Setelah penat lelah sebulan berpuasa janganlah ia dimusnahkan dik hari raya...di sini diperturunkan serba sedikit perkara sunat yang dilakukan pada hari raya..

Sebaik sahaja terbenamnya matahari hari akhir Ramadan, maka disunatkan bertakbir. Ia dilakukan sehingga sampai waktu Solat Hari Raya. Sabda Nabi s.a.w, ertinya "Hiasilah kedua hari raya dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis". Pada malam hari raya selalunya dilakukan solat sunat Tasbih sebanyak 4 rakaat, 2 salam, ia boleh dilakukan secara berjemaah ataupun sendirian.
Di pagi hari raya disunat mandi dengan niat mandi sunat hari raya, memakai pakaian yang indah dan cantik, disunat berwangian bagi lelaki dan disunatkan bersarapan terlebih dahulu sebelum ke masjid untuk solat sunat hari raya.Dari Anas Radhiyallahu 'anhu, ia berkata:
كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَغْدُو يَوْمَ الْفِطْرِ حَتَّى يَأْكُلَ تَمَرَاتٍ. رواه البخاري
"Adalah Rasulullah Shallallahu 'alaihi wa sallam tidak keluar untuk shalat ‘Idul Fithri, sehingga Beliau makan beberapa kurma". [HR Al Bukhari].
Takbir Raya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan