24 Januari 2009

Gerhana Matahari, 26 Jan 2009



"Salam Sejahtera..."
Kita berpeluang menyaksikan gerhana matahari separa, iaitu sebahagian matahari akan terlindung oleh Bulan.
Di Kuala Lumpur, permulaan gerhana adalah pada jam 4.31 petang, di mana ketika itu, matahari akan mula kelihatan sedikit kerana Bulan sudah mula melindunginya.
Puncak gerhana berlaku pada jam 5.50 petang, di mana 72% matahari akan dilindungi Bulan.
Kemudian Bulan akan perlahan-lahan keluar daripada Matahari dan gerhana pun akan tamat pada jam 6.58 petang.
Secara umumnya, suasana tidak akan kelihatan gelap seperti Gerhana Penuh, tetapi kita mungkin akan dapat merasa keadaan seperti redup sedikit, walaupun ketika itu Matahari kelihatan seperti memancar macam biasa di langit.
Tak salah pihak masjid Negara akan megadakan solat gerhana pada hari berkenaan (26 Jan 2009)

Tiada ulasan: