28 Februari 2009

Bersenam 500 kali


Bersenam 500 kali setiap malam kekal sihat
- Senaman secara intensif sebanyak 500 kali setiap malam selama 15 minit merupakan petua untuk kekal sihat dan mempunyai stamina tinggi walaupun pada usia emas.

Itu adalah antara petua yang diamalkan Pengerusi Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Tan Sri Zaleha Ismail, 72, untuk kekal sihat biarpun di dalam lingkungan usia emas pada ketika ini.

Menurut bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat ini, senaman ringan yang dilakukan itu diyakini mampu mengawal paras gula di dalam badan memandangkan beliau merupakan seorang penghidap diabetes sejak 40 tahun yang lalu.

"Seorang doktor ada memberitahu saya bahawa selepas makan tengah hari rehat sebentar dan selepas makan malam anda perlu berjalan sebatu, tetapi takkan malam-malam nak berjalan sejauh itu.
"Jadi saya buat senaman ringan secara berterusan sebanyak 500 kali untuk memastikan paras gula dalam darah saya dapat distabilkan," katanya ketika menyampaikan ceramah kesihatan bertajuk Tiru macam saya di LPPKN semalam.
Kosmo Online

Tiada ulasan: