Imam al-Ghazali di dalam kitab Mukhtashar al-ihyd berkata, maksudnya. “Dan ketahuilah olehmu, bahawasanya hasad itu ditimbulkan oleh 7 sebab, iaitu (1) al-‘adawah, (2) al-ta’azzuz, (3) takabbur, (4) ta’ajjub, (5) khauf min fawat al-maqashid, (6) al-mahbubah wa hub al-riasah, dan (7) khubst al-nafs wa bukhluha.”
1] al-‘Adawah (permusuhan)
Permusuhan dan perkelahian dengan seseorang. Inilah punca hasad yang utama da yang sebesar-besarnya.
2] al-Ta’azzuz (menghendaki ketinggian)
Bercita-cita ingin menjadi ketua, pemimpin atau ulama. Maka apabila jawatn itu diperolehi oleh orang lain, dia akan sakit hati dan dengki. Dia mengingini agar nikmat yang ada pada orang itu hilang.
3] Takabbur (sombong)
Membesar diri dan menghina orang lain. Jika orang lain memperolehi nikmat, dia sangat dengki, dan merasa dia yang layak memperolehinya.
4] Ta’ajjub (hairan pada diri sendiri)
Hairan akan sesuatu kelebihan yang ada pada dirinya. Dan demikian, dia akan merasa hairan mengapa orang lain memperolehi martabat atau ketinggian.
5] Khauf Min Fawat al-Maqashid (takut tidak tercapai apa yang dihajati)
Jika ada dua orang yang sama-sama inginkan sesuatu, maka salah seorang akan berhajat akan memperolehinya.
6] al- Mahbubah wa Hubb al-Riasah ( bercita-cita menjadi pemimpin)
Umpamanya orang yang menuntu ilmu supaya ia menjadi alim atau pandai sehinggakan tidak boelh ditandingi oleh sesiapa. Dan bila ia mendengar ada orang yang lebih pandai atau mashyur darinya maka akan timbullah kedengkiannya.
7] Khubst al-Nafs wa Bukhluha (sangat jahat nafsu dan bakhil)
Apabila dia melihat ada orang yang diberi nikmat oleh Allah ta’ala, maka timbullah kedengkiannya. Dia lebih suka jika nikmat itu lenyap dari orang tersebut.
** dipetik dari buku "Jalan kemuliaan ahli sufi" keluaran al-Hiadayah (www.hidayah.com.my)
"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
16 Oktober 2011
11 Oktober 2011
Gaji, elaun Ahli Parlimen ditarik balik
KUALA LUMPUR: 11-10-2011; Kerajaan semalam menarik balik cadangan untuk menaikkan gaji dan elaun 222 Ahli Parlimen daripada peruntukan Bajet 2012, Jumaat lalu, setelah mendapat bantahan daripada empat wakil rakyat pembangkang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penarikan itu membabitkan
Beliau berkata,
Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas. Nazri berkata, cadangan menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen adalah tepat pada masanya memandangkan gaji wakil rakyat di negara ini jauh lebih rendah jika dibanding dengan negara jiran lain.
Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).
Katanya, pembatalan kenaikan gaji itu membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat setiap wakil rakyat.
“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” katanya. Kali terakhir gaji dan elaun Ahli Parlimen dikaji semula ialah pada 2005 yang menyaksikan gaji pokok RM6,508.59 berbanding RM5,916.90 pada 2002.
Selain itu, Ahli Parlimen juga diperuntukkan elaun pemandu RM1,200 sebulan. sumber bharian
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, berkata penarikan itu membabitkan
peruntukan sebanyak RM30 juta
yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Bajet 2012, Jumaat lalu.Beliau berkata,
empat pemimpin pembangkang yang membantah kenaikan itu adalah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim; Ahli Parlimen Gombak, Mohamed Azmin Ali; Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub.
“Saya gagal buktikan kepada Perdana Menteri bahawa cadangan ini mendapat sokongan penuh daripada Ahli Parlimen sendiri,” katanya di lobi Parlimen, di sini.Jumaat lalu, Perdana Menteri ketika membentangkan Bajet 2012 di Dewan Rakyat mengumumkan bahawa kerajaan akan mengkaji semula elaun Ahli Parlimen sekiranya mendapat sokongan penuh wakil rakyat kerajaan, pembangkang dan Bebas. Nazri berkata, cadangan menaikkan gaji dan elaun Ahli Parlimen adalah tepat pada masanya memandangkan gaji wakil rakyat di negara ini jauh lebih rendah jika dibanding dengan negara jiran lain.
Ahli Parlimen negara ini memperoleh RM6,500 sebulan dan paling rendah berbanding Singapura (RM33,589), Indonesia (RM18,111) dan Thailand (RM11,534).
Katanya, pembatalan kenaikan gaji itu membabitkan kajian berhubung peruntukan elaun pegawai penyelidik dan pembayaran kos sewa pejabat setiap wakil rakyat.
“Pembangkang ‘buka mulut’ (bantah) terlalu awal sebelum kita jelaskan kandungan pakej kajian berkenaan yang merangkumi pelbagai kemudahan yang diperlukan oleh seorang wakil rakyat.
“Sebenarnya kenaikan gaji Ahli Parlimen yang dicadangkan tidak begitu banyak, mungkin dalam lingkungan RM1,000. Tapi kita banyak fokuskan mengenai elaun sampingan lain seperti elaun pegawai penyelidik, bayaran pejabat serta gaji pemandu,” katanya. Kali terakhir gaji dan elaun Ahli Parlimen dikaji semula ialah pada 2005 yang menyaksikan gaji pokok RM6,508.59 berbanding RM5,916.90 pada 2002.
Selain itu, Ahli Parlimen juga diperuntukkan elaun pemandu RM1,200 sebulan. sumber bharian
10 Oktober 2011
Bajet 2012
Disini dipetik beberapa intipati bajet 2012 yang dibentangkan PM baru-baru iniKakitangan awam.
Kerajaan akan wujud lebih banyak mata gaji. Ini bermakna, penjawat awam akan mendapat gaji maksimun lebih tinggi, sehingga kepada 37.7 peratus. Kakitangan awam akan mendapat kenaikan gaji antara RM80 hingga RM320.Tambahan bonus setengah bulan gaji dengan bayaran minimum RM 500 ringgit untuk penjawat awam dan bayaran bantuan RM500 ringgit kepada pesara kerajaan. Bayaran ini akan dibuat bersekali dengan gaji bulan Disember 2011. Umur wajib bersara dinaikkan daripada 58 kepada 60 tahun.
Subsidi
Beras - Bagi setiap kilogram beras super tempatan, harga asal RM2.40, rakyat hanya bayar RM1.80. Subsidi kerajaan 60 sen.Gula - bagi setiap kilogram gula, harga asal RM2.50, rakyat hanya bayar RM2.30. Subsidi kerajaan berjumlah 20 sen.
Minyak masak - harga RM4.75, rakyat hanya bayar RM2.50
Tepung - harga asal RM1.90, rakyat bayar RM1.35
Simpanan KWSP
Caruman majikan dinaikkan daripada 12 peratus kepada 13 peratus bagi pencarum yang menerima gaji bulanan RM5,000 dan ke bawah. Langkah ini akan memanfaatkan seramai 5.3 juta pencarum KWSP.Kos Sara Hidup
Bantuan RM500 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 ringgit dan ke bawah. Pemberian ini melibatkan peruntukan sebanyak 1.8 bilion ringgit.Untuk menerima bantuan ini, ketua isi rumah yang layak hendaklah berdaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai agensi pelaksana. Bantuan ini akan disalurkan melalui bank dan Pejabat Pos;
Pemberian baucar buku bernilai RM200 ringgit kepada semua pelajar warganegara Malaysia di institusi pengajian tinggi awam dan swasta tempatan, matrikulasi serta pelajar tingkatan enam di seluruh negara.
Sekolah
Bantuan persekolahan RM100 ringgit diberi kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah dari Tahun Satu hingga Tingkatan Lima di seluruh negara.Kerajaan memansuhkan yuran pendidikan rendah dan menengah di semua sekolah kerajaan. Pada masa ini yuran dikenakan sebanyak rm24.50 bagi sekolah rendah dan rm33.50 bagi sekolah menengah untuk bayaran kokurikulum, kertas ujian dalaman, yuran Majlis Sukan Sekolah-sekolah Malaysia dan insuran takaful. Semua ini bermula penggal sekolah tahun depan.
sumber
05 Oktober 2011
Harga emas jatuh....
Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus
ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.
Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.
Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.
Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.
Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.
Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.
Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters
sumber
ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu. Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.
Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April.
Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.
Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).
Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.
Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.
Bagi Ketua Penyelidikan Komoditi, Pengurusan Kekayaan UBS, Dominic Schnider, berkata dari sudut teknikal, emas masih belum memasuki jajaran terlebih jualan dan secara keseluruhannya aliran kenaikan kini semakin pudar.
Harga komoditi itu dijangka meningkat semula kerana sebelum ini, kami sudah menyaksikan peningkatan permintaan fizikal yang kukuh terhadap komoditi itu khususnya dari Asia dan secara bermusim, ia akan memasuki tempoh permintaan tinggi, katanya.
Pakar Ekonomi Serantau Penyelidik CIMB, Song Seng Wun, berkata ramai yang memperkatakan mengenai risiko emas akan memasuki jajaran terlebih belian, namun ia meningkat naik sejak empat tahun lalu.
Dengan tekanan kemelesetan meningkat, berlaku peralihan pelaburan kepada instrumen yang benar-benar selamat iaitu dolar AS dan Perbendaharaan AS, katanya.
Sementara itu, Penganalisis Phillip Futures, Ong Yi Ling, berkata kini harga emas sudah susut ke bawah paras purata 100 hari dan 150 hari dan ia memberi isyarat aliran penurunan akan berlaku dalam jangka pendek.
Untuk jangka panjang, selepas harganya kembali stabil dan keadaan kembali normal, instrumen pelaburan selamat itu akan kembali meningkat, katanya. Reuters
sumber
18 September 2011
Jenis-jenis Nafsu
Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' 'Ulum al-Din dan Mukhtashar Ihya' 'Ulum al-Din menyebut nafsu itu ada tiga Martabat iaitu:-
1) Nafsu al-Ammarah
Iaitu nafsu yang menyuruh melakukan segala maksiat dan kejahatan, dan tidak pernah menyuruh melakukan kebaikan serta tidak pula mencela (kesal) melakukan kejahatan. Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. Inilah martabat nafsu yang rendah sekali.
2. Nafsu al-Lawwamah
Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.
3. Nafsu al-Muthmainnah
Seseorang yang telah istiqamah dalam melakukan ibadah dan tidak lagi tergerak hati untuk melakukan maksiat, sama ada zahir atau batin, hatinya telah suci dan nafsunya telah fana daripada terdorong kearah perkara keji. Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa, mereka adalah wali kecil.
Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.
Al-'Arif Billah Syaikh Qasim al-Halaby dalam kitabnya Sair al-Suluk, menyebut nafsu itu ada 7 martabat, selain tiga yang di atas ditambah 4 lagi iaitu:-
4. Nafsu Mulhamah.
Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui beberapa latihan. Sifat orang yang telah sampai pada tahap ini ialah rindu, menangis, susah hati enggan terhadap semua makhluk, sibuk beribadah.
Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:
1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2.. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu’
5. Nafsu al-Radhiyah
Maqam ini dinamakan radhiyah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.
Sifat-sifatnya:
1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini
6. Nafsu al-Mardhiyyah
Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.
Sifat-sifatnya:
1.. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.
7. Nafsu al-Kamaliah
Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

13 September 2011
Sifat-sifat Penghuni Syurga & Neraka..
Dari Harithah bin Wahb, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli Syurga?" para sahabat menjawab:"ya" Baginda bersabda: "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli Neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir),"- Hadis Bukhari dan Muslim.Sifat Ahli Syurga
Antara sifat ahli Syurga ialah lemah dan dilemahkan, yakni orang fakir dan dihina. Mereka tidak pernah disanjung dan dipuji, malah sering diremehkan kerana kehidupan mereka.
Sifat Ahli Neraka
Sifat ahli Neraka adalah sebaliknya, mereka suka bertengkar. Pantang mengalah walaupun dalam perkara yang sangat remeh. Tidak boleh ditegur, angkuh dan sombong. Apabila berbicara, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas. Mereka selalu ingin berbeza dengan orang ramai dan meminta untuk dihormati.
Keras Hati:- semua sifat di atas adalah berpunca dari kers hati. Hati yang keras akibat dari dosa-dosa yang menutupi hati, maksiat tidak lagi dirasai sebagai dosa.
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bererti: "Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras."
- * dipetik dari Majalah Solusi isu 35.
05 September 2011
Syahid...!
Sehari dua ini terpapar di dada akhbar dan di kaca TV berita kematian wartawan BernamaTv, terbunuh di Somalia. Tokoh-tokoh agama menyifatkan kematian itu sebagai Syahid, mereka termasuklah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.
Apa makna syahid.? Syahid (assyahiid) adalah Syaahid (Asy-Syaahid), iaitu bererti saksi, dan juga hadir (berada) di jannah. Imam Al-Qurthubi berkata: “Inilah pendapat yang benar”.
Diantara pengertian ‘syahid’ yang lebih kuat menurut Abu Ibrahim Al-Mishri ialah:
“Karena dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu adalah darahnya sendiri, karena di hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh Allah dengan lukanya yang mengalirkan darah” (Lihat Al-Majmu’ An-Nawawi 1/277). Tetapi ia juga menyebutkan bahwa adakalanya orang yang syahid lukanya tak memancarkan darah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi s.a.w bersabda:-"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana taun maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim)
Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah.
Jenis-jenis Syahid:-
1. Syahid Dunia Akhirat
Syahid dunia akhirat adalah orang yang terbunuh ketika berperang di jalan Allah dengan niat yang ikhlas, Jenis inilah yang merupakan syahid yang sempurna dan syahid yang paling utama, baginya pahala dari sisi Allah Yang Maha Agung. Soal niat ikhlas atau tidaknya, hanya dia dan Allah yang tahu. Manusia hanya menghukumi secara zhahir bahwa dia mati terbunuh di jalan Allah. Sehingga dia layak disebut sebagai syahid. Jenazahnya tidak perlu dimandikan, dikafankan, disholatkan, hanya dikebumikan dengan pakaian lengkap tatkala ia terbunuh syahid.
2. Syahid Dunia
Orang yang terbunuh ketika dia berperang, tetapi dia tidak ikhlas karena Allah, bukan demi menegakkan kalimat Allah (Islam). Lebih kepada kerana dunia. Untuk syahid jenis pertama dan kedua ini, terdapat beberapa pendapat. Menurut pendapat Al-Ahnaf (Hanafiyah), mereka tidak dimandikan, tidak dikafani tetapi disholatkan. Menurut Hanabilah (pengikut mazhab Hanbali) mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disholatkan. Menurut Malikiyah : Mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak juga di sholatkan. Dan, menurut Syafi’iyah, bahwa mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak pula disholatkan”
3. Syahid akhirat saja
Orang-orang yang mati karena tenggelam atau terbakar dan seumpamanya, sebagaimana terdapat dalam hadits-hadits Nabi. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikafani juga disholatkan.
Rasulullah bersabda:
"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
melihat tempatnya didalam surga
dilindungi dari azab kubur
dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Wallahu A’lam.

28 Ogos 2011
Sunat-sunat Hari Raya
Setelah penat lelah sebulan berpuasa janganlah ia dimusnahkan dik hari raya...di sini diperturunkan serba sedikit perkara sunat yang dilakukan pada hari raya..
Sebaik sahaja terbenamnya matahari hari akhir Ramadan, maka disunatkan bertakbir. Ia dilakukan sehingga sampai waktu Solat Hari Raya. Sabda Nabi s.a.w, ertinya "Hiasilah kedua hari raya dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis". Pada malam hari raya selalunya dilakukan solat sunat Tasbih sebanyak 4 rakaat, 2 salam, ia boleh dilakukan secara berjemaah ataupun sendirian.
Di pagi hari raya disunat mandi dengan niat mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang indah dan cantik, disunat berwangian bagi lelaki dan disunatkan bersarapan terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.Dari Anas Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. رواه البخاري
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak keluar untuk shalat ‘Idul Fithri, sehingga Beliau makan beberapa kurma". [HR Al Bukhari].
Takbir Raya
Keluar ke tempat solat melalui satu jalan dan balik ikut jalan lain. Ini yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w - diriwayat oleh Muslim dari Abu Hurairah. Adalah juga Nabi s.a.w menyuruh ke luar ke tempat solat semuanya, termasuklah kanak-kanak..Solat sunat hari raya disunatkan dilakukan di kawasan lapang.
Pada hari raya disunat ziarah mengziarahi, bermaaf-maafan..
Sekian.....Wallahu a’lamu bish shawab.
5
Sebaik sahaja terbenamnya matahari hari akhir Ramadan, maka disunatkan bertakbir. Ia dilakukan sehingga sampai waktu Solat Hari Raya. Sabda Nabi s.a.w, ertinya "Hiasilah kedua hari raya dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis". Pada malam hari raya selalunya dilakukan solat sunat Tasbih sebanyak 4 rakaat, 2 salam, ia boleh dilakukan secara berjemaah ataupun sendirian.Di pagi hari raya disunat mandi dengan niat mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang indah dan cantik, disunat berwangian bagi lelaki dan disunatkan bersarapan terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.Dari Anas Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. رواه البخاري
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak keluar untuk shalat ‘Idul Fithri, sehingga Beliau makan beberapa kurma". [HR Al Bukhari].
Takbir Raya
Keluar ke tempat solat melalui satu jalan dan balik ikut jalan lain. Ini yang dilakukan oleh Rasulullah s.a.w - diriwayat oleh Muslim dari Abu Hurairah. Adalah juga Nabi s.a.w menyuruh ke luar ke tempat solat semuanya, termasuklah kanak-kanak..Solat sunat hari raya disunatkan dilakukan di kawasan lapang.
Pada hari raya disunat ziarah mengziarahi, bermaaf-maafan..
Sekian.....Wallahu a’lamu bish shawab.
5
24 Ogos 2011
Saat Akhir Ramadan...di Makkah.
MAKKAH: Ratusan ribu jemaah dari seluruh pelusuk dunia mula membanjiri Masjidilharam untuk mengerjakan ibadah umrah, menunaikan solat Tarawih dan qiamullail bagi mencari keberkatan malam Lailatulqadar.
Jabatan Pertahanan Awam di Makkah memberikan akhbar Arabnews peluang yang sangat jarang untuk merakamkan gambar Masjidilharam pada malam 21 Ramadan yang jatuh pada Sabtu melalui helikopter jabatan itu dengan inisiatif Panglima Tentera Udara, Mejar Jeneral Muhammad al Harbi.
Misfala, Kuday, Ajyad, Hafair, Hajoun dan Aziziya, merupakan kawasan yang sesak dengan kenderaan membawa jemaah dan orang ramai yang mahu beribadah.
Sebaik saja Ramadan menghampiri fasa terakhir masjid di seluruh Arab Saudi mula menganjurkan ibadat qiamullail termasuk solat malam.
“Solat istimewa ini dilaksanakan pada malam 10 hari terakhir Ramadan mulai jam 1 pagi,” kata imam di Masjid Sheebani di daerah Nasseriyah, Riyadh.
Tempoh 10 malam terakhir Ramadan lebih penting kerana al-Quran kali pertama diturunkan kepada Rasulullah SAW pada malam Lailatulqadar. Justeru, amalan baik umat Islam akan diberi ganjaran besar, kata imam itu.
Kementerian Hal Ehwal Islam, Wakaf dan Dakwah mengeluarkan arahan supaya semua masjid dibuka untuk jemaah sepanjang malam pada malam 10 Ramadan terakhir.
Imam berkata masjid dibuka kepada orang ramai pada waktu malam untuk mereka membaca al-Quran dan melaksanakan solat sunat. – Agensi - http://www.bharian.com.my/

23 Ogos 2011
Jenis-jenis Hadis Nabi s.a.w
Hadis Nabi s.a.w terbahagi kepada beberapa jenis atau ketegori iaitu:-
1. Hadis Mutawatir
Hadis yang memiliki banyak sanad dan mustahil perawinya berdusta keatas Nabi Muhammad saw., sebab hadis itu diriwayatkan oleh ramai orang. Contohnya, riwayat Bukhari, Muslim, Ad Darimi, Abu Daud, Ibnu Majah, Tirmizi,. Abu Ha'nifah, Tabrani, dan Hakim. Menurut para ulama hadis, hadis itu diriwayat oleh lebih dari 100 orang sahabat Nabi dengan 100 sanad yang berlainan. Oleh sebab itu jumlah hadis Mutawatir tidak banyak.
Hadis Mutawatir terbagi dua: iaitu Mutawatir Lafzi, = perkataan Nabi, dan Mutawatir Amali, = perbuatan Nabi.
2. Hadis Mashyur
Hadis utama yang diriwayatkan dari berbilang periwayat Al-Hadis.iaitu sekurang-kurangnya tiga sanad (jalan kepunca Al-Hadis) atau dari tiga periwayat Hadis yang berbeza. Contoh dari Bukhari, Muslim, dan Tirmizi.
3.Hadis Sahih
Hadis yang cukup sanadnya dari awal sampai akhir dan oleh orang-orang yang sempurna hafalannya.
Syarat hadis sahih, iaitu:
a. sanadnya bersambung,
b. perawinya sudah baligh
c. berakal
d. tidak mengerjakan dosa
e. sempurna hafalannya
f. perawi yang ada dalam sanad itu adil dan hadis yang diriwayatkannya tidak bertentangan dengan hadis Mutawatir atau dengan ayat Al Quran.
4.Hadis Hasan
Hadis yang berhubung/bersambungan sanad dari permulaan hingga akhir dan periwayat-periwayat tersebut bersifat seperti Al-Hadis Sahih, tetapi mereka tidak mempunyai ingatan yang kuat. Disegi hafalannya kurang dari hadis shahih.
5. Hadis Shalih,
Adalah hadis yang setingkat di bawah hadis Hasan, namun tidak terlalu lemah. Contohnya, "Barang siapa yang menyembunyikan ilmu yang diketahuinya, maka ia akan dikekang dengan api neraka pada hari kiamat." (H.R. Ibnu Majah) Menurut Tarmizi, itulah hadis Hasan Shalih.
6. Hadis Dho'if
Hadis yang tidak bersambung sanadnya, atau di antara sanadnya ada orang yang cacat. Cacat yang dimaksud, rawinya bukan orang Islam, atau belum baligh, atau tidak dikenal orang, atau pelupa/pendusta/fasik dan suka berbuat dosa.
7. Hadis Marfuk'
Hadis yang diriwayatkan bersandarkan kepada keinginan Nabi saw sendiri, sama ada ucapan,perbuatan atau pun takrirnya. Hadis yang harus diselidiki lebih dulu dalam kitab-kitab hadis, apakah itu perkataan Nabi atau Sahabat.
8. Hadis Mauquf
Adalah perkataan, perbuatan dan takrir Sahabat
9. Hadis Mursal
Merupakan perkataan yang diucapkan oleh tabi'ie (mereka yang tidak pernah bertemu Nabi saw) secara lansung atau terus kepada Nabi saw dengan tidak melalui perantaraan sahabat.
10. Hadis Muttasil
Hadis yang berhubung/bersambung sanadnya dan setiap mereka yang meriwayatkannya mendengar terus dari orang yang meriwayatkan kepadanya sehingga sampai kepada Nabi saw atau kepada para sahabat.
11. Hadis Mahfuz
Hadis yang terpelihara, iaitu mereka yang meriwayatkan Al-Hadis tersebut, adalah mereka mempunyai kepercayaan yang tidak bertentangan kepercayaan dengan kepercayaan terhadap gulungan lainnya (tidak ada kepentingan peribadi).
12. Hadis Jaiyid
Hadis yang dikatakan baik dan Sahih oleh ahli atau para penyelidik Al-Hadis.
13. Hadis Mujawwad dan Tsabit
Merupakan nama lain bagi Al-Hadis Sahih dan Hasan.
14. Hadis Mursal,
Adalah hadis yang diriwayatkan oleh Tabi'in dengan menyebutkan bahwa ia menerimanya dari Nabi. Padahal Tabi'in tidaklah mungkin bertemu dengan Nabi.
15. Hadis Maudhuk' [Hadis Palsu]
Hadis yang diriwayatkan oleh mereka dengan mendustakannya dari Nabi saw pada halnya nyata tidak. (Diriwayatkan berdasar kepentingan tertentu).

Langgan:
Catatan (Atom)