KESUNGGUHAN para pemain untuk muncul juara dianggap jurulatih Kelantan, B Sathianathan sebagai kunci utama kejayaan skuad Red Warriors itu menundukkan Negeri Sembilan 2-1 malam tadi.
Bagaimanapun tanpa disedari penyokong Kelantan telah berbelanja lebih 6 juta untuk menyaksikan perlawanan Piala Malaysia kali, ini dianggarkan setiap penyokong membelanjakan rm 100.00 seorang [tiket 30 + makan 20 + tambang/minyak 50] dan dianggarkan seramai 60,000 (sebenarnya lebih)penyokong Kelantan membanjiri Stadium Bukit Jalil.
Seterusnya Kata-kata Sathianathan di bilik persalinan ketika waktu rehat separuh masa pertama nyata membuatkan para pemain tidak patah semangat biarpun mereka ketinggalan 0-1 menerusi sepakan penalti Shahurain Abu Samah pada minit ke-13.
“Saya bangga dengan pemain kerana nak menang buat kali pertama bukan sesuatu yang mudah. Tapi semua pemain mahukan kemenangan pada perlawanan ini.
“Memang kami ketinggalan 0-1 tetapi gol Negeri Sembilan itu diperoleh terlalu awal dan masih ada masa untuk kami cari gol. Itu sebab kami tak berasa risau,” kata Sathianathan pada sidang media selepas perlawanan.
Biarpun berjaya membawa Kelantan muncul juara Piala Malaysia dan naib juara Liga Super musim ini, Sathianathan menyerahkan kepada pengurusan Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sama ada mahu terus menggunakan khidmatnya bagi musim depan atau tidak.
Gol Pertama
Gol Kedua
Pada perlawanan akhir edisi ke-84 malam tadi, Kelantan bangkit dengan menghasilkan dua gol pada babak kedua menerusi tandukan Hairuddin Omar pada minit ke-56 dan rembatan Badhri Radzi pada minit ke-64 untuk memastikan kemenangan mutlak 2-1.
sokernet.com dipetik & ditambah dari Sokernet.com
"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
01 November 2010
27 Oktober 2010
ETP: Lebih banyak kelab malam, spa akan dibina

Pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mahu menjadikan Malaysia sebuah hub pusat hiburan malam bagi memacu industri pelancongan mengikut Program Transformasi Ekonomi (ETP).
Ini akan dilaksanakan dengan penubuhan beberapa kelab malam terkemuka, menganjurkan konsert utama, melonggarkan garis panduan untuk penghibur antarabangsa dan “mempakejkan” semula acara antarabangsa seperti Formula 1 dan MotoGP.
Menurut perancangan ETP yang dikeluarkan semalam, ia adalah sebahagian daripada 12 projek permulaan (EPP) yang bertujuan memperkasakan sektor pelancongan agar ketibaan pelancong dapat dipertingkatkan.
Langkah itu dijangka mendapat bantahan golongan konservatif agama yang sebelum ini telah berulang-kali berdemonstrasi membantah kehadiran penghibur antarabangsa. Sasaran terbaru mereka adalah bintang sensasi Amerika - Adam Lambert yang seorang ‘gay’.
Satu daripada 12 EPP itu adalah melonggarkan syarat ketat bagi penganjuran konsert dan majlis antarabangsa, yang sekarang ini dikatakan banyak menghindarkan penghibur antarabnagsa ke negara ini.
Mulai suku terakhir 2010, acara antarabangsa yang menampilkan penghibur antarabangsa yang memenuhi tiga kriteria minimum dikecualikan daripada tertakluk kepada syarat-syarat ketat Agensi Pusat Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (Puspal).
Jumlah pelaburan yang diperlukan adalah RM467 juta dan akan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan. Kerajaan menjangkakan ia akan memberi pendapatan negara kasar sebanyak RM427 juta dan mewujudkan sebanyak 8,000 peluang pekerjaan
Lebih mengejutkan lagi EPP juga mencadangkan penubuhan zon hiburan di Greater Kuala Lumpur/Lembah Klang, Genting Highlands, Pulau Pinang, Langkawi dan Kota Kinabalu bagi menggandakan pendapatan hiburan malam Malaysia kepada RM1.8 bilion menjelang 2020.
Langkah itu akan menyaksikan penubuhan enam kelab malam baru yang mampu menampung kehadiran 900 pengunjung pada hujung minggu menjelang awal 2012. Dua lagi akan beroperasi pada 2013 dan 2014.
"Menjelang 2014, akan terdapat sekurang-kurang 10 kelab malam di zon hiburan. Ini akan menghasilkan impak pendapatan kasar negara RM0.7 bilion dan mewujudknan 5,614 pekerjaan baru menjelang 2020," petik laporan itu.
Bagi mencapai hasrat itu, liberalisasi beberapa peraturan hiburan akan dilaksanakan, termasuk membenarkan pelanjutan had waktu beroperasi bagi pusat hiburan
Kawasan hiburan yang sedia ada dikatakan tidak memadai untuk mencapai pertumbuhan yang diharapkan memandangkan purata kadar penghunian hujung minggu bagi kelab malam di bandar adalah sebanyak 85 hingga 90 peratus.
Menerusi kerjasama dengan Greater KL/KV NKEA, dipersetujui bahawa lokasi berpotensi bagi kawasan hiburan baharu ialah kawasan di sekitar Central Market.
Kawasan ini akan direkabentuk untuk menarik pelancong dengan kemudahan 24 jam, keselamatan awam yang mencukupi, pengangkutan dan infrastruktur, tetapi ia akan kekal terpisah dari kawasan kediaman dan keagamaan.dipetik dari Malaysiakini
26 Oktober 2010
Wanita Mesir guna Harrasmap

KAHERAH 25 Okt. 2010 - Golongan wanita di ibu negara Mesir kini mempunyai cara baru mengatasi gangguan seksual tidak kira secara pandangan jahat, siulan atau diraba ketika melalui jalan-jalan besar dan lorong-lorong belakang di bandar raya Kaherah.
Sebuah laman web, Harrasmap membolehkan wanita melaporkan dengan segera kejadian gangguan seksual melalui khidmat pesanan ringkas atau Twitter untuk dimuatkan ke dalam peta digital Kaherah yang akan memaparkan tempat dan kawasan berbahaya.
Data tersebut akan dikongsi oleh aktivis, media dan polis.
"Idea keseluruhannya adalah untuk mewujudkan maklumat yang disalurkan pengguna," kata seorang aktivis sukarelawan yang menganjurkan program yang akan dilancarkan dalam beberapa bulan lagi, Engy Ghozlan.
Ghozlan berkata, ia membantu wanita yang berasa tidak selamat dan ia sangat membantu.
Peta itu turut memberi gambaran grafik tentang masalah yang dihadapi wanita Mesir, yang hanya baru-baru ini diambil berat oleh pihak berkuasa.
Sebelum ini kes gangguan seksual tidak dibicarakan secara umum tetapi selepas video di Internet menunjukkan wanita dicabul di jalan-jalan raya oleh sekumpulan pemuda pada musim cuti empat tahun lalu, media mula melaporkan masalah ini.
Sejak itu, rang undang-undang jenayah bagi menghukum kesalahan gangguan seksual telah dibentangkan di Parlimen, namun masih belum diluluskan.
Penganjur Harassmap berkata, masalah itu bukan diperbesar-besarkan kerana wanita tetap menjadi mangsa tidak kira mereka memakai pakaian konservatif atau moden.
Selepas khidmat pesanan ringkas dihantar ke laman web itu, wanita yang menjadi mangsa gangguan seksual akan menerima galakan, tip keselamatan dan cara-cara membuat laporan polis. - APUtusan Online
24 Oktober 2010
Sarang burung

Berhati-hati beli produk sarang burung
SEREMBAN 23 Okt.2010 - Orang ramai diminta supaya lebih berhati-hati ketika membeli atau menggunakan produk sarang burung jenis 'blood nest' kerana ia dikhuatiri mengandungi bahan kimia campuran yang mengancam kesihatan.
Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Chua Tee Yong berkata, sekiranya pengguna meneruskan penggunaan produk sarang burung jenis tiruan tersebut untuk satu jangka masa panjang ia boleh mengakibatkan penyakit kanser.
''Perkara ini amat serius, oleh itu saya berharap supaya orang ramai perlu bijak dan berhati-hati dalam membezakan sama ada produk sarang burung jenis blood nest berkenaan tiruan ataupun asli.
''Salah satu cara mudah untuk membezakannya adalah dengan melihat pada warnanya. Produk tiruan warnanya merah seragam, manakala produk asli hanya memiliki tompok kemerahan, selain itu, produk tiruan menghasilkan bau ammonia tidak seperti yang asli," katanya.
Tee Yong berkata demikian pada sidang akhbar Seminar Sehari Perladangan Burung Walit peringkat Negeri Sembilan di Royale Bintang di sini hari ini.
Bagaimanapun, jelasnya, orang ramai juga diminta jangan terkeliru dengan menganggap semua produk produk sarang burung jenis 'blood nest' di pasaran mengandungi bahan kimia terlarang itu.
Menurutnya, kementerian juga telah mengenalpasti dua pengilang tempatan termasuk merampas dua jenama produk yang dipercayai telah dicampur dengan bahan kimia tersebut.
''Saya dimaklumkan bahawa pihak terbabit telah disenaraihitam dan akan dikenakan tindakan di bawah Akta Makanan 1985.
''Perkara ini disedari apabila kita menerima maklumat dan aduan daripada pengimport terbesar sarang burung tempatan kita iaitu China," kata Tee Yong.
''Perkara ini disedari apabila kita menerima maklumat dan aduan daripada pengimport terbesar sarang burung tempatan kita iaitu China," kata Tee Yong.
Katanya lagi, jumlah eksport produk berkenaan ke negara tersebut mencatatkan perolehan besar iaitu melebihi RM1 bilion setahun.
''Pulangannya amat besar kerana nilai produk sarang burung di pasaran amat tinggi, hingga mencecah RM4,000 sekilo bagi bahan mentahnya, manakala RM8,000 untuk yang sudah diproses," tambahnya.
20 Oktober 2010
Beli rumah...kwsp

Pengeluaran Membeli Rumah
Pengeluaran simpanan kwsp Akaun 2 untuk membiayai pembelian sebuah rumah secara individu; ATAU pembelian secara bersama dengan ahli keluarga terdekat (ibu-bapa, suami-isteri, adik-beradik atau anak-anak).
Pembelian sebuah rumah dengan individu lain yang tiada pertalian keluarga dibenarkan dengan syarat individu tersebut merupakan pembeli dan peminjam.
Pengeluaran ini membenarkan anda membeli rumah daripada pemaju, individu lain atau lelongan awam.
Pengeluaran untuk membeli rumah kedua dibenarkan setelah rumah pertama dijual atau berlaku pelupusan pemilikan. Pelupusan pemilikan bermaksud ‘hilang pemilikan ke atas rumah pertama yang dimiliki melalui pengeluaran KWSP sebelum ini’ atas sebab rumah tersebut dilelong, penyerahan harta melalui perintah mahkamah, pindah milik atas dasar kasih sayang, rumah musnah akibat bencana alam, projek rumah terbengkalai atau pembatalan pembelian rumah.
Kelayakan Memohon
(i) Warganegara Malaysia; ATAU
(ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
(iii) Bukan warganegara Malaysia yang:
Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)
Anda belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN
Anda mempunyai simpanan sekurang-kurangnya RM500.00 di dalam Akaun 2.
Syarat-syarat Pengeluaran
Anda Layak Memohon Sekiranya;
1. Membeli sebuah rumah kediaman (jenis banglo/ teres/berkembar/ apartment/kondominium/‘studio apartment’/‘service apartment’/ ‘townhouse’/SOHO) atau rumah kedai dengan unit kediaman.
2. Pembiayaan pembelian rumah melalui:
(i) Pinjaman perumahan daripada mana-mana institusi seperti berikut:
• Institusi kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan
Institusi Kewangan 1989(BAFIA)
• Kerajaan Pusat/Negeri atau lain-lain agensi kewangan kerajaan
• Majikan ahli
• Koperasi/syarikat kerjasama yang berlesen (diluluskan oleh
Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Pembangunan Usahawan dan
Koperasi)
• Syarikat Insurans berlesen yang diluluskan oleh Bank Negara
Malaysia
• Pemberi pinjaman yang dibenarkan oleh KWSP; ATAU
(ii) Secara tunai.
3. Anda telah menandatangani Surat Perjanjian Jual Beli tidak melebihi tiga (3) tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP.
4. Anda tidak pernah membuat Pengeluaran Perumahan; ATAU Anda telah membuat pengeluaran untuk membeli rumah pertama dan telah menjualnya atau berlaku pelupusan pemilikan dan kemudian membeli rumah kedua. Bukti penjualan /pelupusan pemilikan rumah pertama perlu dikemukakan.
5. Anda ingin membeli rumah yang telah diperolehi secara sewa beli daripada pihak yang dibenarkan oleh KWSP.
6. Anda membeli tanah dan membina rumah di atasnya serentak (tarikh perjanjian beli tanah dengan tarikh perjanjian bina rumah hendaklah dalam tempoh 6 bulan).
http://www.kwsp.gov.my/index.php?hdl=bin&rp=1046
sila semak di web kwsp sumber
19 Oktober 2010
Ucapan manis...
Biasakanlah dirimu dengan menyebut:-
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah: jika ingin mùelakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
5 doa-doa harian
1.bismillahhirrahmannirrahim: pada
tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2.alhamdulliah: pada tiap-tiap
habis melakukan sesuatu.
3.astagfirrullah: jika tersilap
mengatakan sesuatu yang buruk.
4.insyaallah: jika ingin mùelakukan
sesuatu pada masa akan datang.
5.lahaulawalaquataillahbillah: bila
tidak dapat melakukan sesuatu yang
agak berat atau melihat sesuatu yang
buruk.
6.innalillah: jika menghadapi
musibah atau melihat kematian.
7.laailaahaillallah: bacalah
sepanjang siang dan malam sebanyak-
banyaknya.amalkanlah selalu moga-moga
kita tergolong dikalangan orang yang
terpilih oleh Allah.
5 doa-doa harian
18 Oktober 2010
Tugas-tugas Malaikat
1] Membawa Arasy, terdapat lapan malaikat yg ditugaskan membawa Arasy. Allah swt berfirman bererti:- " Maka pada hari itu terjadilah hari kiamat, dan terbelahlah langit, karena pada hari itu langit menjadi lemah. Dan malaikat-malaikat berada di penjuru-penjuru langit. Dan pada hari itu lapan malaikat menjunjung 'Arasy Tuhanmu di atas (kepala) mereka." (69_al-Haaqqah ayat 15-17)
2] Menulis amalan manusia: Raqid (catat amal baik), Atid (catat amal buruk), Allah swt bererti bermaksud :- "Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya, (yaitu) ketika dua malaikat mencatat amal perbuatannya, satu duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada suatu ucapanpun yang diucapkannya melainkan ada di dekatnya malaikat pengawas yang selalu hadir." (50_Qaaf ayat 16-18) dan dalam surah Infithaar ayat 10-12 Allah swt berfirman bererti -"Padahal sesungguhnya bagi kamu ada (malaikat-malaikat) yang mengawasi (pekerjaanmu), yang mulia (di sisi Allah) dan mencatat (pekerjaan-pekerjaanmu itu), mereka mengetahui apa yang kamu kerjakan. (82_Infithaar 10-12)
3] Mengawasi manusia, Dari Abu Hurairah r.a, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:-"Para malaikat malam dan malaikat siang selalu berganti bersama kamu dam mereka akan bertemua pada waktu solat Subuh dan Asar. Kemudian malaikat yang telah bersama kamu akan naik ke langit...". Para ulamak bersalah pendapat adakah malaikat ini, malaikat yang sama dengan malaikat pencatat amalan.
4] Malaikat turun ketika Quran dibaca, Abu Said Al Khudri berkata satu malam Usaid b. Hudhair sedang membaca al- Quran di kandang kuda. tiba-tiba kudanya meronta-ronta. Hal ini diceritakan kepada Rasulullah s.a.w. Rasulullah s.a.w bersabda:"Yang demikian itu adalah para malaikat yang datang mendengar (bacaan) kamu..."
6] Malaikat bagi penuntut ilmu, Safwan b. Assal datang kepada Rasulullah s.a.w lalu berkata Wahai Rasulullah s.a.w sesungguhnya aku datang untuk menuntut ilmu. Baginda s.a.w bersabda;-"Sesungguhnya penuntut ilmi itu dikelilingi oleh para malaikat..."
7] Malaikat masukkan roh, Abdullah Ibnu Mas'ud berkata, Rasulullah s.a.w bersabda: "Sesungguhnya masing-masing kamu terkumpul penciptaannya di dalam perut ibunya selama 40 hari, kemudian ia akan menjadi segumpal darah, selepas itu segumpal daging. kemudian diutus malaikat menghembuskan roh kepadanya. Dan diperintah menulis emapat kalimah iaitu tentang rezekinya, ajalnya, amalannya dan bahagia/deritanya..."
10 Malaikat dan tugasnya1] Jibrail, menyampaikan wahyu kepada para nabi & rasul
2] Izrail, mengambil nyawa sekialn makhluk
3] Mikail, menguruskan rezeki sekalian makhlut
4] Israfil, meniup sangka kala
5] Mungkar, menyoal orang mati
6] Nakir, menyoal orang mati
7] Raqid, menulis amal kebajikan
8] Atid, menulis amal kejahatan
9] Malik Zabaniah, menjaga Neraka
10] Malik Ridhwan, menjaga Syurga.
16 Oktober 2010
PM: Tiada bonus kerana implikasi kewangan besar
Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan tidak boleh memberi bonus satu bulan gaji kepada kakitangan awam kerana tindakan itu akan memberi implikasi kewangan besar iaitu sebanyak RM3.1 bilion.
Katanya, selaku menteri kewangan yang bertanggungjawab, beliau tidak boleh berbelanja lebih daripada pendapatan.
Najib berkata demikian pada Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia di Stadium Putra Bukit Jalil, di Kuala Lumpur, pagi ini.[Berita penuh menyusul]
5 sumber malaysiakini

Wanita Bersalin...
Syeikh Abdul Aziz bin Baaz rahimahullah, bekas Mufti Besar Arab Saudi, pernah menegaskan :
"Doktor wanita hanya merawat wanita sahaja, dan doktor lelaki hanya merawat lelaki sahaja, melainkan di dalam kes yang darurat, jika seseorang lelaki yang menghidapi penyakit di mana pada masa itu tidak terdapat doktor lelaki, maka di dalam kes ini adalah dibenarkan.” ( Fataawa 'Aajilah li Mansuubii al-Sihhah, m.s. 29 )
Situasi darurat yang membolehkan keadaan rawatan sedemikian juga berlaku di zaman Rasulullah SAW sendiri di mana para wanita Islam memainkan peranan sebagai jururawat di medan peperangan. Mereka ditempatkan di bahagian logistik dan juga perawatan. Mereka merawat dan mengubati anggota tentera yang luka dan parah.
Dalam keadaan sebegini, tidak dapat tidak, pasti berlaku sentuhan kulit dan anggota lainnya, namun hal ini dibolehkan ketika itu, untuk sementara waktu, kerana sifat peperangan yang darurat dan mencemaskan.
Selain itu, di dalam kitab Fathul Qadir jilid 8 halaman 98 ada menyatakan bahawa seorang sahabat Nabi SAW bernama Abdullah ibnu Az-Zubair pernah mengupah dan membayar khidmat seorang wanita tua yang merawat dirinya.
Wajar difahami, bahawa kondisi darurat bukanlah sesuatu yang rutin dan berlaku setiap hari. Justeru, ia hanya bersifat sementara dan perlu diisi sekadarnya sahaja. Tatkala sebab yang menjadikan sesuatu itu darurat, telah luput dan hilang, maka hukum pengharamannya kembali semula.
Ini bersesuaian dengan satu lagi kaedah fiqhiyyah: ad-dharurat tuqaddar bi qadariha, iaitu sesuatu yang darurat itu harus diukur sesuai kadarnya.
Lantaran itu, bagi seorang perempuan yang mengandung, dalam situasi biasa tanpa apa-apa komplikasi, keadaan itu bukanlah sesuatu yang ‘darurat’ yang membolehkannya mendapatkan khidmat rawatan dan pemeriksaan bulanan dari seorang doktor lelaki.
Apa yang amat perlu difahami, tidak ada seorang pun yang dihalalkan untuk melihat aurat seorang wanita, kecuali suaminya. Apatah lagi, aurat ‘besar’nya. Maruah, kehormatan dan harga dirinya, semua itu terhimpun di ‘situ’.
Siapa lagi yang lebih layak dan dapat melindungi, kalau bukan seorang lelaki bernama suami?Tambahan pula dewasa kini, sudah ramai doktor dan pakar sakit puan Muslimah. Justeru, apa lagi alasan untuk tetap bermudah-mudah dalam hukum dan terus tegar menerima rawatan dari doktor berlainan jantina ? Pada saya, hanya satu : Tepuk dada, tanyalah iman di dalamnya!
Akhirnya, marilah kita sama-sama merenungi, bahawa Rasulullah SAW telah mengajarkan kepada umatnya untuk selalu berdoa, memohon kepada Allah SWT agar diberi rezeki yang barakah.
“Ya Allah, anugerahkanlah keberkatan kepada rezeki kami, dan peliharalah diri kami dari api neraka.”
Anugerah anak dan zuriat adalah salah satu dari sekian banyak rezeki yang diberikan ILAHI. Justeru, tidak dapat dinafi, bahawa jiwa yang insaf dan sedar untuk memelihara hukum dan menjaga kadar keperluan terhadap keringanan yang ada padanya, InsyaAllah akan menjamin hadirnya keberkatan seiring dengan anugerah yang dikurniakan ini.
Moga-moga, dengan keberkatan yang dilimpahkan oleh Allah SWT sewaktu kelahiran seorang anak, akan memudahkan pula segala usaha ibu dan bapa untuk melahirkan zuriat yang soleh dan solehah. Seterusnya, berjaya pula menjelmakan generasi Rabbani yang tetap teguh berpegang kepada ajaran dan panduan ILAHI.

11 Oktober 2010
Sahabat ~ Perhubungan
"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, sebahagian mereka (adalah) menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh (mengerjakan) yang ma 'ruf, mencegah dari yang munkar" (At-Taubah: 71).
Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu perintah dari Allah dan diajari oleh sunnah Nabi s.a.w. “Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32).
Sesungguhnya perintah menundukkan pandangan merupakan satu perintah dari Allah dan diajari oleh sunnah Nabi s.a.w. “Janganlah kamu mendekati zina sesungguhnya zina itu satu perbuatan yang sangat keji dan seburuk-buruk jalan (dalam memenuhi fitrah)” (Al-isra : 32). Sungguh persahabatan lelaki perempuan, di facebook, friendster, di Sms, YM dan pelbagai lagi medan sebenarnya ianya meragukan dan dipenuhi syubhat. Tidak bersalah berkenalan, tidak bersalah apa-apa untuk seorang lelaki menjemput seorang muslimah menyertai rangkaian "facebook"nya.... Namun menjadi kesalahan bagi seorang muslim yang beriman dengan Allah dan rasul serta mengakui menuruti perintah Al-Qur'an dan sunnah untuk memaparkan gambar-gambar wanita dan lelaki sekalipun bertudung tetapi bercampur dalam sebuah gambar dengan tanpa keperluan yang mustahak dan darurat. Apakah kepentingan dan manfaat...??? Apakah ini adab dan teladan sunnah Rasulullah salallahualaihiwasalam ?
“Wahai orang-orang yang beriman janganlah kamu mengharamkan apa yang baik yang dihalalkan oleh Allah kepada kamu dan janganlah kamu melampaui batas sesungguhnya Allah tidak suka kepada golongan yang melampaui batas” (Al-Maidah : 87).
“Dan katakanlah kepada lelaki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya" (An-Nur: 30).
“Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluan-nya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya” (An-Nur: 31). “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, maka apabila dia keluar (dari rumah) , syaitan akan menghiasinya” (Dikeluarkan oleh Al Bazzar dan At Tirmidzi dan dishahihkan oleh Asy Syaikh Al Albani dalam Irwaul Ghalil jilid I).
“ Sesunnguhnya nafsu itu sentiasa mengarah kepada kejahatan…” (Yusof : 53).
Baginda rasul pernah mengatakan : “Sesungguhnya tidaklah datang malu melainkan membawa kebaikan” (hadith sahih riwayat Bukhari no 6117 dan Muslim no 37).
Apakah jika ada kamera di zaman Rasulullah s.a.w, mungkin para sahabat ra akan bergambar dengan sahabat wanita dengan alasan mereka bergambar kenang-kenangan kononnya "ukhuwah fillah" di tepi lembah padang pasir nan indah atau di bawah rimbunan tamar, anggur & tin ?
“Dan sesungguhnya pada peribadi rasulullah itu sebagai contoh teladan yang terbaik.” (Surah Al-Ahzab : 21).

Tidak salah perempuan muslimah memaparkan gambarnya yang menutup aurat bersama-sama kawan-kawan perempuannya sekalipun hukumnya makruh dan dibenci serta boleh jatuh haram apabila mengundang fitnah....tetapi apabila dia memaparkan gambar dirinya (wanita) dengan kawan-kawan lelakinya maka ianya sudah jadi salah dan seolah-olah umat Islam ini sama sahaja seperti barat yang biasa bergambar lelaki perempuan kawan kenalan cuma hanya tudung yang membezakan. Sesungguhnya syariat Islam membataskan perhubungan lelaki dan wanita dalam apa jua keadaan yang tiada keperluan dan hendaklah hubungan itu berlangsung dengan menuruti syariat dan membawa manfaat bukan mudharat.
Rasulullah s.a.w bersabda : “Aku melihat ke dalam syurga maka aku melihat kebanyakan penduduknya adalah fuqara (orang-orang fakir) dan aku melihat ke dalam neraka maka aku menyaksikan kebanyakkan penduduknya adalah wanita” (Hadith riwayat Bukhari dan Muslim dari Ibnu Abbas dan Imran serta selain keduanya).
Dari Imran bin Husain dia berkata, Nabi s.a.w bersabda : “Sesungguhnya penduduk syurga yang paling sedikit adalah wanita.” (hadith riwayat Muslim dan Ahmad).
Imam Qurthubi r.a mengulas hadits di atas katanya : “Penyebab sedikitnya kaum wanita yang masuk syurga adalah hawa nafsu yang mendominasi pada diri mereka, kecondongan mereka kepada kesenangan-kesenangan dunia, dan berpaling dari akhirat kerana kurangnya akal mereka dan mudahnya mereka untuk tertipu dengan kesenangan-kesenangan dunia yang menyebabkan mereka lemah untuk beramal. Kemudian mereka juga sebab yang paling kuat untuk memalingkan kaum lelaki dari akhirat disebabkan adanya hawa nafsu dalam diri mereka, kebanyakan dari mereka memalingkan diri-diri mereka dan selain mereka dari akhirat, cepat tertipu jika diajak kepada penyelewengan terhadap agama dan sulit menerima jika diajak kepada akhirat.” (Jahannam Ahwaluha wa Ahluha halaman 29-30 dan At Tadzkirah halaman 369).
Sabda baginda rasulullah : " Tujuh golongan yang akan dinaungi oleh Allah swt di hari tiada naungan (perlindungan) selain dari perlindungan Allah...pemuda yang hidup dalam ibadah kepada Allah (jauh dari maksiat) ....pemuda yang apabila digoda oleh wanita yang cantik dan berkedudukan untuk melakukan maksiat lalu berkata : Sesungguhnya aku takut kepada Allah..." ( Hadith sahih riwayat Bukhari dan Muslim).
Segala puji bagi Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.

Langgan:
Catatan (Atom)