10 Disember 2008

Harga Barang Turun..?

"Berpesan-pesanlah kepada kebaikkan..."

Harga turun awal 2009
SERI KEMBANGAN - Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad memberi jaminan bahawa harga beberapa barangan keperluan akan turun secara menyeluruh pada suku tahun pertama tahun depan.
Pada masa ini menurutnya, peniaga tidak dapat menurunkan harga barang keperluan ekoran stok serta pesanan barangan yang dibuat ketika harga barangan terbabit masih berada di tahap tinggi.
''Sekarang ini, harga barangan yang dibeli oleh peniaga masih menggunakan harga lama dan sekiranya penurunan dilakukan boleh mengakibatkan kerugian pada pihak peniaga.
''Bagaimanapun, pada suku tahun pertama tahun depan, saya beri jaminan harga barangan keperluan terutama beras, tepung dan minyak akan mengalami penurunan,'' katanya pada perasmian Kempen Kurangkan Penggunaan Beg Plastik di sini semalam.
Shahrir berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang mengarahkan para peniaga menurunkan harga barangan kegunaan harian rakyat selaras dengan penurunan harga minyak semasa.
Dalam perkembangan sama, Shahrir memberitahu, kerajaan kini menjalankan pemantauan menyeluruh terhadap syarikat-syarikat pemborong barangan keperluan bagi memastikan mereka tidak mengambil kesempatan ke atas peniaga.

Tiada ulasan: