"Salam Sejahtera..."
SHAH ALAM - Saman maksimum RM300 akan hanya dikenakan terhadap pemandu atau penumpang kereta yang gagal mematuhi peraturan pemakaian tali pinggang keledar tempat duduk belakang bagi tempoh enam bulan pertama mulai 1 Januari depan.
Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Datuk Solah Mat Hassan berkata, selepas tempoh itu, tindakan mahkamah di bawah Akta Pengangkutan Jalan 1987 dikenakan terhadap individu yang gagal mematuhi peraturan terbabit.
"Penalti bagi kesalahan ini adalah denda tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali," katanya pada sidang akhbar di Plaza Tol Batu Tiga dekat sini semalam.
Beliau berkata, hanya beberapa jenis kenderaan diberi pengecualian.
Antaranya kenderaan yang didaftarkan sebelum 1 Januari 1995, kenderaan yang didaftarkan selepas 1 Januari 1995 tetapi tidak dilengkapi penambat binaan dalam dan kenderaan perdagangan termasuk teksi dan kereta sewa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan