10 Februari 2009

Kadar Lektrik Turun











*Bagaimana dengan bayaran yg dibiayai oleh Kerajaan (Bil yg rm20 ke bawah)

TAMPIN 7 Feb. - Kementerian Tenaga, Air dan Komunikasi akan mengumumkan penurunan tarif elektrik pada 1 Mac ini dengan kadar baru yang dijangka memberikan impak positif kepada rakyat.
Menterinya, Datuk Shaziman Abu Mansor memberitahu, penurunan itu dijangka melibatkan sektor perindustrian serta rumah kediaman.
Menurutnya, penurunan itu dipengaruhi harga pasaran minyak setong yang kini RM43 berbanding RM140 setong sebelumnya.
Sehubungan itu, tambah beliau, adalah lebih baik kerajaan menilai semula tarif elektrik berdasarkan perkembangan semasa tanpa menunggu lebih lama untuk menyemaknya.

"Kita telah berbincang dengan Unit Perancang Ekonomi (EPU) mengenai perkara ini dan pembentangan mengenainya akan dimaklumkan kepada Jemaah Menteri pada Rabu ini.

"Saya tidak boleh menyatakan peratusan penurunan itu," kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Olek Sekampung 'Program Pengurangan Kemudaratan' di pekarangan Pejabat Kesihatan Daerah Tampin di sini hari ini.

Shaziman berkata, kerajaan juga akan memberi rebat kepada industri yang menggunakan tenaga elektrik dengan jumlah yang banyak terutama membabitkan kilang pembuatan besi dan berteraskan kepada penggunaan air.

Bagi pelaksanaan pemberian rebat berkenaan, katanya, pegawai kementerian akan bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) bagi mengenal pasti beberapa syarikat industri yang dianggap strategik untuk pemberian rebat berkenaan.

Tambahnya, turut diberi keutamaan ialah beberapa industri kritikal antaranya makanan yang menggunakan ramai pekerja selain mempunyai peralatan industri bersumberkan elektrik.

"Kerajaan juga meminta Petronas supaya mengurangkan harga gas kepada sektor (industri) yang dilihat dapat membantu mengurangkan kos pengunaan elektrik.
"Perkara ini telah dibincangkan pada mesyuarat Kabinet minggu lalu," jelas beliau.

Tiada ulasan: