26 Julai 2010

al-Kuliah

Sama-samalah kita penuhi masjid-masjid di tempat kita dalam mendalami ilmu agama, kalau tidak kita siapa lagi...dan kalau tidak sekarang bila lagi....
Rasulullah s.a.w bersabda;"Sesiapa yang solatnya tidak mencegahnya dari perbuatan keji dan mungkar, maka solatnya itu hanya akan menjauhkan dirinya dari Allah." Hadis ath-Thabrani.
Keutamaan Surah;
Diriwayatkan dari Ibnu Mas'ud bahawa dia berkata;"Surah Bani Israel (al-Isra'), al-Kahfi, Maryam, Thaha, dan al-Anbiya' adalah surah-surah pilihan yang diutamakankan dan surah-surah itu termasuk barang klasik (yang aku pelihara sejak dulu)". Hadis riwayat Bukhari.

Aisyah berkata; "Rasulullah s.a.w setiap malam membaca surah Bani Israel dan az-Zumar" Hadis riwayat Ahmad.

Keutamaan Tasbih:
Dari Abu Zar r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda;"Mahukah anda aku beritahu tentang ucapan yang paling disukai oleh Allah adalah Subhanallah wa bihamdihi". Hadis Muslim.

Abu Hurairah meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:"Sesiapa yg mengucapkan Subhanallah wa bihamdihi sebanyak 100 kali sehari, maka dosa-dosanya diampun sekalipun (dosa itu) sebanyak buih di lautan." Hadis Muslim.

Dari Anas bin Malik r.a Nabi s.a.w bersabda;"Ada 3 perkara yg menyelamatkan, iaitu [1] takutkan Allah pada waktu sendiri dan bersama orang lain, [2] bertindak bijaksana pada waktu reda dan waktu marah, dan [3] bersikap sederhana pada waktu miskin dan waktu kaya. Ada 3 perkara yg membinasakan [1] kikir [2] mengikut hawa nafsu, dan [3] mengagumi pendapat sendiri." Hadis al=Bazzar, Abu Nu'aim, dan al-Baihaqi.
15

Tiada ulasan: