"Apakah yang patut anda lakukan apabila anda mempunyai bebanan masalah dan tugasan yang perlu diselesaikan?
Banyak perkara atau masalah yang sering berlegar di dalam minda dan fikiran seseorang membuatkan seseorang itu akhirnya merasakan satu himpitan masalah yang akhirnya menjadikan tekanan pada seseorang.
Apatah lagi pada waktu malam yang sepatutnya setiap insan perlu mendapatkan tidur yang secukupnya tetapi masalah berlegar-legar secara sengaja atau ianya berputar sendiri di dalam kotak pemikiran sehinggakan mereka merasakan terganggu hendak tidur. Kadang-kadang masalah di tempat kerja terbawa-bawa hingga ke tempat pembaringan.
Sepatutnya apabila masuk waktu tidur, anda perlu dapat melelapkan mata dengan aman tetapi seringkali pada ketika itu bebanan masalah anda menghimpit perasaan sehinggakan ada sesetengahnya menghidap insomania (penyakit sukar tidur) dan ada pula yang terpaksa menelan pil tidur yang mana amalan ini hanya mengundang kemudaratan pada sistem biologi badan. Semua orang sedia maklum bahawa untuk memperolehi kesihatan yang baik maka tidur yang cukup amat diperlukan.
Jadi apakah yang perlu anda lakukan supaya anda dapat mengatasi masalah tersebut?
Sebelum masuk tidur amalan yang perlu dan boleh anda lakukan ialah :
1) Memberus gigi.
2) Mengambil air sembahyang
3) Minum segelas air masak atau bercampur madu/susu
4) Membaca Al-Quraan dan berzikir
5) Menulis segala permasalahan anda pada hari itu di dalam sebuah buku dan katakan dengan tegas : Segala masalah yang aku tanggung telah aku curahkan di dalam buku ini. Tiada yang tertinggal lagi di dalam minda aku. Jadi apabila aku tutup buku ini semua masalah aku ditanggung oleh buku ini dan sewaktu aku tidur dengan izin Allah minda bawah sedar aku akan mencari cara yang bijaksana untuk penyelesaian. Jadi aku dengan tegas tidak perlu memikirkan lagi masalah ini. Aku mesti dapat rehat yang secukupnnya. Beritahu pada minda anda betap leganya perasaan anda.
Dengan cara ini segala bebanan masalah anda telah anda curahkan pada sebuah buku .Minda anda akan tenang dan anda tidak perlu risau lagi memikirkannya> Serahkan diri anda pada Allah dengan membaca doa tidur yang bermaksud " Dengan nama Allah aku hidup dan mati'
Atau anda boleh juga membayangkan satu butang PADAM (DELETE) dalam bayangan minda dan padamkan segala memori yang anda tidak suka.Inilah kemampuan minda bawah sedar anda boleh melakukan sesuatu yang tidak pernah anda fikirkan.
Atau anda boleh memasukkan imej positf, suara dalaman positf dan rasakan perasaan positif sehingga anda rasakan ianya benar-benar berlaku pada diri anda kerana ini juga merupakan harapan dan doa anda supaya sesuatu yang baik akan berlaku. InsyaAllah minda bawah sedar anda akan menolak semua kebimbangan yang wujud dalam diri anda dan dapat menunjukkan jalan penyelesaian yang tidak pernah anda terfikirkan. Oleh itu perbanyakkan menyebut Ya Alim 77 kali kerana Allah maha mengetahui dan akan mengilhamkan pada anda suatu penyelesaian yang menakjubkan.
Kesimpulannya apa sahaja permasalahan anda jangan biarkan ianya berlegar di dalam kepala maka tuliskanlah supaya minda anda dapat melihat dengan jelas apa sebenarnya masalah anda!
Dipetik dari http://mindataqwa.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan