PADANG BESAR 9 Okt. - Ibarat kata pepatah 'Kalau sudah jodoh tidak ke mana' itulah yang terjadi kepada pasangan warga emas yang telah bercerai sejak 44 tahun lalu namun kembali bersatu sebagai suami isteri pada majlis akad nikah yang ringkas, semalam.
Pasangan itu, Man Mahmud, 75 dan Wan Kamaliah Wan Hussin, 74, diijab kabul semula sebagai suami isteri disaksikan anak, cucu-cucu dan cicit mereka di rumah Wan Kamaliah di Kampung Lubuk Machang, Batu Bertangkup, Chuping di sini pada pukul 2.45 petang semalam.
Pengantin lelaki yang berpakaian baju Melayu melafazkan dua kali lafaz akad nikah dengan mas kahwin RM12 dan sebentuk cincin serta hantaran belanja kahwin berjumlah RM1,000.
Menurut Wan Kamaliah, keputusan berkahwin semula dengan bekas suaminya itu dibuat dalam tempoh dua minggu setelah dicadangkan oleh anak-anak mereka.
"Tok Wan anggap semua ini sebagai takdir Allah kerana kami bertemu jodoh kembali dan berharap kami dapat menjalani sisa-sisa usia ini dengan tenang," katanya ketika ditemui di rumahnya semalam.
Dia berkata, kali pertama diijab kabul dengan suaminya yang juga merupakan sepupunya adalah ketika dia berusia 13 tahun manakala suaminya berusia 14 tahun atas pilihan keluarga masing-masing.
Bagaimanapun, setelah 17 tahun mendirikan rumah tangga tanpa dikurniakan cahaya mata, kedua-duanya mengambil keputusan untuk berpisah secara baik.
"Walaupun telah bercerai kami masih bertegur sapa kerana duduk sekampung selain kami juga mempunyai talian persaudaraan," katanya.
Setelah bercerai, kedua-duanya mendirikan rumah tangga dengan pasangan lain tetapi Wan Kamaliah turut berpisah dengan suami baru manakala Man pula kematian isterinya namun dikurniakan seorang anak lelaki yang kini berusia 42 tahun.
Selepas itu, Wan Kamaliah terus keseorangan selama 30 tahun manakala Man pula menjadi duda sejak 11 tahun lalu.
Dalam pada itu, menurut Man yang merupakan pesara Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), perkahwinan kali ini akan dapat mengubat kesunyiannya sejak kematian isteri.
Sumber Utusan online
"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
10 Oktober 2010
Perkahwinan..
Niat kerana Allah iaitu dengan tujuan untuk membina sebuah rumahtangga muslim , untuk melahirkan keturunan yang soleh ,keluarga yang sanggup memikul amanah dan dapat melaksanakan kewujudan hidayah Allah sehingga hidayah itu akan berterusan seperti mana firman Allah ; “ Satu keturunan yang sebahagiannya(tuntutan) dari yang lain” (Ali-Imran ; 34) Supaya dapat menjaga pandangan dan kehormatan di samping bertakwa kepada Allah. Ingatlah Kalian dari menundukkan pandangan sebenarnya meninggikan kekhusyukkan hati kita dalam solat .Jangan di lepaskan peluang (menundukkan pandangan) ini ,kalian! Rasulullah s.a.w bersabda ; “Allah berhak menolong tiga golongan ; Orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib yang ingin membayar harga tebusannya dan orang-orang yang berkahwin dengan tujuan untuk memelihara kehormatan dirinya”
Bijak memilih isteri yang bakal menjadi rakan kongsi hidup dan teman seiring denganmu kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Pilihlah untuk keturunan kamu,sesungguhnya keturunan itu menjadi pertikaian .” Dalam riwayat lain ada disebutkan ; “Kahwinikanlah mereka dengan yang sekufu”
Memilih isteri yang mempunyai akhlak dan berpegang teguh dengan agama,sekalipun tidak mempunyai harta dan kecantikan jika dibandingkan dengan yang lain, kerana sabda Rasulullah s.a.w. “ Jangan kamu mengahwini perempuan kerana kecantikannya.Boleh jadi kecantikan mereka akan menjadikan mereka hina .Jangan kamu mengahwini perempuan kerana harta mereka,kerana boleh jadi harta mereka akan menjadikan mereka bersikap zalim ,tetapi kahwinlah mereka kerana agamanya .Hamba perempuan yang rabik telinga dan bodoh tetapi beragama adalah lebih baik” (hadis riwayat Ibn Majah )
Menjauhkan diri dari mencanggahi perintah Allah dalam perkara-perkara tersebut dan berusaha menjauhi kemurkaan Allah dan azabnya , kerana Rasulullah s.a.w bersabda ; “Siapa yang mengahwini perempuan kerana ketinggian kedudukannya, perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali kehinaan. Siapa yang mengahwininya keran hartanya, perkahwinan itu tidak menambahkan sesuatu kepadanya kecuali kemiskinan .Siapa yang mengahwininya kerana keturunannya , perkahwinan itu tidak menambah sesuatu kepadanya kecuali hina dina . Dan siapa yang mengahwini perempuan dengan tujuan supaya dapat menahan pandangannya, memelihara kehormatannya atau menghubungkan silaturrahim , Allah akan memberi berkat pula kepada perempuan itu dengannya” (hadits riwayat Abu Nuaim)
Ingin dikongsi di sini kata-kata dari Dr. HM Tuah Iskandar Al-Haj yang menyatakan ; “ CINTA sepatutnya menjadikan manusia lebih bertenaga, kuat dan bermotivasi sepenuhnya” dan “Berkahwin bermakna kesediaan hati menerima seseorang untuk saling berkasih sayang” .. Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa …
Lelaki yang soleh tidak akan memilih wanita melalui keseksiannya… Lelaki wara’ menilai wanita melalui akhlaknya , peribadinya dan addinnya… Lelaki yang baik tidak menginginkan pada sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan pada syaitan untuk menggodanya… Lelaki wara’ juga tidak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni PERKAHWINAN… sumber : asasian.net
09 Oktober 2010
Musim Haji Bermula
Kini tiba Musim Haji bagi tuhan ini 2010 [1431H], dengan pernerbangan pertama ke Tanah Suci bermula hari ini, 09 Oktober 2010 [01 Zulkaedah 1431] operasi penerbangan ke Tanah Suci Mekah ini berjalan selama sebulan sehingga 09 November 2010. Pada tahun ini seramai 26,000 jemaah Haji dari Malaysia akan ke Tanah Suci Mekah bagi menunaikan rukun Islam yang kelima itu.
Setiap kumpulan jemaah haji akan berada di Tanah Suci Mekah selama 42 hari. Biasanya jemaah haji awal akan pergi ke Madinah lebih dahulu. Manakala yang bertolak lewat akan terus ke Mekah. Perjalanan darat dari Jeddah ke Mekah memakan masa lebih kurang 3-4 jam.
Ibadat haji akan bermula pada 14 Nov. 2010 [ 08 Zulhijjah] Kerajaan Arab Saudi tetapkan Hari Raya Haji pada 16 Nov 2010 [10 Zulhijjah]. Pihak Arab Saudi menganggarkan sejumlah 2 juta jemaah akan mengerjakan haji tahun ini. Penerbangan pertama pulang bermula 21 Nov. 2010.
Solat dalam pesawat, jika keadaan tidak mengizinkan untuk solat seperti biasa, bersolatlah sambil duduk di kerusi, dengan tunduk sedikit untuk rukuk. Manakala sujud dengan membungkuk hingga belakang rata.
Pakej haji yang ditawarkan oleh anak syarikat Tabung Haji. sini
Pendaftaran bagi menunaikan haji boleh dibuat samaada di pejabat Tabung Haji berdekatan atau di laman web tabung haji.
Penerangan Ibadah Haji:-
Ibadah Haji
Mengerjakan haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang lima. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. Firman Allah Taala :
(ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا ومن كفر فإن الله غني عن العالمين)
Artinya: "Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam)."
Pengertian Haji dan Umrah pada syarak
Haji pada syarak ialah mengunjungi Baitullah Al-Haram dalam bulan-bulan haji kerana mengerjakan tawaf, sai'e dan wukuf di Arafah dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Umrah pada syarak ialah menziarahi Baitullah Al-Haram kerana mengerjakan tawaf, sai'e dengan menurut syarat-syaratnya serta menunaikan segala wajib-wajibnya.
Syarat-syarat Haji mengikut Mazhab Syafie
1. Islam: Orang kafir tidak wajib mengerjakan Haji malah tidak sah ibadat Haji yang mereka kerjakan.
2. Merdeka: Hamba tidak wajib mengerjakan Haji.
3. Mukallaf. (akil baligh)
4. Berkemampuan dengan syarat:
1. Berkuasa membayar segala perbelanjaan bagi mengerjakan ibadat Haji sehingga selesai dan kembali ke tanah air.
2. Ada kenderaan pergi dan balik.
3. Disyaratkan mempunyai bekalan yang cukup untuk saraan nafkah orang yang di bawah tanggungannya.
4. Tidak mengalami kesulitan teruk semasa berada di dalam kenderaan.
5. Aman perjalanan.
Manakala bagi perempuan pula ditambah: Terdapat kawan perempuan berserta wanita Islam yang boleh dipercayai.
Jenis-jenis Haji
Ibadat Haji terbahagi kepada beberapa jenis seperti yang dipersetujui oleh ulamak, iaitu:-
1. Haji Tamattuk [mendahulukan umrah dari ibadah haji. Yaitu memakai ihram dari miqat dengan niat umrah pada musim haji, setelah tahalul, memakai ihram lagi dengan niat haji pada hari Tarawiah (8 Zulhijah). Bagi yang melaksanakan haji Tamattuk diwajibkan membayar dam.]
2. Haji Qiran [adalah haji dan umrah dilakukan secara bersamaan. Yaitu memakai ihram dengan niat umrah dan haji sekaligus, sampai selesai melontar jamrah Aqabah dan diikuti dengan bercukur atau memotong rambut tanpa tahallul setelah selesai umrah. Bagi yang melaksanakan haji Qiran diwajibkan membayar dam.
3. Haji Ifrad [melakukan ibadah haji dahulu kemudian umrah. [haji & umrah dilakukan secara berasingan] Yaitu memakai ihram dari mikat dengan niat haji sahaja, kemudian tetap dalam keadaan ihram sampai selesai haji (hari raya kurban). Yang melaksanakan haji ifrad tidak diharuskan membayar dam.
4. Umrah
Rukun-rukun Haji
1. Ihram, berniat bulat mengerjakan ibadah haji. Ibadah ini dimulai sesampai miqat (batas-batas yang telah ditetapkan).
2. Wukuf di Arafah, ialah berhenti di padang Arafah sejak tergelincirnya matahari tanggal 9 Zulhijah sampai terbit fajar tanggal 10 Dzulhijah.
3. Tawaf Ifadhah, ialah mengelilingi ka'bah sebanyak 7 kali, syaratnya : Suci, menutup aurat, Ka'bah berada disebelah kiri orang yang mengelilingi, memulai tawaf dari arah Hajar Aswat.
4. Sa'i, ialah lari-lari kecil atau jalan cepat antara bukit Shafa dan Marwah.
5. Tahallul, mencukur/menggunting rambut. Sedikitnya memotong tiga helai rambut.
6. Tertib, menjalankan rukun haji secara berurutan.
Wajib Haji
1. Ihram serta niat haji di miqat.
2. Bermalam (mabit) di Muzdalifah
3. Bermalam (mabit) di Mina.
4. Melontar 3 jumrah.
5. Meninggalkan perkara yang diharamkan dalam ihram
Sunat Haji
I. Mengerjakan haji Ifrad.
II. Membaca talbiah.
III. Tawaf qudum.
IV. Solat sunat Tawaf 2 rakaat (lebih utama dilakukan di belakang Maqam Ibrahim.
V. Bermalam di Mina pada 10 Zulhijjah.
VI. Tawaf Wada’
VII. Berihram dgn warna putih.
VIII. Berhenti di Masjidil-Haram pada 10 Zulhijjah.
Larangan ketika Ihram.
1. Memakai pakaian berjahit @ menutupi seluruh badan (lelaki)
2. Menutup kepala @ sebahagiannya seperti memakai kopiah (lelaki)
3. Menutup muka @ sebahagian (wanita)
4. Memakai sarung tangan (wanita)
5. Memakai wangian.
6. Bersetubuh @ mukadiamahnya
7. Akad nikah
8. Motong kuku, rambut @ bulu-bulu badan
9. Memburu
10. Memotong @ mencabut pokok.
11. Memindah sesuatu dari tanah haram spt batu dll.
http://ms.wikipedia.org/wiki/Perkara_yang_dilarang_dalam_Ihram
Dam Haji
Pengertian dam dari segi bahasa ialah darah Ia merupakan ibadah gantian yang berbentuk binatang ternakan yang disembelih atau digantikan dengan makanan atau puasa. Sebab-sebab diwajibkan dam:
• Melanggar pantang larang dalam Ihram
• Meninggalkan perkara-perkara yang wajib dalam ibadat haji atau umrah
• Mengerjakan Haji Tamattu' atau Haji Qiran, menurut syarat-syaratnya
• Berlaku Ihsar bagi orang yang berniat ihram
• Melanggar Nazar semasa mengerjakan haji
• Luput Wuquf di Arafah
• Meninggalkan Tawaf Wada'
Dam yang dikenakan ialah menyembelih binatang ternakan seperti seekor kibasy, kambing atau satu pertujuh daripada lembu, unta atau kerbau. Jika tidak berkuasa, dikehendaki berpuasa selama 3 hari pada bulan haji & 7 hari apabila ia balik ke tempatnya.
Haji Mabrur
Haji mabrur bermaksud haji yang diterima. Ibn Kholawaih mentakrifkan alMabrur sebagai alMaqbul iaitu diterima. Dan ada yang mengatakan sesuatu yang tidak bercampur dengan dosa. Kemudian, diabsahkan oleh Imam Nawawi dengan pendapat tersebut (tidak bercampur dosa) [1]
Apabila merujuk kitab hadith yang muktabar seperti Sahih Bukhari, Imam Bukhari meletakkan bab yang khusus bertajuk ”Kelebihan Haji Mabrur”. Manakala, Imam Muslim meletakkan perbincangan haji yang diterima di dalam bab “Iman kepada Allah Taala seafdal-afdal amalan”.[2]
Cara mencapai haji mabrur
Secara umumnya, untuk mencapai haji yang diterima disisi Allah hendaklah memenuhi kriteria berikut;
• 1: Hajinya hendaklah ikhlas semata-mata kerana Allah dan tidak riyak (menunjuk-menunjuk).
Imam Nawawi ketika menafsirkan hadith diatas dengan berkata “mabrur (diterima) adalah baik hajinya. Dikatakan almabrur juga ialah haji yang tidak bercampur dengan dosa. Ada yang mengatakan tidak ria’ pada hajinya” [1]
Niat menunaikan haji hendaklah ikhlas bermula dari keluar rumah dan tidak boleh berniat selain daripada Allah seperti perasaan riya’ iaitu menunjuk-nunjuk atau sebagainya yang membawa kepada kemurkaan ALlah
Di dalam Musnad Ahmad, ada sebuah hadith:
“Sesiapa yang keluar dari rumahnya, pada tangannya ada dua bendera, satu bendera pada malaikat dan satu bendera pada syaitan, jikalau dia keluar dengan niat kerana Allah, malaikat akan mengekorinya bersama bendera tadi, maka bendera tadi masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya, dan jikalau dia keluar dari rumahnya melakukan kemurkaan kepada Allah, maka syaitan akan mengekorinya bersama benderanya, dan bendera tersebut masih bersamanya sehingga dia kembali ke rumahnya” [1]
• 2: Kesemua perbelanjaan haji adalah berpunca daripada yang halal.
Di dalam Sahih Muslim ada hadith menyebut:
“Sesungguhnya Allah itu baik, dan tidak menerima kecuali yang baik-baik dan sesungguhnya Allah menyuruh orang mukmin megikut apa yang diperintahkan oleh para utusan Allah. Kemudian baginda membacakan ayat alQuran
“Wahai sekalian Rasul, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dan beramal soleh. Sesungguhnya aku tahu apa yang kamu lakukan [Surah alMukminun : 51]”
Kemudian Rasulullah membacakan lagi :
“Wahai orang-orang yang beriman, makanlah dari (makanan) yang baik-baik (halal) dari apa yang kami rezekikan” [Surah alBaqarah 172]
Kemudian disebut, seorang lelaki bermusafir menadah tangan ke langit seraya berkata “Ya Tuhanku” sedangnya punca makanan dari yang haram, minuman punca yang haram, pakaiannya punca yang haram. Bagaimana ia boleh diterima??” [1]
Oleh itu, sewajarnya sebagai seorang yang akan menunaikan haji meneliti dan bermuhasabah kembali sumber-sumber pendapatan, perbelanjaannya dan bekalannya disana dari sumber-sumber yang halal.
• 3: Melakukan fardhu haji sesuai dengan ditunjukkan oleh sunnah yang sahih.
Bermula dengan niat sehinggalah haji wada’ ditunjukkan oleh Baginda Rasulullah didalam sunnahnya. Sebagai seorang muslim yang sejati, kita wajar meneladani Baginda tanpa menambah-nambah ibadat yang tidak pernah dilakukan Baginda.
Ini sesuai dengan sabda Baginda;
“Sesiapa yang memperbaharui urusan agama (menokok tambah), maka mereka bukan dari kalangan kami (umat Muhammad)” [1]
Syeikh Mustafa azZarqa’ ketika ditanya makna haji yang mabrur, beliau menyatakan diantara ciri-ciri hajinya diterima ialah “hendaklah bagi tuan empunya yang menunaikan haji tidak melampau-lampau didalam mengerjakan kewajipan haji, tidak mengabaikan adab-adab haji dan sunnah-sunnahnya, memperbanyakkan taat, ibadat, sedekah, menjadi teladan (kepada orang lain) dengan memiliki budi pekerti yang baik, memberi makan sekadar kemampuannya, berkata-kata dengan lembut, dapat mengawal setiap cabaran yang ditempuh, bersikap berlapang dada dan pemaaf, kembalinya dari haji dengan memandang tinggi kehidupan akhirat dan berniat untuk kekal (seperti keadaan tersebut) dan istiqomah” [1]
• 4: Melakukan ibadat haji sepenuhnya dengan taat tanpa mempertikaikannya
Ali Radiyallahu’anh ketika ditanya perbuatannya mencium hajarul aswad, maka beliau menjawab “Kau hanya sebuah batu yang tidak mempu memberi faedah dan mudarah, kalau bukanlah kerana Rasulullah mengucupnya, sudah aku aku tidak aku mengucupnya”
Ini jelas menunjukkan kita melakukan ibadat mengikut teladan yang ditunjukkan oleh Rasulullah tanpa menokok tambah berdasarkan akal semata-mata.
• 5- Setelah menunaikan haji, berusaha pula melakukan badal (ganti) haji ayah dan ibu yang tidak berkemampuan menunaikan Haji:
Ini sesuai dengan hadith :
“Ya Rasulullah, sesungguhnya emakku telah bernazar untuk menunaikan haji, tetapi tidak ditunaikan sehingga dia meninggal dunia, adakah aku perlu menunaikan hajinya? Sabda Rasulullah : Ya, tunaikanlah haji untuknya. Adakah kau lihat jika emakmu berhutang engkau akan membayarnya? Jawab wanita tersebut : Ya. Sabda Nabi : Begitu juga (hutang) kepada Allah. Malah kepada Allah lebih layak dilunaskan (hutangnya)”. [1]
Didalam hadith yang lain:
“Ya Rasulullah, sesungguhnya Allah mewajibkan ke atas hamba-hambanya menunaikan haji. Bapaku seorang yang tua tidak mampu pergi bermusafir (ke Mekah), adakah aku perlu menunaikan haji untuknya? Sabda Rasulullah : Ya” [1].
Bumi Mekah
Menurut riwayatnya, ramai para sahabat menyatakan, bahawa bumi Makkah adalah yang pertama sekali muncul dari air selepas penciptaannya dan daripadanya bumi- bumi lain terbentang dan terhampar. Keistimewaan yang terdapat di Makkah ialah Masjidil Haram.
Keistimewaan Masjidil Haram pula ialah kerana Kaabah atau Baitullah, yang menjadi kiblat bagi umat Islam.
Baitullah adalah sebuah bangunan yang hampir-hampir empat persegi. Tingginya 15 meter dan luasnya lebih kurang 120 meter persegi. Bangunan ini terletak di tengah-tengah Masjidil Haram. Di salah satu penjuru Kaabah ini terdapat Hajarul Aswad yang menjadi tempat permulaan untuk mengerjakan tawaf.
Makam Ibrahim
Makam Ibrahim bukanlah kuburan Nabi Ibrahim sebagaimana dugaan atau pendapat sebahagian orang-orang kebanyakan. Ia adalah merupakan bangunan kecil yang terletak lebih kurang 20 hasta di sebelah timur Kaabah. Di dalam bangunan kecil ini terdapat sebiji batu yang diturunkan oleh Allah dari Syurga bersama-sama dengan Hajarul Aswad. Di atas batu itu Nabi Ibrahim berdiri di waktu baginda membangunkan Kaabah dan puteranya Nabi Ismail memberikan batu kepadanya.
Batu itu dipelihara Allah, sekarang ini sudah ditutup dengan perak. Sedangkan bekas kedua tapak kaki Nabi Ibrahim panjangnya 27 cm, lintangnya 14 cm dan dalamnya 10 cm masih nampak dan jelas dilihat.
Atas perintah Khalifah Al Mahdi Al Abbasi di sekeliling batu makam Ibrahim itu telah diikat dengan perak dan dibuat kandang besi berbentuk sangkar burung.
Hajarul Aswad
Menurut sejarahnya, Hajar Aswad diturunkan oleh Allah dari langit ke atas Jabal Qubais. Ia merupakan sebiji permata putih, lebih putih dari salji, tetapi lama - kelamaan menjadi hitam sebab disentuh oleh orang - orang musyrik.
Kalau tidak kerana sentuhan tersebut nescaya cahayanya menerangi antara timur dan barat. Ini diterangkan dari hadis Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang bermaksud: Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda :" Hajarul Aswad diturunkan dari syurga dan berwarna lebih putih dari susu. Dosa-dosa manusia (anak Adam ) menyebabkannya menjadi hitam " . Riwayat Ahmad dan Turmizi
Telaga Zam Zam
Telaga Zam-Zam adalah sebagaimana telaga biasa, tetapi mempunyai riwayat yang tersendiri. Sejarahnya adalah berhubung kait dengan sejarah Nabi Ismail dan ibunya Siti Hajar (isteri Nabi Ibrahim ) yang datang ke Makkah. Mengikut asal mula riwayat telaga ini adalah seperti berikut; Nabi Ibrahim a.s. mempunyai dua orang isteri; Siti Sarah dan Siti Hajar (ibu Nabi Ismail).
Pada satu ketika terjadi pertelingkahan antara kedua isteri tersebut sehingga Siti Sarah bersumpah tidak akan tinggal bersama-sama ibu Ismail dalam satu negeri. Kemudian turunlah wahyu kepada Nabi Ibrahim supaya baginda bersama-sama anak dan isterinya (Ismail dan Hajar) pergi ke Makkah. Di waktu itu Makkah belum didiami manusia, hanya merupakan lembah pasir dan bukit-bukit yang tandus dan tidak ada air.
Apabila mereka tiba di Makkah, mereka tinggal di bawah sepohon pokok yang kering. Di tempat inilah bangunan Kaabah yang ada sekarang. Tidak berapa lama, kemudian Nabi Ibrahim meninggalkan mereka dengan dibekalkan sekantong kurma dan sekibah air.
Siti Hajar memerhatikan sikap suaminya yang menghairankan itu lalu bertanya ;
"Hendak kemanakah engkau Ibrahim ?"
"Sampai hatikah engkau meninggalkan kami berdua ditempat yang sunyi dan tandus ini ? ".
Pertanyaan itu berulang kali, tetapi Nabi Ibrahim tidak menjawab sepatah kata jua pun.
Siti Hajar bertanya lagi;
"Adakah ini memang perintah dari Allah ?"
Barulah Nabi Ibrahim menjawab, "ya".
Mendengar jawapan suaminya yang ringkas itu, Siti Hajar gembira dan hatinya tenteram. Ia percaya hidupnya tentu terjamin walaupun di tempat yang sunyi, tidak ada manusia dan tidak ada segala kemudahan. Sedangkan waktu itu, Nabi Ismail masih menyusu.
Selang beberapa hari, air yang dibekalkan Nabi Ibrahim habis. Siti Hajar berusaha mencari air di sekeliling sampai mendaki Bukit sofa dan Marwah berulang kali sehingga kali ketujuh (kali terakhir ) ketika sampai di Marwah, tiba-tiba terdengar oleh Siti Hajar suara yang mengejutkan, lalu ia menuju ke arah suara itu. Alangkah terkejutnya, bahawa suara itu ialah suara air memancar dari dalam tanah dengan derasnya. Air itu adalah air zam-zam.
Di sini Siti Hajar bertemu dengan Malaikat Jibril dan Jibril mengatakan kepadanya, " Jangan khuatir, di sini Baitullah ( rumah Allah ) dan anak ini (Ismail ) serta ayahnya akan mendirikan rumah itu nanti. Allah tidak akan mensia-siakan hambaNya".
Air zam-zam mempunyai keistimewaan dan keberkatan, ia boleh menyembuhkan penyakit, menghilangkan dahaga serta mengenyangkan perut yang lapar. Keistimewaan dan keberkatan itu di sebut dalam sepotong hadith Nabi yang bermaksud:, " Dari Ibnu Abbas r.a. katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: "sebaik-baik air di muka bumi ialah air zam-zam, ia merupakan makanan yang mengenyangkan dan penawar bagi penyakit ". Riwayat - At Tabrani dan Ibnu Hibban.
04 Oktober 2010
Kubur
Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: ” Apabila mati anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: [1] anak yang soleh yang mendoakannya, [2] ilmu yang bermanfaat dan [3] sedekah jariah”. Hadith riwayat Bukhari dan Muslim
Membina binaan di atas kubur adalah dilarang di dalam Islam berdasarkan kepada hadis Nabi yang bermaksud:
"Rasulullah SAW melarang mewarnakan kubur dengan kapur putih, duduk di atas kubur dan membina binaan di atasnya"
(Riwayat Muslim)
Mengikat kain putih pada batu nisan bukanlah amalan Nabi s.a.w. Namun begitu mengamalkan meletak kain putih pada batu nisan adalah amalan khurafat.
Menurut yang afdal dalam Islam, kubur seseorang Muslim/Muslimah itu hendaklah ditinggikan sejengkal dari dataran bumi dan diratakan bahagian atasnya dan ditandakan dengan sesuatu tanda untuk dikenali supaya mudah diziarahi. Ini pernah ditegaskan oleh Nabi Muhammad SAW apabila Baginda ditanya mengapa Baginda meletakkan tanda di kubur saudara susuannya Othman Bin Maz'un. Baginda menjawab yang bermaksud: "supaya saya kenal kubur saudara saya."
Dari sinilah timbulnya kebiasaan meletakkan nisan. Tetapi apa yang dilarang dalam Islam ialah terlalu sangat menghias kubur dengan binaan daripada batu mozek, marmar dan sebagainya kerana ini merupakan suatu pembaziran.
Adalah lebih baik jika lebihan wang yang hendak digunakan untuk tujuan ini disedekahkan kepada fakir miskin atau melakukan amal jariah yang lainnya. Kalau mayat itu ditanam di perkuburan wakaf adalah haram mengambil kawasan yang tidak perlu bagi satu-satu kubur kerana ini boleh mengurangkan kawasan untuk ditanam mayat yang lain.
Jadi untuk mengenal kubur ibu-bapa, suami/isteri dan kaum kerabat kita cukuplah mengawal tanah kubur jangan sampai terpersok atau hilang atau susah dikenali, iaitu sekadar membuatnya secara mudah dan tidak banyak menghabiskan perbelanjaan.
Walau bagaimanapun kubur yang tidak dapat dikesan lagi dan tidak dapat diziarahi akan mendapat rahmat yang lebih daripada Allah SWT. Sebagaimana yang pernah diriwayatkan daripada Nabi Muhammad saw yang bermaksud 'Allah SWT merahmati kubur yang tidak dikenali.' Sehubungan dengan ini menulis ayat-ayat suci di batu-batu kubur, bukanlah satu suruhan Islam.
Malah, ianya terlarang kerana tulisan-tulisan akan terdedah kepada pencemaran, kerana biasanya tulisan-tulisan ayat di paras kaki orang yang berdiri di pinggir kubur itu dan kemungkinan ada pula orang duduk di pinggir batu itu, perkara ini adalah dilarang.
Wanita ziarah kubur
Terdapat dua pendapat mengenai hukum menziarahi kubur bagi kaum wanita:
1. Makruh tidak haram.
Golongan ini berhujahkan dengan pendapat Al-Imam Ahmad rahimahullahu. Beliau menyatakan bahawa Ummu ‘Athiyyah r.ha meriwayatkan: “Kami dilarang untuk mengikuti jenazah, namun tidak ditekankan terhadap kami”.(Riwayat al-Tarmidzi)
Mazhab al-Syafi’iah berpendapat bahawa kaum wanita adalah makruh menziarahi kubur. Pendapat ini berasaskan kepada alasan yang menyatakan bahawa kaum wanita adalah satu golongan yang lemah dan mudah menangis dan meraung serta meratap. Hal ini disebabkan oleh keadaan serta psikologi diri mereka sendiri yang memiliki hati yang lembut dan mudah menangis bila berhadapan dengan situasi yang sedih dan hiba. Contohnya seperti kematian.
2. Harus menziarahi kubur (mubah) tidak makruh.Ini adalah pendapat mazhab Hanafiyyah, Malikiyyah dan riwayat lain dari Al-Imam Ahmad r.a.Mereka berhujahkan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Ummu ‘Athiyyah r.hah. Dalam hadis tersebut memperlihatkan bahawa Rasulullah SAW tidak menegah dengan keras tetapi sebagai satu peringatan agar wanita yang menziarahi kubur lebih bersifat berhati-hati dan memelihara hukum dan adab menziarahi kubur.
Ringkasnya, sebahagian fuqaha’ menghukumkannya dengan makruh adalah disebabkan berkemungkinan mereka akan meratapi, menangisi ataupun sebagainya apabila bersama pergi menziarahi kubur.
Sekiranya seorang wanita dapat mengawal dirinya dan tidak berkelakuan seperti apa yang ditegah di kubur, maka wanita ini tidak ada halangan untuk mengiringi jenazah atau menziarahi kubur.
Adab Menziarahi Kubur
Apabila kita masuk ke suatu tanah perkuburan Islam, hendaklah kita mengucapkan salam kesejahteraan ke atas mereka yang telah meninggal terlebih dahulu sebelum kita. Kemudian tujuilah kubur yang hendak diziarahi itu dan berdiri atau duduk di hadapannya dengan mengadap kepadanya (membelakang kiblat) Serta memberi salam kepadanya. Walaupun mayatnya sudah lama dan sudah hancur tetapi yang penting rohnya ada dan tahu siapa yang menziarahinya. Ini diambil Dari sabda Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wassalam yang bermaksud; "Sesiapa yang memberi salam kepadaku Allah akan mengembalikan rohku dan akan menjawab salamnya".
Kalau ini diberikan kepada Nabi Muhammad saw maka tidak mustahil Diberikan kepada umat oleh sebab itu disunatkan kita menziarahi kubur. Kemudian, bacakanlah ayat-ayat Al Quran yang mudah dibaca dan mohonlah kepada Allah moga disampaikan pahala bacaan itu kepada roh si mati. Kita juga diingatkan supaya jangan Menyesali apa yang telah berlaku, apa lagi untuk meraung dan meratap, kerana ini adalah haram hukumnya...

Hukum duduk di atas kubur (seorang Muslim) adalah haram.
Hal ini jelas seperti yang dinyatakan oleh Rasulullah SAW di dalam hadis berikut:
1. Dari Abu Hurairah r.a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Lebih baik salah seorang di antara kamu duduk di atas bara api hingga membakar pakaian dan kulitnya daripada duduk di atas kubur”.
(Hadis Riwayat Muslim).
2. Dari Abu Martsad Al-Ghanawi r.a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Janganlah duduk di atas kubur dan jangan pula shalat menghadapnya”.
(Hadis Riwayat Muslim).
3. Dari ‘Uqbah bin ‘Amir r.a. Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sungguh! Berjalan di atas bara api atau pedang atau aku ikat sandal dengan kakiku lebih aku sukai daripada berjalan di atas kubur seorang muslim. Sama saja buruknya bagiku, buang hajat di tengah kubur atau buang hajat di tengah pasar”.
(Hadis Riwayat Ibnu Majah).
Amalan menjirus air ke kubur dipandang SUNNAT dalam mazhab kita Syafi’i. Walau bagaimanapun, yang disunnatkan hanyalah dengan air biasa semata-mata dan bukannya air mawar. Menjirus air dengan air mawar dihukumkan MAKRUH kerana ianya merupakan satu pembaziran.

Meninggal Hari Jumaat
Rasulullah SAW ada bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, diangkatlah daripadanya akan azab kubur.” *lihat buku “Tanqih al-Qaul” oleh Muhammad bin Umar Nawawy. Sabda Rasulullah SAW dalam riwayat yang lain, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal dunia pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan oleh Allah baginya pahala syahid, dipelihara daripada seksa kubur, dengan syarat dia beriman.” *lihat buku “AL-Ihya’) karangan Imam al-Ghazali.
Harus mengupah seseorang untuk membaca al-Quran kepada arwah si mati. Sebaik-baiknya ia boleh dilakukan di rumah sahaja.
* Membaca Surah Yasin; ia dianjurkan oleh Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam. Sabda Baginda, maksudnya: “Bacalah oleh mu surah yasin ke atas orang mati dikalangan kamu”. (Hadith Riwayat Abu Daud) .
Kenduri arwah:
Kenduri arwah dipandang sebagai satu amalan yang baik dengan syarat untuk mengadakannya jangan melibatkan harta si mati. Jangan pula ditentukan hari atau malam tertentu sebagaimana yang berlaku di dalam sesetengah masyarakat kita pada hari ini yang menetapkan hari-hari yang tertentu seperti hari atau malam ketiga, ketujuh, keempat puluh, keseratus dan seterusnya. Penentuan masa-masa itu bukan daripada ajaran Islam, malahan ianya dihukumkan bid’ah. Wallahu 'alam..
Kelebihan Surah al-Mulk
baca Surah sini
067_Surah al-Mulk:
Apa yang dinukilkan dari hadith Rasulullah SAW antaranya adalah seperti berikut.
1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."
2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."
3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."
4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."
5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.
6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."
7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."
8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."
9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."
10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."
11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."
12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."
Ia perlu menjadi satu amalan harian kerana mempunyai manfaat-manfaat yang banyak untuk kesejahteraan hidup di dunia dan di lam barzakh seperti yang di sebut oleh Rasululllah SAW ..Surah al-Mulk

03 Oktober 2010
Kerang + babi (kerbi)

KUALA LUMPUR: Penggemar kerang dan selalu membelinya di Pasar Chow Kit, di sini, patut berfikir dua kali untuk membeli makanan itu berikutan penemuan mengejutkan pusat memproses kerang yang didapati berjiran dengan pusat penyembelihan daging babi di pasar berkenaan. Penemuan itu dikesan selepas sepasukan pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) menjalankan pemeriksaan mengejut di pasar Chow Kit bagi mengenal pasti peniaga yang melakukan kesalahan mengikut hukum syarak.
Dalam serbuan kira-kira jam 5 pagi kelmarin, tiga peniaga kerang sibuk membungkus longgokan kerang dianggarkan seberat lebih 50 kilogram yang ditaburkan ke atas lantai pasar berkenaan.
Bagaimanapun, agak memeranjatkan apabila kerang yang mahu dijual kepada orang ramai itu didapati hanya kira-kira dua meter dari daging babi yang belum dilapah dan berdarah.
Sumber Jakim berkata, babi terbabit yang sudah dipotong dua dikesan baru dihantar pembekal ke pasar berkenaan sebelum diletakkan di atas kerusi batu di pusat menjual babi itu bersama bahagian organ lain antaranya hati dan limpa.
“Bagaimanapun, darah haiwan berkenaan mengalir dan membasahi lantai yang digunakan peniaga kerang untuk meletakkan kerang di kawasan berkenaan.
“Apabila ditanya, peniaga kerang terbabit seolah-olah tidak mengetahui ia perbuatan yang boleh mengundang rasa kurang senang pengguna Islam. Peniaga berusia 50-an terbabit mendakwa kerang berkenaan hanya perlu dibersihkan dan dijual kepada pelanggan di pasar berkenaan,” katanya.
Menurutnya, lokasi memproses kerang dan pusat penyembelihan daging babi terbabit yang terletak di tempat sama dianggap tidak strategik dan boleh menjadi haram dimakan sekiranya berlaku percampuran antara air atau darah khinzir dengan kerang yang diproses.
Sementara itu, Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Jailani Ngah yang melihat lokasi penyembelihan babi di pasar Chow Kit menganggap kawasan berkenaan sudah uzur dan tidak sesuai untuk dijadikan pusat pemprosesan makanan halal.
Menurutnya, kawasan pemprosesan babi terbabit tidak hanya terletak berdekatan pusat memproses kerang, malah turut terletak bersebelahan dengan pusat penyembelihan dan memproses ayam daging.
Sumber Di Petik:Blog myhalal
29 September 2010
Main Kutu Haram..?

KUALA LUMPUR : 28 september 2010 - Aktiviti main kutu yang popular di Malaysia dan banyak dianjurkan secara kecil-kecilan di kalangan masyarakat di negara ini sejak dahulu lagi rupa-rupanya salah di sisi undang-undang.
Ramai yang tidak menyedari hakikat itu. Mengikut undang-undang, tidak ada individu mahupun syarikat di negara ini dibenarkan menganjurkan pelaburan wang kutu termasuk aktiviti mengutip wang orang lain bagi tujuan membina rangkaian perniagaan.
Pengarah Kanan Penguatkuasaan, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Muhd. Redzuan Abdullah berkata, kegiatan itu dilarang mengikut Akta (Larangan) Kumpulan Wang Kutu 1971.
"Pelaburan itu sama sekali tidak dibenarkan memandangkan ia menimbulkan kekhuatiran berlaku penyelewengan yang akan merugikan pelaburnya.
"Skim kutu diharamkan. Jika sabit kesalahan individu terbabit bakal berhadapan dengan hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya sekali mengikut Seksyen 3 akta yang sama," katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. ---> baca berita selanjutnya di KOSMO
28 September 2010
Kereta Idaman
Ini diantara kereta idaman ramai, agaknya yang termahal di Malaysia...?
AUDI R8 5.2 FSI [berharga rm 1,388,888]
BMW individual 760Li [rm 1,388,800]

Porsche 911 Turbo S [berharga rm 1,350,000]

Vivapun apa kurangnya, kereta mampu milik kebanggaan rakyat Malaysia, yang termurah Viva 660BX (M) solid berharga rm 24,900.
Terkini kereta dan juga MPV, Alza ZHP Advanced Version 1.5L(A) rm 69,490 (solid) rm69,990 (metalic)
Penempatan Haram Yahudi
BAITULMAQDIS 27 Sept. – Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu membiarkan pembekuan ke atas aktiviti pembinaan perumahan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tengah malam tadi tanpa menghiraukan tekanan hebat masyarakat antarabangsa supaya beliau melanjutkan tempoh itu.
Netanyahu, bagaimanapun menggesa Presiden Palestin, Mahmoud Abbas tidak menarik diri daripada rundingan damai secara langsung dengan Israel sebagai protes.
“Saya menggesa Presiden Abbas meneruskan rundingan positif dan jujur yang baru kita lancarkan dalam usaha untuk mencapai perjanjian damai bersejarah antara kedua-dua rakyat kita,” kata Netanyahu dalam kenyataan, awal hari ini.
Kenyataan itu dikeluarkan sejurus selepas beliau membiarkan pembekuan selama 10 bulan ke atas sebahagian pembinaan kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin berakhir tanpa dilanjutkan.
Abbas sebelum ini menggesa Netanyahu melanjutkan pembekuan tersebut.
“Presiden Abbas mahu meneruskan rundingan tetapi Netanyahu mesti mengambil keputusan untuk membekukan aktiviti pembinaan bagi mewujudkan suasana yang sesuai untuk meneruskan rundingan damai,” kata jurucakap Abbas, Nabil Abu Rudeina kepada AFP di Paris.
Amerika Syarikat (AS) juga mengulangi desakannya supaya Israel terus membekukan pembinaan kawasan perumahan haram baru Yahudi, dan berkata, pendirian Washington berhubung isu tersebut masih tidak berubah.
“Kami terus berhubung rapat dengan kedua-dua pihak dan akan menemui mereka lagi pada hari-hari akan datang,” kata jurucakap Jabatan Negara, PJ Crowley.
Abbas telah berkali-kali memberi amaran beliau akan menarik diri daripada rundingan damai yang dilancarkan semula di White House pada awal bulan ini jika Israel menyambung semula aktiviti pembinaan penempatan haram Yahudi di Tebing Barat.
Namun, Abbas semalam berkata, beliau akan menemui menteri-menteri luar Arab pada 4 Oktober ini terlebih dahulu sebelum memutuskan langkah seterusnya.
Kawasan penempatan haram Yahudi di wilayah Palestin adalah antara isu paling hangat dalam konflik Israel-Palestin.
Buat masa ini kira-kira 500,000 rakyat Israel tinggal di lebih 120 kawasan penempatan haram Yahudi di serata tempat di Tebing Barat dan timur Baitulmaqdis, wilayah-wilayah yang dituntut oleh Palestin untuk dijadikan negara mereka kelak. – AFP
Sumber Utusan Malaysia
27 September 2010
Penganut 4 Mazhab

1] Mazhab Hanafi
Mazhab Hanafi mulai tumbuh di Kufah (Iraq), kemudian tersebar ke negara-negara Islam bahagian Timur. Dan sekarang ini mazhab Hanafi merupakan mazhab resmi di Mesir, Turki, Syria dan Lebanon.
Dan mazhab ini dianut sebagian besar penduduk Afganistan, Pakistan, Turkistan, Muslimin India dan Tiongkok.
2] Mazhab Maliki.
Mulanya tersebar di Madinah, kemudian berkembang ke Magribi, Algeria, Tunisia, Libya, Bahrain, dan Kuwait.
3] Mazhab Syafi'i
Mazhab Syafi'i sampai sekarang dianut oleh umat Islam di Libya, Mesir, Indonesia, Filipina, Malaysia, Somalia, Arabia Selatan, Palestin, Jordan, Lebanon, Syria, Iraq, Hijaz, Pakistan, India, Jazirah Indo China, Sunni-Rusia dan Yaman.
4] Mazhab Hambali.
Awal perkembangannya, mazhab Hambali berkembang di Bagdad, Iraq dan Mesir dalam waktu yang sangat lama. Pada abad XII mazhab Hambali berkembang terutama pada masa pemerintahan Raja Abdul Aziz As Su'udi. Dan masa sekarang ini menjadi mazhab resmi pemerintahan Saudi Arabia dan mempunyai penganut terbesar di seluruh Jazirah Arab, Palestina, Syria dan Iraq.
Demikian sekilas sejarah dan penjelasan dari keempat mazhab yang terkenal.
Langgan:
Catatan (Atom)