14 Mac 2009

Bil TM Melambung..???

14 Mac 2009- Ahmad Fadzil Mohd. Mokhtar, 48, terkejut apabila diminta menjelaskan bil telefon Telekom Malaysia (TM) yang tertunggak sejak tahun 2006 berjumlah RM995.70

Peliknya, nombor telefon tersebut tidak pernah digunakannya mahupun didaftar di tempat tinggalnya di Kamunting, Perak tetapi jauh di Ipoh.

"Saya percaya kad pengenalan, nama dan data peribadi saya disalah guna oleh seseorang," kata Ahmad yang juga mengakui tidak pernah kehilangan kad pengenalan atau memberikannya kepada sesiapa.

Bercerita lanjut kepada Kosmo!, Ahmad memberitahu, beliau menerima panggilan daripada kakitangan TM petang kelmarin meminta menjelaskan bil tertunggak itu.

"Keesokan pagi (semalam) saya ke pejabat Telekom di Jalan Burmah di sini dan mendapati bil serta panggilan itu benar beralamat di Jalan Gopeng, Ipoh.

"Saya tidak puas hati kerana tidak pernah menggunakan nombor itu dan membuat laporan di Balai Polis Jalan Patani," ujarnya yang berharap agar pihak polis dan TM menyiasat perkara tersebut.



5

Tiada ulasan: