08 Februari 2009

Pisang















Pisang mempunyai buah yang sedap dan lazat serta mudah ditanam. Di Malaysia, kultivar seperti pisang mas, berangan, cavendish dan rastali ditanam untuk dimakan segar.

Manakala pisang seperti pisang nangka, raja, lang, relong, tanduk, nipah dan pisang awak pula sesuai untuk dimasak atau diproses sebagai makanan ringan.
Pengeluaran pisang dunia dianggarkan 80 juta tan metrik setahun. Di Malaysia (tahun 1997) dianggarkan 34,296 hektar tanah digunakan untuk penanaman pisang. Selain untuk kegunaan tempata pisang dieksport ke Singapura, Emiriah Arab Bersatu, Brunei dan Jepun.
Tanah
Tanah gembur dan bersaliran baik. Pisang boleh ditanam dgn jarak 2x2x5 @ 3x3 bagi kawasan yg sederhana subur.
Pembajaan
Pisang memerlukan baja yang banyak. Unsur nitrogen, fosforus dan kalium (NPK)diperlukan, begitu juga baja kalsium dan magnesium. Serumpun pisang perlukan 1.5kg - 2.5kg baja NPK setahun bergantung pada kesuburan tanah. Pada peringkat awal pertumbuhannya hingga berumur 3 bulan, baja sebatian NPK 15:15:15 disyorkan.
Penyakit
Layu Panama, tanda-tanda pokok layu dan pangkal pokok akan pecah. Racun herba boleh digunakan.
Bintik daun, bintik kuning atau perang gelap di permukaan bawah daun, serangan agak serius masa musim hujan. Boleh disembur dgn mancozeb, benomil, tridermorph dan tilt. Bagi lebih berkesan boleh dicampur dgn minyak mineral - orchex.

Pisang baik untuk kesihatan tertentu:
Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.
Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak, sodium yang membantu merendah kolestrol.
Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.
Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.
Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.
Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap pula.
Bagaimanapun, pisang tidak sesuai bagi pesakit kencing manis. Ini kerana kandungan gula di dalam pisang adalah tinggi. Terdapat 25 gram gula setiap 126 gram pisang (19.85%)

Tiada ulasan: