10 Disember 2008

Barangan luput tarikh

"Berpesan-pesanlah kepada kebaikkan...

"KUALA LUMPUR - Awas ketika membeli-belah kerana anda mungkin antara pengguna yang terbeli barangan makanan sudah luput tarikh yang masih dijual di beberapa pasar raya terkenal di seluruh negara.
Ini bukan cerita kosong atau tohmahan semata-mata tetapi itulah hakikat yang ditemui wartawan Kosmo! ketika membuat tinjauan rambang di beberapa pasar raya besar yang mempunyai rangkaian cawangan di seluruh negara dan sering menjadi tempat kunjungan ramai.
Agak menghairankan, bagaimana barangan itu masih diletakkan di atas rak untuk dijual kepada orang ramai kerana ada antara barangan tersebut sudah luput tarikhnya sejak awal tahun lagi.
Kalau satu atau dua barangan itu boleh kita dikatakan pekerja pasar raya tersebut terlepas pandang tetapi bagaimana jika semua barangan pada rak yang tersusun cantik didapati telah luput tarikhnya?
Antara barang makanan yang dibeli oleh wartawan Kosmo! di beberapa pasar raya terkemuka yang telah luput tarikhnya ialah sardin dalam tin, jeruk, pes makanan, perencah dan juga minuman susu yang berkotak termasuk yang berjenama popular.
Lebih teruk lagi, ada di antara makanan ini yang telah pun berubah sifatnya baik dari segi warna mahupun kepekatannya.
Ini sudah pasti boleh mengancam kesihatan pengguna yang tidak berapa kisah untuk melihat tarikh luput tertera pada botol atau tin makanan tersebut, malahan terus menikmatinya apabila pulang ke rumah. Ini boleh mengundang keracunan makanan kepada pengguna.
Wartawan Kosmo! yang meninjau ke premis perniagaan itu mendapati masih ramai lagi pengunjung yang membeli barangan di premis tersebut tidak mahu membelek atau meneliti produk itu walapun hanya mengambil beberapa saat.
*Sumber Kosmo online...

Tiada ulasan: