14 Disember 2008

Harga Ikan Turun..?

"Salam Sejahtera...
"Ikan lebih murah?

KUALA LUMPUR - Orang ramai boleh mengharapkan harga ikan yang lebih murah tidak lama lagi. Ini ekoran harga diesel dan petrol bersubsidi nelayan diturunkan sebanyak 13 sen daripada RM1.43 seliter kepada RM1.30 seliter mulai 16 Disember, umum Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed semalam.
Dengan pelaksanaan harga baru itu, kerajaan akan menanggung tambahan perbelanjaan kira-kira RM197 juta setahun, katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
Mustapa berkata, kerajaan akan terus mengekalkan bayaran elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan kepada pemilik individu vesel perikanan dan pekerja warga Malaysia yang bekerja di atas vesel berlesen.
Kerajaan juga akan mengekalkan bayaran insentif pendaratan ikan sebanyak RM0.10 sekilogram seperti yang diputuskan pada Jun lepas, katanya.
Beliau berkata penurunan harga diesel dan petrol bersubsidi akan memberi penjimatan perbelanjaan bahan bakar di antara RM260 sehingga RM4,160 sebulan bergantung kepada zon tangkapan dan saiz vesel. - Bernama

Tiada ulasan: