaimana sumpah YDPA itu. Dalam perspektif yang berlainan pula jika orang bukan Melayu pula yang komited dan beragama Islam, beliau layak dilantik menjadi PM atau timbalannya kerana ia tidak langsung akan menjejaskan kewajipan Berperlembagaan YDPA itu.

Melantik bukan Islam sebagai TPM perlu diberi pertimbangan dari pelbagai aspek terutama apabila TPM menjadi pemangku PM. Sudah pasti pemangku PM bukan Islam ini mendapati beliau sukar menjalankan tugasnya dengan baik.

Begitu juga semasa persidangan Majlis Raja-Raja, orang bukan Islam akan menghadapi kesukaran dalam menjalankan tugasnya. Malah dalam Perlembagaan Persekutuan terdapat banyak perkara berkaitan dengan Islam dan kedudukan istimewanya. Sudah pasti Ketua Kerajaan bukan Islam tidak dapat melaksanakan hak keistimewaan orang Melayu/Islam ini mengikut acuan perundangan.

Jawatan TPM walaupun tiada disebut dalam Perlembagaan Persekutuan bukanlah jawatan yang tidak penting. Pemegang jawatan ini adalah orang nombor dua dalam pentadbiran kerajaan. Oleh itu, jika sesuatu terjadi kepada Ketua Kerajaan sudah pasti TPM akan mewarisi jawatan terbabit. Oleh yang demikian, jawatan ini amat penting di dalam dan di luar negara.

Disebabkan itu, saya berpandangan seorang bukan Melayu boleh dilantik menjadi PM atau timbalannya dengan syarat orang bukan Melayu itu adalah seorang mukmin yang tegas melaksanakan ubudiahnya kepada Allah SWT.

Namun saya tidak bersetuju sekiranya jawatan itu dilantik dikalangan orang bukan Islam kerana ia akan menyanggah sumpah yang dilafazkan YDPA. Orang Islam yang gagal menjayakan sumpah YDPA tidak layak menjadi PM walaupun beliau seorang yang berilmu dan berpengaruh.

Ruangan ini bukan bertujuan mencari salah sesiapa. Tetapi sekadar berkongsi ilmu dalam aspek perundangan sebenar, tidak dimainkan oleh emosi ataupun ketaksuban kepada seseorang pemimpin.

Saya juga tidak berhasrat menyentuh kuasa Raja-Raja Melayu. Ingin saya tegaskan sekali lagi bahawa menjadi kelaziman PM dan TPM Malaysia adalah orang Melayu, namun tradisi ini boleh diubah dengan melantik orang bukan Melayu yang beragama Islam sebagai PM dan TPM.
Penulis ialah Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM) dan boleh dihubungi melalui zainul.rijal@abubakar.my
sumber

13 Disember 2010

Jawatankuasa khas PPIM kendali aduan mangsa MLM

KUALA LUMPUR:
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menubuhkan Jawatankuasa Saringan Aktiviti Perniagaan bagi memudahkan orang ramai membuat aduan atau berkongsi pengalaman menjadi mangsa penipuan melalui aktiviti perniagaan termasuk jualan langsung (MLM) yang diragui operasinya.

Setiausaha Kerja PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata jawatankuasa itu yang beroperasi mulai minggu depan akan mengumpul dan membuat rumusan terhadap setiap maklumat yang diterima melalui satu ruangan khas yang dimuatkan di laman web PPIM. “PPIM berharap sesiapa yang mempunyai pengalaman ditipu dalam aktiviti perniagaan berkongsi maklumat supaya masyarakat dapat menjadikannya sebagai rujukan untuk mengenalpasti sama ada sesuatu perniagaan itu benar-benar sah ataupun tidak. “Sekurang-kurangnya maklumat yang dikongsi membolehkan orang ramai berinteraksi sekali gus mengelakkan daripada terus tertipu melalui pelbagai tawaran dibuat khususnya syarikat MLM,” katanya pada sidang media mengenai isu penipuan syarikat jualan langsung di sini.

Katanya, tahun ini saja PPIM menerima kira-kira 70 aduan daripada pengguna yang mendakwa ditipu syarikat MLM, termasuk golongan profesional dan kakitangan awam.

Sementara itu, seorang mangsa, Fariza Shamsudin, 33, berkata beliau kini terpaksa menanggung hutang bank sebanyak RM60,000 selepas terpedaya dengan janji manis ejen MLM untuk menyertai satu skim yang menjanjikan pulangan sehingga RM120,000 dalam tempoh setahun.

“Semua urusan pinjaman (bank) diuruskan ejen dan saya hanya menandatangani surat perjanjian bank. Pada mulanya, saya memang mendapat pulangan RM20,000 secara berperingkat seperti dijanjikan tapi lama-kelamaan terus senyap,” kata jururawat yang bekerja di sebuah hospital kerajaan di sini.
Dalam perkembangan berasingan, Nadzim berkata pihaknya akan bertemu dengan Perbadanan Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) untuk membincangkan langkah yang boleh diambil bagi membantu pelajar universiti persendirian di Mesir meneruskan pengajian mereka.

Katanya, sehingga semalam kutipan Tabung Kecemasan Pendidikan untuk membantu pelajar terbabit mencecah RM20,000 dan pihaknya masih mengharapkan sumbangan daripada orang ramai.
sumber

08 Disember 2010

TV baru


KUALA LUMPUR - TV AlHijrah yang baru dilancarkan secara rasmi semalam merupakan satu detik bersejarah untuk negara kerana kelahiran sebuah lagi stesen milik kerajaan selepas penubuhan Radio Televisyen Malaysia (RTM) lebih 60 tahun lalu.

Pelancaran stesen ini yang dirasmikan dalam satu majlis yang unik menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melakukan ‘panahan perdana’ dengan melepaskan sebilah anak panah ke sasaran logo TV AlHijrah sebesar meter meter tinggi yang terletak di puncak bangunan Pusat Penyiaran Digital AlHijrah.

Perasmian unik dengan cara memanah ke arah logo TV AlHijrah ini adalah mengambil iktibar daripada Hadis Rasulullah yang berbunyi ‘ajarlah anak-anak kamu berenang, memanah dan menunggang kuda’.

Pada ucapan perasmian sebelum itu, Najib menjelaskan objektif utama AlHijrah adalah memainkan peranan penting untuk memperkenalkan ajaran Islam sebenar kepada seluruh rakyat di negara ini, tidak kira kepada orang Islam atau bukan Islam.

“Pemahaman ajaran Islam sebenar akan dapat mengeratkan hubungan persaudaraan sesama Islam dan pada masa yang sama masyarakat bukan Islam dapat membuang perasaan prejudis dan buruk sangka terhadap Islam supaya mereka tidak lagi fobia apabila disebut perkataan Islam.

“Mereka juga akan yakin bahawa masyarakat Islam tidak bertindak jika tidak diganggu dan pada masa sama mereka adalah rakan yang amat setia,” katanya.

Selain itu, Najib turut mengharapkan TV AlHijrah menjadi medium perpaduan ummah serta menerima stesen TV baru ini sebagai media pendidikan tidak formal untuk mereka.

“Bagi masyarakat bukan Islam, stesen ini diharap akan memperkenalkan kepada mereka ajaran Islam yang betul, harmoni dan membawa kepada kesejahteraan,” katanya.

Katanya lagi, pemilihan tarikh perasmian TV AlHijrah semalam amat bermakna kerana ia jatuh pada tarikh sambutan Maal Hijrah atau 1 Muharram, yang ada kaitan dengan nama stesen TV ini sendiri.

Detik bersejarah pelancaran ini turut disaksikan oleh ratusan dif-dif kehormat, termasuk wakil negara-negara OIC, mufti-mufti negeri, Ketua-Ketua Agama Islam seluruh negara, wakil-wakil media dan badan-badan bukan kerajaan (NGO).

TV AlHijrah adalah stesen TV percuma terbaru berkonsepkan Islam dan kini telah bersiaran melalui 6 pemancar termasuk di Lembah Kelang, Terengganu, Johor Tenggara, Sabah, Sarawak dan terbaru dari Bukit Pelindung, Pahang serta mencakupi 60 peratus penonton di negara ini.

05 Disember 2010

Lebih 20 juta kenderaan menjelang akhir 2010

KUALA LUMPUR 2 Dis 2010. - Malaysia akan mempunyai lebih daripada 20 juta kenderaan berdaftar di jalan raya menjelang akhir tahun ini.

Ketika mendedahkan perkara ini, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha berkata, jumlah terkumpul kenderaan berdaftar mencapai lebih 19 juta pada 2009.

"Malaysia boleh dianggap sebagai salah sebuah negara bermotor yang tinggi di mana lebih daripada sejuta (1,017,361) unit kenderaan baru didaftarkan pada 2009 sahaja.

"Ini bermakna bahawa setiap 30 rakyat Malaysia, tua dan muda, memperoleh kenderaan bermotor baru setiap tahun, katanya semasa merasmikan Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIMS) 2010 di sini.

KLIMS 2010, antara lain akan mempamerkan kenderaan berteknologi hijau, kenderaan konsep dan model pengeluaran yang menggariskan janji yang dibuat oleh penggiat industri untuk masa depan yang lebih hijau dan permotoran yang lebih mapan. - Bernama

KUALA LUMPUR 3 Dis. 2010— Kerajaan hari ini mengumumkan pengurangan subsidi sebanyak lima sen bagi setiap liter petrol RON 95 dan diesel, lima sen setiap kg bagi Gas Asli Cecair (LPG) dan 20 sen satu kg bagi gula berkuatkuasa esok.
Berikutan pengurangan subsidi itu, harga petrol RON95 ialah RM1.90 seliter, diesel RM1.80 seliter, LPG RM1.90 satu kg dan gula RM2.10 satu kg.
Pengumuman tentang rationalisasi subsidi itu dibuat melalui kenyataan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), Jabatan Perdana Menteri.
Langkah pertama program rasionalisasi subsidi dilaksanakan pada 16 Julai apabila subsidi bagi petrol RON95 petrol dan diesel dikurangkan sebanyak lima sen seliter, 10 sen bagi satu kg untuk LPG dan 25 sen bagi satu kg gula. — Bernama

30 November 2010

Melayu Pulau Pinang

APAKAH penyelesaian terbaik untuk membantu Melayu Pulau Pinang menyelesaikan masalah penghakisan tanah milik mereka di negeri itu? Adakah dengan membentuk sebuah konsortium yang membeli hartanah dan kemudian dijual kepada penduduk Melayu dapat menyelesaikan masalah?

Mungkin ia boleh dilakukan tetapi lebih kepada usaha jangka pendek, sedangkan penyelesaian yang kita mahu adalah penyelesaian jangka panjang. Justeru, apa yang boleh dilakukan?

Menjawab persoalan tersebut, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pulau Betong, Balik Pulau, Pulau Pinang, Muhamad Farid Saad berkata, penyelesaian paling tuntas adalah membetulkan dahulu masalah ekonomi Melayu Pulau Pinang.

Ini kerana katanya, jika ekonomi tidak kuat maka segala usaha bagi membolehkan orang Melayu bersaing dengan bukan Melayu dalam pelbagai sektor akan menuju ke jalan kegagalan.

Menurutnya, kegagalan orang Melayu menguasai ekonomi berpunca daripada pendidikan yang rendah dan bersangkut paut dengan faktor kemiskinan Melayu di negeri itu.

Beliau menjelaskan, keluarga yang miskin mempunyai kurang kesedaran dalam memberi motivasi kepada anak-anak untuk meningkatkan tahap pendidikan.

Berita lanjut, sila rujuk edisi cetakan Utusan Malaysia atau langgani e-Paper di http://ebrowse.bluehyppo.com/utusan/index.asp

29 November 2010

Hukum Sijil Simpanan Premium


Sebenar ada berberapa isu Syariah berkaitan SSP antaranya:

1- Persoalan sama ada SSP ada unsur perjudian, tetapi berdasarkan operasi SSP, tiada judi.
2- Qard, kerana dari segi perundangan, akaun SSP adalah satu qard daripada BSN, so BSN tak boleh janji sebarang hadiah kerana "Kullu qardin jara naffan fahua riba".
3- Investment, diurus secara konvensional, bercampur-aduk riba dan non-riba. Lagi pun BSN sendiri dari segi pentadbiran dan akaun memang menganggap SSP sebagai produk konvensional. Solutionnya ialah mengikut apa yang dilaksanakan oleh Bank Islam, kerana kebetulan yang design "SSP-i" asalnya staff BSN, kemudian berpindah ke Bank Islam.

KESIMPULAN

Jika demikian, hasil kajian beliau adalah sama dengan hasil kajian awal saya cuma tidak mampu saya coretkan secara bertulis kerana ketiadaan autoriti dan bukti bertulis.

Saya bersetuju bahawa hadiah kereta dan sebagainya yang diberi melalui cabutan nombor sijil yang dipegang oleh penyimpan adalah bukan judi. Ia jelas kerana pihak penyimpan tidak mengalami sebarang kerugian walau tidak terpilih. Justeru ia bukan judi yang sifatnya mendedahkan peserta kepada rugi jika tidak terpilih, untung jika menang. Hal itu tiada dalam sistem cabutan SSP.

Saya juga bersetuju bahawa kontrak di antara BSN dan penyimpan adalah qard atau pinjaman, Justeru, sebarang hadiah atau dividen yang dijanjikan oleh BSN (jika ada) adalah riba berdasarkan hadis dan ijma ulama.

Saya juga bersetuju bahwa apabila wang terkumpul disalurkan kepada pelaburan bercampur halala hdan haram, ia sama sekali TIDAK PATUH Shariah YANG TIDAK BOLEH disertai oleh mana-mana orang Islam.

Justeru itu, apakah hukum Sijil Simpanan Premium BSN ?
Saya difahamkan pihak BSN Islamic sedang bertungkus lumus memperbaiki system sedia ada SSP kepada cara dan keadah Islam. Sementara belum wujudnya produk SSP Islam, menyertai SSP yang sedia ada adalah sama seperti menyimpan di dalam sebuah akaun riba di mana-mana bank konvensional. Hukumnya juga adalah sama, iaitu haram, menyertainya juga haram.

Majlis Syariah BSN Islamic juga tidak memberikan sebarang pengesahan patuh Shariah kepada produk SSP ini. Saya juga difahamkan bahawa pihak JAKIM juga telah dimaklumkan berkenaan hal ini dan mereka sedang melakukan tindakan yang sewajarnya untuk menanganinya
***sumber

27 November 2010

600,000 mati akibat asap rokok...!!



PARIS 26 Nov. 2010 - Hampir 600,000 orang yang tidak merokok, dengan satu pertiga daripada mereka kanak-kanak, meninggal dunia setiap tahun akibat menyedut asap rokok daripada mereka yang mengamalkan tabiat itu.

Angka itu diperolehi daripada kajian pertama yang diadakan di seluruh dunia mengenai kesan asap rokok ke atas golongan bukan perokok.

Berlainan dengan penyakit 'gaya hidup' yang banyak berpunca daripada pilihan individu, mangsa yang dikenali sebagai perokok pasif itu menanggung akibat daripada tabiat merosakkan kesihatan yang diamalkan oleh orang lain, terutamanya ahli keluarga.

Di kalangan bukan perokok di seluruh dunia, 40 peratus kanak-kanak, 35 peratus wanita dan 33 peratus lelaki terdedah kepada asap rokok pada 2004, tahun terakhir di mana data boleh didapati di kesemua 192 negara yang terlibat dalam kajian itu.
Apabila ditambah kepada 5.1 juta kematian melibatkan perokok aktif, jumlah kematian akibat amalan merokok bagi 2004 melebihi 5.7 juta orang di seluruh dunia, menurut kajian itu.

Hampir separuh daripada bilangan perokok pasif yang maut adalah wanita, manakala selebihnya terdiri daripada kanak-kanak dan lelaki dalam bilangan yang hampir sama, menurut kajian yang disiarkan hari ini dalam jurnal perubatan Britain, The Lancet.

Kira-kira 60 peratus kematian itu disebabkan penyakit jantung, manakala 30 peratus lagi akibat jangkitan paru-paru, dan bakinya disebabkan asma dan kanser paru-paru.

Keseluruhannya, kematian akibat menjadi perokok pasif menyamai satu peratus daripada kematian di seluruh dunia pada 2004.

Kematian orang dewasa akibat menyedut asap rokok orang lain adalah hampir sama di semua negara tidak kira negara miskin atau kaya.

Namun bagi kanak-kanak, kemiskinan menjadikan keadaan bertambah buruk, menurut kajian itu.

Misalnya di Eropah yang berpendapatan tinggi, nisbah kematian orang dewasa berbanding kanak-kanak adalah sebanyak 35,388 berbanding 71.

Nisbah di Afrika hampir terbalik iaitu 9,514 kematian orang dewasa berbanding 43,375 kematian kanak-kanak. - AFP
Statistik Kematian Akibat Tabiat Merokok

Di Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.
lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.

sumber

23 November 2010

40 Hadis


Hadis empat puluh adalah koleksi hadis-hadis yang disusun oleh Imam Nawawi di dalam kitab karangannya yang bernama Matan Arba'in. Terdapat sebanyak empat puluh dua buah hadis sabda junjungan Nabi Muhammad SAW yang membicarakan mengenai akidah dan tauhid di dalam Islam. Pentingnya karya Imam Nawawi ini sehingga Ibnu Hajar mengarang sebuah kitab bernama Fathul Mubin Li-Syarhil Arba'in yang mengupas dan mebincangkan hadis-hadis himpunan Imam Nawawi.

[1] Hadis Pertama Dari Amirul Mukminin Umar Al-Khattab r.a katanya : " Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda : - ' Hanyasanya amalan-amalan itu adalah ( bergantung ) kepada niat, dan hanyasanya bagi setiap manusia itu apa ( balasan ) yang diniatkannya. Maka barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu adalah kepada Allah dan RasulNya. Dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia yang ingin ia memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang ingin ia menikahinya, maka hijrahnya itu adalah atas apa yang ia berhijrah kerananya.'

[2] Hadis Kedua Dari Umar Ibnul-Khattab r.a, katanya : Sedang kami duduk di dalam majlis bersama Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba mucul di dalam majlis itu seorang laki-laki yang berpakaian serba putih, berrambut terlalu hitam, tiada kesan bahawa ia seorang musafir, dan tiada antara kami yang mengenalinya, lalu duduk ia bersama Rasulullah SAW, dan ditemukan kedua lututnya dengan kedua lutut Rasulullah SAW serta diletakkan kedua tapak tangannya ke atas kedua paha Rasulullah SAW, lalu berkata :
Sipemuda : Khabarkan aku tentang Islam ?
Rasulullah : Islam, iaitu hendaklah mengucap syahadat - bahawa tiada Tuhan melainkan Allah Ta'ala dan bahawasanya Muhammad itu Rasulullah, dan hendaklah bersembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah apabila berdaya ke sana.
Sipemuda : Benar katamu.
( Berkata Umar r.a : Kami merasa hairan kepada tingkah laku sipemuda itu, dia yang bertanya dan dia pula yang mengiyakannya )
Sipemuda : Khabarkanlah kepada ke tentang Iman ?
Rasulullah : Hendaklah engkau beriman kepada Allah, Malaikat-MalaikatNya, Kitab-KitabNya, Rasul-RasulNya, Hari Akhirat dan hendaklah engkau beriman kepada taqdir Allah yang baikNya atau yang burukNya.
Sipemuda : Benar katamu ! Khabarkanlah kepadaku tentang Ihsan ?
Rasulullah : Hendaklah engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatNya sesungguhnya Allah sentiasa dapat melihat engkau.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang hari kiamat ?.
Rasulullah : Tiadalah orang yang ditanya itu lebih mengetahui dari orang yang bertanya.
Sipemuda : Khabarkan padaku tentang tanda-tandanya ?
Rasulullah : Apabila hamba perempuan melahirkan tuannya sendiri ; Apabila engkau melihat orang yang berkaki ayam, tidak berpakaian, pengembala kambing ( berbangga ) membina bangunan yang tinggi-tinggi.
( Kemudian beredar keluar sipemuda itu dari majlis tersebut ) :
Rasulullah : Tahukan anda wahai Umar siapakah pemuda yang menyoal kau tadi ?
Umar Al-Khattab : Allah dan RasulNya jua yang mengetahui.
Rasulullah : Itulah Jibril a.s yang telah mendatangi aku untuk mengajarkan kamu pelajaran agama kamu. baca seterusnya...

22 November 2010

Kemalangan Jalan Raya Negara Rugi RM7.8 Bilion

Kadar kemalangan jalan raya negara membimbangkan, ia perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak..

Negara mengalami kerugian berbilion ringgit pada setiap tahun akibat kes kemalangan jalan raya yang kadarnya meningkat setiap tahun, kata Menteri Pengangkutan.

Menurut kajian Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia(Miros) mendapati pada tahun 2008 sahaja, negara mencatatkan kerugian sebanyak RM7.8 bilion yang bersamaan dengan 1.5 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).



Berdasarkan statistik pada tahun lepas [2009]sahaja, seramai 6,745 pengguna jalan raya maut berbanding hanya 6,527 orang pada tahun 2008, di mana 60 peratus daripadanya merupakan penunggang dan pembonceng motosikal.
Contoh kemalangan:-

KUALA TERENGGANU: Sebuah bas henti-henti dipercayai mengalami kerosakan brek merempuh tujuh kenderaan yang berhenti di lampu isyarat berhadapan stesen minyak Shell di Jalan Sultan Mahmud, di sini, semalam, menyebabkan seorang wanita berusia 20-an cedera di kepala dan kaki.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, bas dari Dungun ke Kuala Terengganu dan membawa kira-kira 20 penumpang itu gagal dikawal sebelum merempuh tujuh kenderaan lain di hadapannya.

Kemalangan menyebabkan sebuah Perodua Kancil dinaiki seorang wanita rosak teruk, manakala kenderaan lain membabitkan Perodua ViVA, Kancil, Proton Persona, Proton Iswara, Perodua Myvi dan Pajero rosak di depan dan belakang.

5

16 November 2010

Muhrim

Muhrim atau Mahram (Bahasa Arab:محرم), ertinya yang diharamkan. Lelaki dan perempuan yang dilarang (haram) berkahwin. Terbahagi kepada dua larangan iaitu :-

1] Larangan kekal (Muabbad)
2] Larangan sementara (Muaqqat)


Larangan kekal (Muabbad)

Larangan untuk selama-lamanya disebabkan oleh tiga perkara iaitu pertalian darah, susuan, atau perkahwinan.

“ Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). (Surah An-Nisaa’ : Ayat 22)  ”
“ "Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut):
1) ibu-ibu kamu, dan
2) anak-anak kamu, dan
3) saudara-saudara kamu, dan
4) saudara-saudara bapa kamu, dan
5) saudara-saudara ibu kamu dan
6) anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan
7) anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan
8) ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan
9) saudara-saudara susuan kamu, dan
10) ibu-ibu isteri kamu, dan
11) anak-anak tiri yang dalam pemeliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya).
Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu.
Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu.
Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah An-Nisaa’ : Ayat 23)

Larangan sementara (Muaqqat)

Larangan tempoh masa atau keadaan tertentu. Apabila keadaan berubah, hukum larangan itu pun terbatal.

Siapakah muhrim sementara (Muaqqat)?
1) Adik ipar atau kakak ipar.
2) Isteri kepada bapa saudara (emak saudara "sabit").
Seorang lelaki diharamkan mengahwini adik atau kakak kepada isterinya (iparnya) selagi mana isterinya masih ada. Melainkan selepas berpisah dengan isterinya. Walaupun begitu, batas pergaulan dengan muhrim sementara (Muaqqat) sama seperti hukum dengan bukan muhrim.Termasuk bukan muhrim ialah sepupu (anak kepada emak/bapa saudara), walaupun ia seperti berada dalam senarai pertalian darah. Wajib menjaga keseluruhan aurat semasa berada di hadapan bukan muhrim. Tidak boleh bersentuhan atau bersalaman dengannya.
rujukkan

15 November 2010

2.5 juta jemaah haji wukuf di Arafah

Kira-kira 2.5 juta jemaah haji yang datang dari seluruh pelusuk dunia termasuk 26,000 dari Malaysia wukuf di Arafah hari ini [15 Nov. 2010] - kemuncak dalam ibadah haji, dalam suasana cukup harmoni dan syahdu.

Cuaca kering, tetapi dikira tidak terlalu panas dengan suhu mencecah 34 hingga 35 darjah celsius melegakan umat Islam yang berada di tanah suci Makkah untuk sedia berhimpun di padang Arafah.

Jemaah mula berangkat ke Arafah dengan bas kira-kira 21.9 km dari Makkah sejak jam 11 pagi semalam waktu tempatan (4 petang waktu Malaysia) mengikut jadual yang ditetapkan kerajaan Arab Saudi di bawah kawalan ketat.

Ada laporan agensi berita menyebut angka jemaah pada musim 1431 Hijrah ini mencecah 3 juta orang.

Jemaah perlu berada di Arafah paling lewat tengah hari ini (Zohor) dan berangkat ke Mudzalifah selepas waktu Maghrib untuk mengutip batu-batu kecil bagi tujuan melontar jamrat di Mina pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah.

Jemaah haji Malaysia yang diuruskan Lembaga Tabung Haji (TH) dan pihak Muasassah berada dalam keadaan baik dan memuaskan. Keselamatan, kesihatan dan kebajikan mereka jelas terjaga.

Malam semalam mereka banyak menghabiskan masa dengan membaca al-quran, berzikir, solat sunat, solat hajat dan berdoa kepada Allah SWT.

Pasukan Pertahanan Awam Arab Saudi buat pertama kali memperkenalkan Global Broadcast System (GBS) mengandungi pelbagai maklumat dan risikan mengenai isu-isu keselamatan dan cuaca pada musim haji ini.

- Bernama

14 November 2010

Ibubapa Dera...!!!

PETALING JAYA - Jabatan Kebajikan Masyarakat menerima sebanyak 1,010 laporan kes dera terhadap kanak-kanak dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan 808 kejadian melibatkan ibu bapa mendera anak sendiri.

Jumlah itu bermakna setiap hari lapan orang kanak-kanak menjadi mangsa kes seperti penderaan fizikal, emosi, seksual, sumbang mahram dan buang bayi.

Daripada angka yang dilaporkan, saudara-mara mangsa juga banyak terlibat dengan laporan 270 kes diikuti dengan teman lelaki si ibu (270).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, kecenderungan masyarakat bertindak kejam terhadap kanak-kanak sudah sampai ke tahap membimbangkan.

"Ahli keluarga adalah golongan yang paling banyak mendera sedangkan mereka sepatutnya memberikan perlindungan kepada kanak-kanak," ujarnya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kanak-kanak Sedunia 2010 di sini semalam.

Serentak dengan sambutan itu, kementerian berkenaan telah mewujudkan talian kanak-kanak Childline dengan menggunakan talian 15999.

Shahrizat berkata, talian itu disatukan dengan talian Nur yang sudah wujud sebelum ini dengan mempunyai nombor yang sama supaya ia lebih senang diingati serta praktikal dan ia beroperasi 24 jam sehari.
Sumber Kosmo..!
5 KosMo!

Projek Mega Telan Nyawa


JOHOR BAHRU – Seorang pekerja yang sedang mengendalikan jentera pengorek pasir hilang bersama sejumlah peralatan selepas sebahagian daripada kawasan tebus guna projek mega Lido Boulevard berhadapan Zoo Johor di sini tiba-tiba tenggelam malam kelmarin.

Selain Mohd. Nor Miskan, 36, turut hilang ialah tiga jentera pengorek termasuk yang sedang dikendalikannya, dua buah kontena serta dua mesin penjana kuasa.

Dalam kejadian kira-kira 9.40 malam itu, Mohd. Nor sedang menjalankan kerja menambak laut kira-kira 100 meter dari pantai sebelum sebahagian daripada kawasan projek yang berpasir di situ tenggelam.

Setakat pukul 7 malam tadi, mayatnya belum ditemui.

Kakak mangsa, Hani Masra, 40, berkata, mereka dimaklumkan mengenai insiden itu oleh rakan mangsa tidak lama selepas kejadian.

“Dia (Mohd. Nor) sudah merancang hendak melawat ibu kami yang sudah dua hari dirawat di Hospital Sultan Ismail (HSI) akibat barah leher tetapi tidak kesampaian,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. 14 Nov. 2010

5

10 November 2010

Hukuman Mati...!!!


Selasa, 09 November 2010:
Kerajaan belum bercadang untuk memansuhkan hukuman mati kerana ia akan memberi impak besar kepada sistem perundangan negera, sidang Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata pindaan yang sewajarnya juga perlu dibuat kepada undang-undang jenayah yang tertentu sekiranya hukuman mati mahu dimansuhkan.

Bagaimanapun katanya, kerajaan menyambut baik apa-apa cadangan yang diberikan oleh mana-mana pihak yang menyokong supaya hukuman mati dimansuhkan.

"Cadangan itu akan diberikan pertimbangan yang sewajarnya setelah kajian yang menyeluruh dan penelitian yang rapi dibuat dalam pelbagai aspek dan juga setelah mengambil kira pandangan daripada pelbagai pihak," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan Karpal Singh (DAP-Bukit Gelugor) sama ada kerajaan bersedia meminda semua undang-undang yang memperuntukkan hukuman mati dengan alternatif hukuman penjara seumur hidup selaras dengan keadaan di India di mana hukuman mati adalah dirizabkan hanya untuk kes-kes yang jarang berlaku.

Kepada soalan Datuk Marcus Mojigoh (BN-Putatan), Mohamed Nazri berkata kerajaan juga tidak bercadang untuk mengenakan hukuman mati terhadap perogol.

"Sepatutnya Malaysia harus mengikuti trend dunia untuk mengurangkan jenayah yang mensabitkan hukuman mati.

"Kalau rogol dikenakan hukuman mati bermakna kita menambah (hukuman mati), maka kerajaan tidak mencadangkan untuk melaksanakan hukuman mati kepada perogol," katanya.

Beliau menjelaskan kerangka perundangan negara yang mengekalkan hukuman mati hanya dalam kes jenayah serius dan berat adalah selaras dengan prinsip undang-undang hak asasi antarabangsa.

"Pelaksanaan hukuman mati mandatori di negara ini tertakluk kepada perlindungan tertentu seperti diperuntukkan oleh undang-undang, contohnya perlindungan daripada undang-undang jenayah kuat kuasa ke belakang dan perbicaraan berulang dalam Perkara Tujuh Perlembagaan Persekutuan.

"Hak untuk merayu kepada mahkamah lebih tinggi dan permohonan pengampunan kepada Lembaga Pengampunan juga adalah dijamin oleh undang-undang," katanya.

Mohamed Nazri berkata hukuman mati di negara ini juga tidak dilaksanakan terhadap wanita mengandung, individu hilang akal dan individu yang berusia di bawah 18 tahuun semasa perlakuan jenayah itu, sebagaimana yang diperuntukkan di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 [Akta 611].


Katanya kerajaan juga melalui agensi-agensi yang berkenaan seperti Jabatan Peguam Negara sedang meneliti kewajaran untuk meminda Peraturan-Peraturan Perlu (Kes-kes Keselamatan) 1975 bagi tujuan menyelaraskannya dengan Akta 611 serta obligasi antarabangsa Malaysia sebagai negara pihak kepada Konvensyen Hak Kanak-Kanak.

Kepada satu lagi soalan Karpal, sama ada kerajaan bercadang untuk mengembalikan semula sistem juri yang dilihatnya sebagai sistem yang baik bagi menentukan tiada kesilapan dilakukan oleh hakim, Mohamed Nazri berkata ia boleh dibincangkan kembali sekiranya kerajaan terus mempertahankan supaya hukuman itu dilaksanakan.

- Bernama

07 November 2010

Kitab-kitab Pilihan

(1) Kitab Hidayatus Salikin ini merupakan huraian al-Alamah Syeikh Abdus Samad al-Falimbani rahimahullahu taala daripada kitab Bidayatul Hidayah, iaitu ringkasan kitab Ihya Ulumuddin karangan Hujjatul Islam Imam al-Ghazali rahimahullahu taala.

Kitab-kitab lain Bidayatus Sul, Kitab Munyatul Musolli..[Dr Ab. Basit Ab Rahman]
(2) Kitab Fathul Muin & Kitab Matla Badrain [Ab Aziz Arof]

http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20ABDUL%20AZIZ%20AROF?updated-max=2010-05-20T00%3A54%3A00%2B08%3A00&max-results=20
 Kitab Penawar Bagi Hati dan Kitab Sabilal Muhtadin
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20ABDUL%20AZIZ%20AROF

(3)  KITAB SAIRUS SALIKIN, KITAB MINHAJUL ABIDIN [USTAZ SIDEK NOOR ]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20SIDEK%20NOOR



(4)  KITAB AQINATUNNAJIM  [USTAZ ABDULLAH FATANI ]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20ABDULLAH%20FATANI
(5)  KITAB BIDAYATUL HIDAYAH [USTAZ AHMAD BUKHARI ]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20AHMAD%20BUKHARI

  (6) KITAB FIKAH MAZHAB SYAFIE, KITAB HALAL HARAM, [USTAZ HARIYANTO RIZAL]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20HARIYANTO%20RIZAL

(7)   KITAB AQIDAH AHLI SUNNAH WAL JAMAAH [USTAZ AZHAR YAAKOB]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20AZHAR%20YAAKOB
(8)  KITAB - BIMBINGAN MUKMININ [USTAZ YUSSAINE YAHYA]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20YUSSAINE%20YAHYA
(9)  RISALAH TAUHID [USTAZ HARUN YAHYA ]
http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/search/label/USTAZ%20HARUN%20YAHYA









  

credit to http://arrawa-kuliahnusantara.blogspot.com/

06 November 2010

SENARAI RESTORAN TERKENAL YG DISAHKAN HALAL & DITARIK BALIK SIJIL HALAL

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :

1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :

1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada : i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja. ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda. iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua. iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan. v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami. Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ? Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak. Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiadapapan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( JabatanAgama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM , Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM , manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King , maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas , memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM , maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

*** utk kesahihan paparan di atas sila rujuk sumber-sumber berkenaan, sekian harap maklum...

02 November 2010

Harga Petrol RON 97 naik..


Harga petrol RON 97 dinaikkan 5 sen lagi mulai hari ini [02 Nov. 2010]. Berikutan itu, harganya kini RM2.15 seliter, demikian menurut laporan.
.
Bagaimanapun harga pertrol RON 95 dan diesel tidak berubah.

Tidak seperti sebelumnya, tidak ada pengumuman dibuat mengenai kenaikan tersebut.

Khabar angin mengenai kenaikan harga RON 97 itu tersebar sejak tengahari tadi dan pemilik stesen minyak berkata arahan mengenainya telah dikeluarkan.

Malaysiakini memetik satu pekeliling dari sebuah syarikat minyak yang memaklumkan kepada peniaga mengenai kenaikan harga itu.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kepenggunaan, Datuk Tan Lian Hoe mengesahkannya ketika dihubungi oleh beberapa akhbar.

Ini adalah kenaikan pertama harga minyak selepas kenaikan "5-dalam-1" pada 15 Julai tahun ini, yang bertujuan untuk mengurangkan beban subsidi kerajaan.

dipetika dari Malaysiakini.com baca lagi di sini

01 November 2010

Penyokong Klate belanja lebih 6 juta..!

KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.

Bagaimanapun tanpa disedari penyokong Kelantan telah berbelanja lebih 6 juta untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia kali, ini dianggarkan setiap penyokong membelanjakan rm 100.00 seorang [tiket 30 + makan 20 + tambang/minyak 50] dan dianggarkan seramai 60,000 (sebenarnya lebih)penyokong Kelantan membanjiri Stadium Bukit Jalil.

Seterusnya Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.

“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.

“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.

Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.
Gol Pertama

Gol Kedua


Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.

sokernet.com dipetik & ditambah dari Sokernet.com

27 Oktober 2010

ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina


Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).

Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.

Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.

Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang ‘gay’.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.

Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan

Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.

Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.

"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.

Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan

Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.

Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.

Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.
dipetik dari Malaysiakini

26 Oktober 2010

Wanita Mesir guna Harrasmap


KAHERAH 25 Okt. 2010 - Golongan wanita di ibu negara Mesir kini mempunyai cara baru mengatasi gangguan seksual tidak kira secara pandangan jahat, siulan atau diraba ketika melalui jalan-jalan besar dan lorong-lorong belakang di bandar raya Kaherah.

Sebuah laman web, Harrasmap membolehkan wanita melaporkan dengan segera kejadian gangguan seksual melalui khidmat pesanan ringkas atau Twitter untuk dimuatkan ke dalam peta digital Kaherah yang akan memaparkan tempat dan kawasan berbahaya.

Data tersebut akan dikongsi oleh aktivis, media dan polis.

"Idea keseluruhannya adalah untuk mewujudkan maklumat yang disalurkan pengguna," kata seorang aktivis sukarelawan yang menganjurkan program yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, Engy Ghozlan.

Ghozlan berkata, ia membantu wanita yang berasa tidak selamat dan ia sangat membantu.

Peta itu turut memberi gambaran grafik tentang masalah yang dihadapi wanita Mesir, yang hanya baru-baru ini diambil berat oleh pihak berkuasa.

Sebelum ini kes gangguan seksual tidak dibicarakan secara umum tetapi selepas video di Internet menunjukkan wanita dicabul di jalan-jalan raya oleh sekumpulan pemuda pada musim cuti empat tahun lalu, media mula melaporkan masalah ini.

Sejak itu, rang undang-undang jenayah bagi menghukum kesalahan gangguan seksual telah dibentangkan di Parlimen, namun masih belum diluluskan.

Penganjur Harassmap berkata, masalah itu bukan diperbesar-besarkan kerana wanita tetap menjadi mangsa tidak kira mereka memakai pakaian konservatif atau moden.

Selepas khidmat pesanan ringkas dihantar ke laman web itu, wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual akan menerima galakan, tip keselamatan dan cara-cara membuat laporan polis. - AP
Utusan Online

24 Oktober 2010

Sarang burung


Berhati-hati beli produk sarang burung

SEREMBAN 23 Okt.2010 - Orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati ketika membeli atau menggunakan produk sarang burung jenis 'blood nest' kerana ia dikhuatiri mengandungi bahan kimia campuran yang mengancam kesihatan.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, sekiranya pengguna meneruskan penggunaan produk sarang burung jenis tiruan tersebut untuk satu jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan penyakit kanser.

''Perkara ini amat serius, oleh itu saya berharap supaya orang ramai perlu bijak dan berhati-hati dalam membezakan sama ada produk sarang burung jenis blood nest berkenaan tiruan ataupun asli.

''Salah satu cara mudah untuk membezakannya adalah dengan melihat pada warnanya. Produk tiruan warnanya merah seragam, manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan, selain itu, produk tiruan menghasilkan bau ammonia tidak seperti yang asli," katanya.

Tee Yong berkata demikian pada sidang akhbar Seminar Sehari Perladangan Burung Walit peringkat Negeri Sembilan di Royale Bintang di sini hari ini.

Bagaimanapun, jelasnya, orang ramai juga diminta jangan terkeliru dengan menganggap semua produk produk sarang burung jenis 'blood nest' di pasaran mengandungi bahan kimia terlarang itu.

Menurutnya, kementerian juga telah mengenalpasti dua pengilang tempatan termasuk merampas dua jenama produk yang dipercayai telah dicampur dengan bahan kimia tersebut.

''Saya dimaklumkan bahawa pihak terbabit telah disenaraihitam dan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1985.

''Perkara ini disedari apabila kita menerima maklumat dan aduan daripada pengimport terbesar sarang burung tempatan kita iaitu China," kata Tee Yong.


Katanya lagi, jumlah eksport produk berkenaan ke negara tersebut mencatatkan perolehan besar iaitu melebihi RM1 bilion setahun.

''Pulangannya amat besar kerana nilai produk sarang burung di pasaran amat tinggi, hingga mencecah RM4,000 sekilo bagi bahan mentahnya, manakala RM8,000 untuk yang sudah diproses," tambahnya.


20 Oktober 2010

Beli rumah...kwsp


Pengeluaran Membeli Rumah
Pengeluaran simpanan kwsp Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).

Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.

Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.

Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.

Kelayakan Memohon

(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU

(iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU

Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.

Syarat-syarat Pengeluaran

Anda Layak Memohon Sekiranya;

1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/berkembar/ apartment/kondominium/‘studio apartment’/‘service apartment’/ ‘townhouse’/SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.

2. Pembiayaan pembelian rumah melalui:

(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut:
• Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989(BAFIA)
• Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
• Majikan ahli
• Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi)
• Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia
• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU

(ii) Secara tunai.

3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.

4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Anda telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan /pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.

5. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.

6. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).


http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1046

sila semak di web kwsp sumber