27 Julai 2010

Syurga

Syurga diciptakan oleh Allah Ta'ala kepada:-
[1] Orang yg beriman dan beramal soleh.


Firman Allah bermaksud;-"Dan orang-orang yg beriman dan beramal soleh kelak akan Kami masukkan ke dalam Syurga yg di dalamnya mengalir sungai-sungai, mereka kekal di sana. Mereka menpunyai isteri-isteri yg suci dan Kami masukkan mereka ke tempat yg teduh lagi nyaman." [An-Nisa':57]


Firman Allah Ta'ala bermaksud:-"Barang siapa yg beramal soleh lelaki atau perempuan, maka mereka akan masuk ke dalam syurga dan tidak akan dianiaya." [Al-Nisa': 124}
Firman Allah Ta'ala bermaksud:-"Sesungguhnya orang yg beriman dan beramal soleh bagi mereka syurga Firdaus sebagai tempat tinggal. mereka kekal di dalamnya dan tidak mahu berpindah daripadanya." [ Al-Khafi: 107-108]

[2] Orang-orang bertakwa.

Firman Alah Ta'ala bermaksud:-"Perumpamaan syurga yg dijanjikan Allah kpd orang-orang yg bertakwa ialah seperti taman, mengalir sungai di bawahnya, buahnya tidak henti-henti sedangkan naugannya demikian pula. Itulah kesudahan bagi orang-orang yg bertakwa sedangkan kesudahan bagi orang-orang kafir ialah nereka." [Al-Ra'd: 35]5

Firman Allah Ta'ala bermaksud:-"Iaitu di hari harta dan anak-anak lelaki tidak berguna, kecuali orang-orang yang mengadap Allah dgn hati yang bersih dan di hari itu didekatkan syurga kepada orang-orang yang bertakwa." [Al-Syu'ara: 88-90]

Imran bin Husain r.a berkata Nabi s.a.w bersabda:" Ada 70,000 umatku yang masuk syurga tanpa hisab. Para sahabat bertanya: "Siapa mereka?" Nabi s.a.w menjawab: "Mereka ialah orang yang tidak beristirqa' (meminta pengubatan dgn cara jampi), tidak bertahayur (menggantung nasib kepada burung yang terbang), tidak melakukan pengubatan dengan membakar bahagian yang sakit dengan besi membara dan orang yang bertawakal kepada Tuhan mereka." [ Hadis riwayat Muslim]

Tiada ulasan: