02 Mac 2009

Solat Jamak & Qasar

Solat Jamak bermaksud menghimpunkan dua solat fardu dalam satu waktu.
Solat Jamak ada dua jenis; Jamak Taqdim, dan Jamak Ta’khir.
1. Jamak Taqdim – mengerjakan solat Asar dalam waktu Zuhur/Solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Syarat Jamak Taqdim;
1.Hendaklah dilakukan solat yang punya waktu terlebih dahulu.
2. Niat Jamak dalam solat yang pertama.
3. Muwalat (berturut-turut)
4. berkekalan musafirnya sehinggalah takbir untuk solat yang kedua.

2. Jamak ta’khir – melakukan Solat Zuhur dalam waktu Asar/Solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Syarat melakukan Jamak ta’khir:
1. Berniat hendak menta'khirkan solat yang pertama pada waktu yang kedua.
2. Berkekalan musafir sehingga takbir untuk solat yang kedua.
3. Tidak disyaratkan tartib dalam mengerjakan solat (boleh sama ada hendak mengerjakan solat Zuhur/Maghrib terlebih dahulu sebelum solat Asar/Isyak).

Cara-cara melakukan solat Jamak dan Qasar
Makna Jamak dihimpunkan
Makna Qasar dipendekkan
Perkara yang penting ialah kita mesti niat terlebih dahulu setelah keluar dari rumah untuk melakukan solat Jamak dan Qasar.
Jamak Taqdim:
a. Melakukan solat asar dalam waktu Zuhur
Lakukan solat zuhur 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat asar 2 rakaat.
Niat untuk solat zuhur ialah:
"Sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana Allah Taala".
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takdim kerana Allah
a’ala".

b. Melakukan solat Isyak dalam waktu Maghrib.
Niat untuk Solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak takdim kerana Allah Ta’ala".
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak takdim kerana Allah Tallah".

2. Jamak Ta’khir:
a. Melakukan solat zuhur dalam waktu asar.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu zuhur iaitu: "Aku nak jamakkan solat zuhur dalam waktu asar"
Lakukan solat asar 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat zuhur 2 rakaat.
Niat untuk solat Asar:
"Sahaja aku solat fardu asar 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

Niat untuk solat Zuhur:
"sahaja aku solat fardu zuhur 2 rakaat Qasar dengan jamak takhir kerana Allah Taala".

b. Melakukan solat Maghrib dalam waktu Isyak.
Dengan syarat kita mesti niatkan dahulu dalam hati sebelum habis waktu Maghrib:
“Aku nak jamakkan solat Maghrib dalam waktu Isyak"
Lakukan solat Isyak 2 rakaat selepas itu di ikuti pula solat Maghrib 3 rakaat.
Solat Maghrib tidak boleh diqasarkan (dipendekkan). Ia tetap 3 raka’at.
Niat untuk solat Isyak:
"Sahaja aku solat fardu isyak 2 rakaat Qasar dijamakkan fardu Maghrib dengan jamak ta’khir kerana Allah Tallah".

Niat untuk solat Maghrib:
"Sahaja aku solat fardu maghrib 3 rakaat dijamakkan fardu isyak dengan jamak ta’khir kerana Allah Taala".
Peringatan:
Solat Subuh tidak boleh dijamakkan dan diqasarkan.
Jangka waktu yang dibolehkan mengerjakan solat Jamak dan Qasar:
Seseorang musafir yang berhenti di sesuatu tempat, dibolehkan mengerjakan Solat Jamak dan Qasar hanya di dalam tempoh tiga hari. Selepas itu dia dianggap sebagai telah bermukim. Bagaimanapun, seseorang musafir yang berhenti di Suatu tempat dengan niat akan berada di situ selama tiga hari tetapi kemudiannya ternyata urusannya tidak selesai dari sehari ke sehari, maka dia diharuskan melakukan Jamak dan Qasar sehingga lapan belas hari. Wallahu ‘alam..

PENERANGAN RINGKAS
1.0 Solat Qasar

1.1 Takrifan

Solat Qasar adalah mengqasarkan (memendekkan) solat yang empat rakaat iaitu Zuhur, Asar dan Isya’ kepada dua rakaat sementara solat Maghrib dan solat Subuh tidak boleh diqasarkan.

1.2 Hukum Qasar

Harus berdasarkan kepada dalil berikut:

i.Al-Quran surah al-Nisa’ ayat 101 yang bermaksud;
“Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa mengqasarkan (memendekkan) solat jika kamu takut diserang oleh orang kafir…”

ii. Al-Sunnah yang bermaksud;

‘Ya’la bin Umayyah pernah bertanya kepada Umar bin al- Khattab, “Kenapa kita perlu mengqasarkan solat sedangkan kita berada dalam keamanan?” Lalu beliau menjawab, “Aku telah bertanya kepada Nabi s.a.w., dan Baginda bersabda, solat qasar itu adalah sedekah yang Tuhan telah bersedekah kepadamu, maka terimalah sekalian kamu akan sedekah- Nya”
(Riwayat al-Nasa’i dan Abu Daud)

1.3 Jarak Dibenarkan Qasar

Dua marhalah iaitu empat burudin di mana setiap burudin mempunyai empat farsakh dan setiap farsakh terdiri daripada 5514 meter mengikut kiraan moden. Dari itu, dua marhalah adalah bersamaan 89 kilometer.

1.4 Syarat Solat Qasar

i. Hendaklah pelayaran atau perjalanan itu diharuskan oleh syara’.

ii.Jauh pelayaran atau perjalanan itu tidak kurang daripada dua marhalah (89 kilometer / 56 batu).
iii.Berniat qasar di dalam takbiratul ihram.
iv.Tidak berimam dengan orang yang solat tamam (sempurna).
v.Hendaklah solat yang diqasarkan itu terdiri dari solat empat rakaat.

1.5 Contoh Niat

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat Qasar kerana Allah Taala)



2.0 Solat Jama'

2.1 Takrifan

Solat Jama’ terbahagi kepada :

i. Jama’ Taqdim iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Zuhur atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Maghrib.

ii.Jama’ Ta’khir iaitu mengerjakan solat Zuhur dan solat Asar dalam waktu Asar atau solat Maghrib dan solat Isya’ dalam waktu Isya’.
2.2 Syarat Solat Jama’

2.2.1.Solat Jama’ Taqdim

i.Hendaklah bersolat secara tertib iaitu mendahulukan solat Zuhur daripada solat Asar dan solat Maghrib daripada solat Isya'.
ii.Hendaklah niat Jama’ Taqdim di dalam solat pertama sebelum salam tetapi yang afdhalnya di dalam takbiratul ihram.
iii.Berturut-turut di antara solat yang dijama’kan itu.
iv.Berkekalan pelayaran atau perjalanan itu hingga takbiratul ihram solat yang kedua.
v.Berkeyakinan adanya waktu solat yang pertama (Zuhur atau Maghrib) berkekalan sehingga didirikan solat yang kedua (Asar atau Isya’).
2.2.2. Solat Jama’ Ta’khir

i.Hendaklah berniat jama’ dalam waktu pertama iaitu Zuhur atau Maghrib.
ii.Berkekalan pelayaran atau perjalanan hingga memberi salam solat yang kedua.
2.3 Contoh Niat

2.3.1 Jama’ Taqdim

i.Jama’ Taqdim Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

ii.Niat Jama’ Taqdim Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إليه العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah Taala)

2.3.2 Jama’ Ta’khir

i.Jama’ Ta’khir Empat Rakaat

أصلي فرض الظهر اربع ركعات مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur empat rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)

ii. Niat Jama’ Ta’khir Beserta Qasar

أصلي فرض الظهر ركعتين قصرا مجموعا إلى العصر اداء لله تعالى
(Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat dihimpunkan kepada Asar tunai kerana Allah Taala)





Tiada ulasan: