16 Oktober 2011

Sebab-sebab Hasad

               Imam al-Ghazali di dalam kitab Mukhtashar al-ihyd berkata, maksudnya. “Dan ketahuilah olehmu, bahawasanya hasad itu ditimbulkan oleh 7 sebab, iaitu (1) al-‘adawah, (2) al-ta’azzuz, (3) takabbur, (4) ta’ajjub, (5) khauf min fawat al-maqashid, (6) al-mahbubah wa hub al-riasah, dan (7) khubst al-nafs wa bukhluha.”



1] al-‘Adawah (permusuhan)
Permusuhan dan perkelahian dengan seseorang. Inilah punca hasad yang utama da yang sebesar-besarnya.

2] al-Ta’azzuz (menghendaki ketinggian)
Bercita-cita ingin menjadi ketua, pemimpin atau ulama. Maka apabila jawatn itu diperolehi oleh orang lain, dia akan sakit hati dan dengki. Dia mengingini agar nikmat yang ada pada orang itu hilang.

3] Takabbur (sombong)
Membesar diri dan menghina orang lain. Jika orang lain memperolehi nikmat, dia sangat dengki, dan merasa dia yang layak memperolehinya.

4] Ta’ajjub (hairan pada diri sendiri)
Hairan akan sesuatu kelebihan yang ada pada dirinya. Dan demikian, dia akan merasa hairan mengapa orang lain memperolehi martabat atau ketinggian.

5] Khauf Min Fawat al-Maqashid (takut tidak tercapai apa yang dihajati)
Jika ada dua orang yang sama-sama inginkan sesuatu, maka salah seorang akan berhajat akan memperolehinya.

6] al- Mahbubah wa Hubb al-Riasah ( bercita-cita menjadi pemimpin)
Umpamanya orang yang menuntu ilmu supaya ia menjadi alim atau pandai sehinggakan tidak boelh ditandingi oleh sesiapa. Dan bila ia mendengar ada orang yang lebih pandai atau mashyur darinya maka akan timbullah kedengkiannya.

7] Khubst al-Nafs wa Bukhluha (sangat jahat nafsu dan bakhil)
Apabila dia melihat ada orang yang diberi nikmat oleh Allah ta’ala, maka timbullah kedengkiannya. Dia lebih suka jika nikmat itu lenyap dari orang tersebut.

 ** dipetik dari buku "Jalan kemuliaan ahli sufi" keluaran al-Hiadayah (www.hidayah.com.my)

Tiada ulasan: