22 Februari 2009

E-mel spam bahaya...!!!

KUALA LUMPUR: Tahniah, anda memenangi peraduan dan layak menerima wang tunai, hadiah serta pelbagai pakej pelancongan menarik.
Mesej seperti ini banyak diterima melalui e-mel yang dihantar secara rawak, tetapi jangan terpedaya dengan e-mel jenis ini yang digelar spam.
Spam ialah sejenis perisian yang boleh mengganggu gugat sistem komputer dengan menyebarkan maklumat palsu atau laman web klon, dengan tujuan mengaut keuntungan, komersial, pengiklanan percuma atau insurans.

Dulu spam hanya dianggap e-mel remeh atau sampah, tetapi kini ia dikategorikan sebagai berbahaya kerana kaedah yang sama boleh digunakan untuk menghantar virus, trojan dan phishing.
Jika ini berlaku, ia bukan saja merugikan pengguna akibat ditipu tetapi berisiko dijangkiti pelbagai virus komputer. Ia kerana spam diubah suai dengan pelbagai ketrampilan baru, sama seperti virus, worms, spyware, dan phishing scams.
Secara kebetulan jika membuka mesej mengandungi spam, ia boleh menyebabkan kotak Pandora bermasalah, berpunca daripada pengaktifan trojan yang akan memasuki komputer melalui mesin penghantar spam. Ini boleh menyebabkan kehilangan data kawalan pematuhan program komputer yang ditetapkan.
baca berita harian online

Tiada ulasan: