08 Februari 2009

Pisang















Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar.

Manakala pisang seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.
Pengeluaran pisang dunia dianggarkan 80 juta tan metrik setahun. Di Malaysia (tahun 1997) dianggarkan 34,296 hektar tanah digunakan untuk penanaman pisang. Selain untuk kegunaan tempata pisang dieksport ke Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Brunei dan Jepun.
Tanah
Tanah gembur dan bersaliran baik. Pisang boleh ditanam dgn jarak 2x2x5 @ 3x3 bagi kawasan yg sederhana subur.
Pembajaan
Pisang memerlukan baja yang banyak. Unsur nitrogen, fosforus dan kalium (NPK)diperlukan, begitu juga baja kalsium dan magnesium. Serumpun pisang perlukan 1.5kg - 2.5kg baja NPK setahun bergantung pada kesuburan tanah. Pada peringkat awal pertumbuhannya hingga berumur 3 bulan, baja sebatian NPK 15:15:15 disyorkan.
Penyakit
Layu Panama, tanda-tanda pokok layu dan pangkal pokok akan pecah. Racun herba boleh digunakan.
Bintik daun, bintik kuning atau perang gelap di permukaan bawah daun, serangan agak serius masa musim hujan. Boleh disembur dgn mancozeb, benomil, tridermorph dan tilt. Bagi lebih berkesan boleh dicampur dgn minyak mineral - orchex.

Pisang baik untuk kesihatan tertentu:
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

02 Februari 2009

Penentuan arah kiblat

Terdapat satu kaedah mudah dalam menentukan arah kiblat, iaitu dengan melihat arah kedudukan bintang tiga langit (tentunya di malam hari)
Cuba berdiri di hadapan rumah anda ( menghadap ke kiblat) dan dongak kepala ke langit, anda akan dapat melihat buruj Orion berada tepat di atas kepala anda

Sekarang cari tiga bintang yang kedudukannya sederet (Mintaka, Alnilam, Alnitak.-namapun dah ala Arab.) Guna imaginasi anda bina satu garisan yang menyambungkan ketiga-tiga bintang tersebut, bermula dari timur hingga ke ufuk barat- itulah arah kiblatnya insyaAllah.

01 Februari 2009

PM Turki kecam Peres



















PERDANA Menteri Turki, ( kiri) Recep Tayyip Erdogan, menyebabkan hadirin Forum Ekonomi Dunia (WEF) terdiam apabila memarahi Presiden Israel, Shimon Peres, kerana menafikan Tel Aviv bersalah mengganas di Gaza dengan berkata: "Kamu bunuh mereka."

Erdogan berang selepas penulis Washington Post yang mempengerusikan majlis, David Ignatius, hanya memberinya 12 minit untuk berucap sedangkan Peres, 85, lantang berhujah selama 25 minit dan merujuk kepada pejuang Hamas sambil bertanya: "Mengapa mereka lancar roket? Gaza tidak dikepung. Mengapa mereka lawan kami, apa yang mereka mahu? Kebuluran tidak berlaku walau sehari di Gaza."


Apabila Ignatius memberinya satu minit untuk menjawab balas, Erdogan menuduh pengerusi itu menyekatnya membalas hujah Peres dengan berkata: "Saya kesal bagi mereka yang bertepuk tangan mendengar kamu bercakap. Kamu bunuh penduduk Gaza. Saya rasa itu adalah salah."


"Peres, kamu lebih tua daripada saya. Suara kamu terlalu tinggi.Penyebab awak meninggikan suara adalah psikologi dari perasaan bersalah. Kamu bunuh mereka. Saya masih ingat kanak-kanak yang mati di tepi pantai. Saya masih ingat dua bekas Perdana Menteri (Israel) berkata mereka gembira masuk Palestin dengan kereta kebal. Dalam soal membunuh, kamu terlalu bagus."



Apabila Ignatius cuba menyampuk, Erdogan berkata beliau tidak akan datang lagi ke Davos, meninggalkan ahli panel termasuk Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Setiausaha Liga Arab, Amr Moussa, di pentas ucapan


Hindari Chikungunya

KETIKA ada pihak yang tidak mahu laporan mengenai penyakit Chikungunya terus dihebohkan dalam media, lebih ramai yang mahukan informasi ini sampai ke pengetahuan mereka.
Ini bukan soal menimbulkan keresahan awam, tetapi tidak salah jika impak yang terbit daripadanya membuatkan masyarakat umum lebih bermaklumat, berwaspada dan seterusnya bertanggungjawab terhadap persekitaran mereka.
Mengikut risalah yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, Chikungunya adalah sejenis penyakit bawaan nyamuk. Ia pertama kali dikesan di Tanzania pada tahun 1953. Semenjak itu, ia berlaku di negara-negara Afrika, Asia dan akhir-akhir ini ia berlaku di beberapa buah tempat di negara-negara Eropah.

Walaupun ia adalah endemik, iaitu selalu terjadi di kebanyakan negara Sub Sahara Afrika, India, dan Asia Tenggara, namun ia bukanlah sejenis penyakit misteri yang tidak diketahui puncanya.
SIKAP masyarakat yang tidak mementingkan kebersihan hanya menambah kemungkinan buruk.

Penyakit Chikungunya adalah demam yang disebabkan oleh virus daripada genus Alphavirus di dalam keluarga Togaviridae. Ia berjangkit melalui gigitan nyamuk Aedes albopictus atau Aedes aegypti yang membawa virus tersebut.

Ramai melabelkan Chikungunya sebagai 'adik-beradik' denggi yang turut berpunca daripada gigitan aedes yang menyebarkan virus penyakit tersebut.

AWASI kediaman anda terutamanya kesihatan orang yang anda sayangi.
Masa pengeraman bagi Chikungunya boleh menjangkau dari tiga hingga 12 hari tetapi pada kebiasaannya adalah di antara dari tiga hingga tujuh hari.

Soalan yang sering ditanyakan apabila muncul sesuatu penyakit adalah 'apakah tanda-tanda dan gejala penyakit ini?'.

Maka, jawapan kepada soalan itu sangat bersifat kritikal, lantaran tindakan seseorang untuk mengenal pasti simptom-simptom penyakit Chikungunya boleh mempercepatkan proses rawatan dan untuk pesakit itu sembuh.

Antara simptom-simptom adalah seperti demam panas mengejut (demam yang mendadak boleh mencapai suhu 39 darjah Celcius), sakit teruk pada sendi (terutamanya sendi lutut, pergelangan dan jari), ruam pada badan dan sakit kepala. Seseorang pesakit boleh mengalami demam dari satu hingga lima hari atau seminggu.

Penyakit Chikungunya sering disalah anggap sebagai demam denggi kerana tanda-tanda penyakit yang menyerupai demam denggi.

Di Malaysia, Chikungunya tidak pernah dilaporkan boleh menyebabkan pendarahan atau kematian. Tetapi, sesetengah pesakit mengalami gejala yang berpanjangan. Pesakit yang berusia pula boleh mengalami kesakitan berulang pada sendi sehingga beberapa bulan atau tahun.

Seperti penyakit-penyakit lain yang disebabkan oleh virus, tidak terdapat sebarang rawatan khusus bagi Chikungunya. Penyakit ini biasanya akan berakhir dan pesakit boleh sembuh dengan sendirinya. Rawatan untuk pesakit luar lazimnya diberi berdasarkan simptom yang dialami pesakit.

Pendek kata, penyakit ini tiada vaksin. Namun pada masa yang sama, doktor akan memeriksa pesakit secara keseluruhan bagi mengenepikan kemungkinan penyakit lain yang lebih berbahaya.

Maka, sekiranya anda mengalami tanda-tanda dan gejala penyakit Chikungunya, anda dinasihatkan agar segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital terdekat.

31 Januari 2009

Rancang perbelanjaan




Jika sebelum ini sejumlah wang diperuntukkan membeli barangan berjenama, melancong ke luar negara atau menikmati hidangan di restoran adalah lebih wajar kita mengubah tabiat sedemikian.

Orang ramai masih boleh berbelanja, tetapi biarlah berpada-pada. Sebaik-baiknya bertukarlah membeli produk tempatan dan mengunjungi destinasi percutian dalam negara. Daripada membazirkan wang yang banyak untuk makan di luar, lebih baik sekiranya wang itu digunakan membeli bahan mentah dan makan di rumah. Dengan cara ini, sambil berjimat kita dapat meningkatkan keharmonian keluarga.

Ubah suai kenderaan






Pengubahan yang dilakukan secara kecil tanpa melibatkan ciri kestabilan dan keselamatan adalah dibenarkan. Bagaimanapun ada kelengkapan tambahan yang tidak dibenarkan seperti;
1- Lampu berkelip-klip.
2- Lampu berwarna (ungu, biru dll)
3- Hon berirama @ hon dua nada.
4- Lampu sorot belakang
5- Cermin yg terlalu gelap

Bagi pengubahsuaian yg membawa kpd perubahan besar pd kenderaan hendaklah mendapat kebenaran bertulid drp JPJ...seperti:
1- Ubah suai rangka, bentuk & ciri-ciri asal
2- Ubah kereta salun kpd convertible
3- Pengubahan sistem brek, bahan api, stering, bes roda.
4- Penggunaan badan kaca gentian
5- Penukaran enjin
6- Pemasangan sunroof
selanjutnya Layari web
JPJ

28 Januari 2009

Proton MPV


"Salam Sejahtera..."
Inilah rupa kenderaan pelbagai guna (MPV) keluaran terbaru Proton yang bakal dilancarkan pada
April ini
. Ia memaparkan reka bentuk menarik dan pasti mendapat sambutan baik daripada rakyat Malaysia kelak.

Model terbaru Proton ini yang gambarnya mula tersebar dalam Internet sejak seminggu lalu boleh memuatkan sekurang-kurangnya tujuh orang penumpang dan menggunakan enjin Campro 1.8 liter serta disasarkan pada harga sekitar RM80,000 sebuah Sumber Utusan

24 Januari 2009

Gerhana Matahari, 26 Jan 2009



"Salam Sejahtera..."
Kita berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa, iaitu sebahagian matahari akan terlindung oleh Bulan.
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.
Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Tak salah pihak masjid Negara akan megadakan solat gerhana pada hari berkenaan (26 Jan 2009)

20 Januari 2009

Tajwid al-Quran

"Salam Sejahtera..."

Betulkah bacaan Quran kita..? lebih-lebih lagi bacaan solat, ini penting dalam memastikan solat kita sah dan diterima...di sini saya serta link panduan tajwid al-Quran semoga sedikit sebanyak memberi panduan kepada kita semua...boleh print dan dijadikan buku panduan...untuk lebih berkesan dapatkan tunjuk ajar dari orang yg lebih pakar.. ia boleh didownload melalui link ini.

Belajar Inggeris

"Salam Sejahtera..."

Bagaimana dengan penguasaan bahasa inggeris anda masa kini? Adakah memuaskan untuk bercakap menulis dan membaca dengan lancar.
Kenapa pentingnya bahasa inggeris untuk anda. Kenapa perlunya belajar bahasa inggeris? Boleh buat duit ke dengan belajar Inggeris. paling tidak dapat ajar anak-anak..kan sekarang subjek Inggeris telah diperluaskan untuk Mathematics & Science. Kalau kita tak reti langsung susah ler anak-anak kita nak mintak tunjuk ajar...