28 Februari 2009

Dividen Tabung Haji

Khamis 26/02/2009: Lembaga Tabung Haji semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak

5 peratus

untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, membabitkan pembayaran berjumlah RM906 juta.
Bagaimanapun, bagi tahun ini, tiada pengagihan dividen khas diberikan seperti dilakukan pada tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran dividen tahunan akan dimasukkan ke dalam akaun 4.7 juta penyimpan Tabung Haji mulai Ahad ini.
Sambil mengakui kadar dividen tahun ini masih tinggi, beliau berkata, pendapatan Tabung Haji menurun sebanyak RM344 juta pada 2008 berbanding pada tahun sebelumnya, disebabkan peningkatan kos pengurusan, termasuk terpaksa menanggung kos haji yang berjumlah RM75 juta.
"Tabung Haji mencatatkan pendapatan RM1.5 bilion pada 2008, jatuh 31 peratus berbanding pendapatan pada 2007.
"Keadaan ini disebabkan perolehan pendapatan lebih rendah daripada pelaburan ekuiti yang menjadi sumber terbesar pendapatan pada 2007, selain berdepan kemelesetan ekonomi global," katanya pada sidang media di sini.

Tahun lalu, Tabung Haji mengumumkan pembayaran dividen

7 peratus

, iaitu lima peratus dividen tahunan dan dua peratus dividen khas.

Ahmad Zahid berkata, bilangan penyimpan juga bertambah kepada 4.7 juta pada 2008 berbanding 4.4 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus menyaksikan simpanan terkumpul Tabung Haji, masing-masing meningkat kepada RM19.7 bilion tahun lalu berbanding RM16 bilion pada 2007.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sumber utama pendapatan Tabung Haji ialah daripada keuntungan dividen 39 peratus, keuntungan urus niaga saham (24 peratus); pelaburan pendapatan tetap (16 peratus); pasaran wang (13 peratus) dan pelaburan hartanah (lapan peratus).

Ahmad Zahid berkata, kos pengurusan Tabung Haji juga meningkat kepada RM402 juta pada 2008, berbanding RM323 juta tahun sebelumnya.

"Kos pengurusan yang meningkat ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tanggungan kos haji berjumlah RM75 juta," katanya.

Zahid berkata, Tabung Haji memperuntukkan RM38 juta sebagai pembayaran zakat perniagaan tahun lalu berbanding RM37 juta pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar zakat berkenaan akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri atau pusat pungutan zakat negeri mengikut kadar simpanan terkumpul bagi negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Tabung Haji akan mencari beberapa alternatif pelaburan baru pada tahun ini bagi menyeimbangkan pendapatan dengan kos pengurusan serta pengendalian operasi ketika ini.

Bersenam 500 kali


Bersenam 500 kali setiap malam kekal sihat
- Senaman secara intensif sebanyak 500 kali setiap malam selama 15 minit merupakan petua untuk kekal sihat dan mempunyai stamina tinggi walaupun pada usia emas.

Itu adalah antara petua yang diamalkan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Tan Sri Zaleha Ismail, 72, untuk kekal sihat biarpun di dalam lingkungan usia emas pada ketika ini.

Menurut bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini, senaman ringan yang dilakukan itu diyakini mampu mengawal paras gula di dalam badan memandangkan beliau merupakan seorang penghidap diabetes sejak 40 tahun yang lalu.

"Seorang doktor ada memberitahu saya bahawa selepas makan tengah hari rehat sebentar dan selepas makan malam anda perlu berjalan sebatu, tetapi takkan malam-malam nak berjalan sejauh itu.
"Jadi saya buat senaman ringan secara berterusan sebanyak 500 kali untuk memastikan paras gula dalam darah saya dapat distabilkan," katanya ketika menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk Tiru macam saya di LPPKN semalam.
Kosmo Online

25 Februari 2009

Otak Kanan

Otak sebelah kanan ni lebih efektif sebenarmya dari otak sebelah kiri tetapi kena practise sikitlah. seminggu saya buat kat anak saya...dah nampak keberkesanannya
Caranya:-
1. Sewaktu anak nak tidur atau tidur-tidur ayam, cakap kat die sepenuh
hati dan sejujurnya yang kita sayang kat dia, dia budak baik, dia anak
soleh, dia budak
kuat, tak sakit, dia budak pandai dsb. Sbb during tidur-tidur ayam ni otak
kanan sedang bekerja, otak kiri dah tidur dah, tapi kena buat seikhlas
hati...kalau tengah marah ..tak jadi. kalau anak korang tu dah tidur,
ramas-ramas jari atau tangan dia, macam picitlah supaya dia kembali berada
dalam tidur2 ayam punya situation. Aku buat kat anak aku sebab die bangun
pagi lambat pas tu siap melalak-lalak lagi, aku cakap hari-hari kat dia,
dia budak baik, dia suka pergi sekolah, dia budak sihat, dia nak bangun
awal....sekarang 6.30 dah bukak mata termasuk sabtu n Ahad.

2. Start guna cards untuk ajar anak. Aku ajar ABC-Z guna card seminggu
je,sekarang dah kenal semua huruf dah siap boleh eja perkataan
pendek-pendek. .buat card banyak-banyak dan tunjuk kat dia orang
cepat-cepat. .macam..a. .b..c..d. .e, insya Allah cepat die dapat sebab bila
kita tunjuk kad laju-laju atau cepat-cepat
otak kanan die bekerja keras untuk tangkap apa benda yang kite tunjuk
tu...kita boleh buat card 1,2,3, gambar-gambar. ..potonglah gambar kat
mana-mana dsb.

3. Gerak kerja tangan adalah hasil dari otak kanan, so ajar anak korang
main tanah liat, main water colour, melukis, gunting kertas, origami dsb.
memang le kite
yang kene mengemas tapi takpe....... .. satu lagi cuba korang lukis gambar,
contohnye rama2, tapi sebelah sahaja dan suruh die orang sambung lukis
ikut apa yg
korang lukis tu kat sebelah lagi...ini pun dapat mengaktifkan penggunaan
otak kanan....Korang tau kenapa cine, ngan jepun pandai-pandai. ...sebab
depa
makan guna chopstik...chopstik tu mengaktifkan kerja tangan and as well
gerakkan otak kanan.

4. Jgn marah-marah atau tengking anak........ sebab depa boleh simpan
semuanya dalam otak kiri.......kalau termarah depa, pi balik kat cara no 1
tadi, and mintak
maaf kat die.....

5. Satu lagi develop they all punya imagination by start bercerita kat die
orang dan suruh depa sambung cerite tu, walaupun cerita tu memang lah
merapu
takpa....... ..kita pun bukan tak biasa merapu...... .

6. Main teka-teki ngan they all, taruk satu barang dalam kotak tissue and
suruh depa teka apa benda tu. First few times boleh bagi option
macam....bagi tau
colour, bunyi, lama-lama depa boleh develop six sence by concentrating
depa boleh teka apa benda dlm kotak tissue tu........ni semua utk aktifkan
otak sebelah
kanan. Tapi ingat.....semua game yg hangpa nak buat ngan dia tu cuma boleh
buat setengah jam sehari..tak payah lama-lama.

Sebelum buat exercise ni, kena tarik nafas dalam-dalam and relaks...tak
boleh buat time tengah nak masak ka, basuh kain ka tengok tv ka, tak
jadi....Buat kena
ikhlas, and merendah diri sikitlah bila dah terror ini semua satu cara yng
Tuhan lagi Maha Mengetahui kalau Dia izin anak kite nak pandai
Alhamdulillah tapi kita
kena berusaha, dan bersyukur kalau dah berhasil sebab bila2 Dia boleh
tarik balik..betui dak......Aku pun tengah try lagi ni...
Lagi satu untuk berkongsi sesama pembaca....
Kaunselor UTM, Dr, Syed Mohd. Shafek pun ada cakap benda yang sama dan dia
ada ckp ttg perkataan jangan kat anak-anak. kalau kita banyak sangat guna
perkataan
jangan kat anak-anak... ..itu lah yang anak akan buat.....so lepas nie kena
ganti perkataan jangan tu kepada perkataan lain plak...contohnya. ...Tolong
senyap Abang,,,berbanding Jangan bising bang..

Minyak Angin bahaya..???

Ahmad Tarmizi Ahmad Basri ( anak kesayangan saya yang kelima) 3 tahun.
17/08/04-Demam biasa dan dibawa ke klinik.
18/08/04-Masih deman dan perut kembong akibat tak selera makan kerana
sakit tekak (bengkak)
19/08/04-Saya kurang senang dengan kesihatan anak saya dan bawa dia
berjumpa doktor pakar. Setalah diperiksa soalan pertama yang doktor
tanya kepada saya serta isteri saya ialah ada sapu apa-apa minyak di
perut? bererti sebagai doktor dengan ilmu
kedoktorannya dia tahu bahawa puncanya adalah disebabkan minyak angin.

Anak saya dim as ukan ke wad. Dia dalam keadaan koma tanpa membuka mata,
berkata-kata, bergerak dan pernaf as an pun dibantu dengan alat
penaf as an oksigen. Darah, kencing diambil bagi tujuan pemeriksaan.
Keputusan pemeriksaan :
Hati anak saya bengkak teruk disebabkan minyak angin telah menyerap
m as uk ke dalam tubuhnya. Kencing anak saya juga mengandungi minyak
tersebut. Kesemua saluran darah menghadapi ke su karan akibat minyak
itu. Anak saya tak sedarkan diri dan terus koma. Dia dibawa ke wad ICU
dan dirawat oleh 6 orang doctor, antara 6 orang doctor, 2 darinya
adalah dari Jerman .
Saya di suruh oleh pihak hospital untuk tandatangan hampir 7 keping
document untuk membenarkan anak saya diselamatkan dengan apa jua
risiko tanpa menyalahkan pihak doctor. Saya bersetuju.
AlhamdullilAllah. . Anak dapat diselamatkan akhirnya dengan izin Allah
dan kini dia telah dipindahkan ke wad biasa. Dia telah pulih hampir
80% dan sudah mampu untuk memanggil saya BAPAK bila saya disisi.
Azah , tolong pastikan jangan ada walaupun satu botol minyak-minyak
yang dibeli direct dari penjual tepi jalan, penjual rumah ke rumah,
pemberian dari jiran dan sebagainya , kerana mungkin ianya akan
membunuh anak kita sebab kita sendiri pun tak tahu isi kandungannya.

24 Februari 2009

Pemberian rebat petrol

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk tidak meneruskan pemberian rebat petrol kepada pemilik-pemilik kenderaan selepas Mac ini.

Keputusan itu didorong oleh prestasi harga minyak semasa yang sudah menurun ketika ini, beritahu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di persidangan Dewan Rakyat semalam.

"Mengenai rebat ini, oleh kerana harga minyak sudah turun, kita belum membuat satu dasar tapi saya jangka kita tidak akan teruskan rebat ini,'' kata Ahmad Husni ketika menjawab pertanyaan Fong Kui Lun (DAP-Bukit Bintang).

Terdahulu, beliau memberitahu, jumlah rebat tunai yang telah dibayar kepada pemilik kenderaan yang layak adalah sebanyak RM3.6 bilion bagi tempoh 14 Jun 2008 hingga 31 Januari lalu dengan jumlah pemilik kenderaan kira-kira 7.5 juta.





22 Februari 2009

E-mel spam bahaya...!!!

KUALA LUMPUR: Tahniah, anda memenangi peraduan dan layak menerima wang tunai, hadiah serta pelbagai pakej pelancongan menarik.
Mesej seperti ini banyak diterima melalui e-mel yang dihantar secara rawak, tetapi jangan terpedaya dengan e-mel jenis ini yang digelar spam.
Spam ialah sejenis perisian yang boleh mengganggu gugat sistem komputer dengan menyebarkan maklumat palsu atau laman web klon, dengan tujuan mengaut keuntungan, komersial, pengiklanan percuma atau insurans.

Dulu spam hanya dianggap e-mel remeh atau sampah, tetapi kini ia dikategorikan sebagai berbahaya kerana kaedah yang sama boleh digunakan untuk menghantar virus, trojan dan phishing.
Jika ini berlaku, ia bukan saja merugikan pengguna akibat ditipu tetapi berisiko dijangkiti pelbagai virus komputer. Ia kerana spam diubah suai dengan pelbagai ketrampilan baru, sama seperti virus, worms, spyware, dan phishing scams.
Secara kebetulan jika membuka mesej mengandungi spam, ia boleh menyebabkan kotak Pandora bermasalah, berpunca daripada pengaktifan trojan yang akan memasuki komputer melalui mesin penghantar spam. Ini boleh menyebabkan kehilangan data kawalan pematuhan program komputer yang ditetapkan.
baca berita harian online

21 Februari 2009

Bedak bahaya

PULAU PINANG 17 Feb. - Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
Ini kerana bahan utama bedak talkum mengandungi magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru itu didedahkan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) hari ini.


Sehubungan itu, CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.
Presidennya, S.M. Mohamed Idris berkata, beberapa kajian menemui zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
Menurutnya, zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.

Tambahnya, penemuan terbaru mendedahkan, wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.
"Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

"Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.
Mengulas lanjut, katanya, penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.

Tambahnya, debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
Jelas beliau, bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
"Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.
"Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi," ujarnya.
sumber utusan online

18 Februari 2009

Kulit Babi




Berhati-hati dengan barangan kulit, sektor perkilangan bukan milik orang. Ekonomi juga bukan kita kuasai...

Apa yang kita mampu hanya guna apa yang orang buat ....tapi berhati-hati...supaya tidak tersalah pilih...

15 Februari 2009

Muhram

Islam menentukan garisan panduan dalam pergaulan dan perhubungan sesama insan. Oleh itu ketahuilah siapakah Muhram anda dan batasilah aurat dan pergaulan. Supaya tidak terjadi perbuatan yang tercela. Muhram adalah:-
1. Suami/isteri
2. Ibu-bapa
3. Ibu-bapa mertua
4. Anak-anak
5. Anak tiri
6. Hubungan susuan, anak, bapa, saudara, datuk hingga ke atas. Anak saudara hingga ke bawah.
9. Menantu.
Jika selain daripada yang di senarai ini (jika ada yang tertinggal sila tambah) adalah dihukumkan sebagai bukan Muhran. Pergaulan dan perhubungan adalah perlu dibatasi. Dan dibolehkan kepada perkara yang tertentu sahaja seperti:-
1. Ketika hendak meninang
2. Perniagaan (jual/beli)
3. Rawatan Perubatan
4. Menjadi saksi Mahkamah
5. Pembelajaran (belajar/ Mengajar)
sekian..., waLLahu 'ala

10 Februari 2009

Peringatan JPJ


Terperanjat dan mendebarkan begitulah apabila tiba-tiba kita menerima surat "urusan kerajaan" dan bertanda JPJ...

Bagaimanapun surat itu hanyalah peringatan pembaharuan lesen memandu atau cukai jalan. Jadi anda diingatkan supaya memperbaharui cukai berkenaan. Buat susah jer la JPJ ni...Tak pasti berbaloi ke JPJ buat peringatan sebegini, kerana kosnya bukanlah sedikit. Pemilik kenderaan di Malaysia ni berjuta-juta dan setiap pemilik paling kurang akan menerima 3 surat peringatan- lesen memandu,cukai jalan kereta dan cukai jalan motosikal...