08 Oktober 2008

Renungan

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sukakah kamu semua kalau saya tunjukkan akan sesuatu amalan yang dapat melebur semua kesalahan dapat menaikkan beberapa darjat?" Para sahabat menjawab: "Baiklah, ya Rasulullah." Beliau s.a.w. lalu bersabda: "Iaitu menyempurnakan wudhu' sekalipun menemui beberapa hal yang tidak disenangi (seperti terlampau dingin dan sebagainya), banyak-nya melangkahkan kaki untuk ke masjid dan menantikan solat sesudah melakukan shalat. Itulah yang dapat disebut ribath, itulah yang disebut ribath" (Riwayat Muslim)
ribath - perjuangan menahan nafsu untuk memper-banyak ketaatan pada Tuhan."


Anak Bulan

Permulaan bulan-bulan Islam

Doa Berbuka Puasa



"Ya Allah bagi Engkau aku berpuasa; dan dengan Engkau aku beriman; dan dengan rezeki Engkau aku berbuka; dengan rahmat-Mu - wahai Yang Maha Pengasih dan Penyayang"

07 Oktober 2008

9 Jenis Syaitan

Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan:
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/ pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth: disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah, Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.

06 Oktober 2008

Kesan Zikir

Kesan Zikir Terhadap Otak Manusia Otak hanyalah aktiviti-aktiviti bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugas-tugas tertentu bagi membolehkan ia berfungsi dengan sempurna. Setiap hari 14 juta saraf yang membentuk otak ini berinteraksi dengan 16 juta saraf tubuh yang lain. Semua aktiviti yang kita lakukan dan kefahaman atau ilmu yang kita peroleh adalah natijah daripada aliran interaksi bio-elektrik yang tidak terbatas.Oleh itu, apabila seorang itu berzikir dengan mengulangi kalimat-kalimat Allah, seperti Subhanallah, beberapa kawasan otak yang terlibat menjadi aktif. Ini menyebabkan berlakunya satu aliran bio-elektrik di kawasan-kawasan saraf otak tersebut. Apabila zikir disebut berulang-ulang kali, aktiviti saraf ini menjadi bertambah aktif dan turut menambah tenaga bio-elektrik. Lama-kelamaan kumpulan saraf yang sangat aktif ini mempengaruhi kumpulan saraf yang lain untuk turut sama aktif. Dengan itu, otak menjadi aktif secara keseluruhan. Otak mula memahami perkara baru, melihat dari sudut perspektif berbeza dan semakin kreatif dan kritis, sedang sebelum berzikir otak tidak begini. Otak yang segar dan cergas secara tidak langsung mempengaruhi hati untuk melakukan kebaikan dan menerima kebenaran.Hasil kajian makmal yang dilakukan terhadap subjek ini dimuatkan dalam majalah Scientific American, keluaran Disember 1993. satu kajian yang dilakukan di Universiti Washington dan ujian ini dilakukan melalui ujian imbasan PET yang mengukur kadar aktiviti otak manusia secara tidak sedar. Dalam kajian ini, sukarelawan diberikan satu senarai perkataan benda. Mereka dikehendaki membaca setiap perkataan tersebut satu persatu dan mengaitkan perkataan-perkataan dengan kata kerja yang berkaitan. Apabila sukarelawan melakukan tugas mereka, beberapa bahagian berbeza otak mempamerkan peningkatan aktiviti saraf, termasuk di bahagian depan otak dan korteks.Menariknya, apabila sukarelawan ini mengulangi senarai perkataan yang sama berulang-ulang kali, aktiviti saraf otak merebak pada kawasan lain dan mengaktifkan kawasan saraf lain. Apabila senarai perkataan baru diberikan kepada mereka, aktiviti saraf kembali meningkat di kawasan pertama. Ini sekali gus membuktikan secara saintifik bahawa perkataan yang diulang-ulang seperti perbuatan berzikir, terbukti meningkatkan kecergasan otak dan menambah kemampuannya.Oleh itu, saudara-saudara ku seIslam, ketika saintis Barat baru menemui mukjizat ini, kita umat terpilih ini telah lama mengamalkannya dan menerima manfaatnya. Malang bagi mereka yang masih memandang enteng kepentingan berzikir dan mengabaikannya.

Ramadhan 2

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan "Ya Allah tolong abaikanpuasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidakmelakukan hal-hal yang berikut:* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.Dapatkah kitabayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang mengamiinkan adalahRasullullah dan para sahabat, dan dilakukan pada hari Jumaat.Oleh itu saya terlebih dahulu MEMOHON AMPUN DAN MAAF jika saya ada berbuatkesalahan, baik yang tidak di sengaja maupun yang di sengaja, semogakita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.
selamat menyambut ramadhan al-Mubarakh semoga ramadhan membawa keberkatan kepada semua dan mengukuhkan
ukhwah yang terbina.
Sekali lagi saya menyusun sepuluh jari memohon maaf atas keterlanjuran kata dan perbuatan, yang menyinggung perasaan saudara saudari dan atas segala kesilapan yang telah berlaku disepanjang perkenalan kita selama ini.

Ramadhan

Perihal Ramadhan AlMubarak Sejarah Ramadhan 1) Ramadhan: ertinya panas terik 2) Bulan di turunkan Al Quran dan disebut (syahru ramadhana) 3) Berlakunya perang Badar Kubra dan mendapat kemenangan. 4) Bulan dimana nabi mengambil balik Mekah dari tangan Musyrikin dan berakhirnya penyembahan berhala. 5) Di dalamnya dipilih ada malam al-qadar yakni lebih baik drpd 1000 bulan. 6) Di pilih untuk ibadat puasa. 7) Di pilih untuk ibadat2 lain (tadarus Al Quran) Kelebihan Bulan Ramadhan 1) Kamu akan di naungi Ramadhan. (bagi yg telah meninggal dunia terlepas dari siksa kubur) 2) Bulan penuh keberatan 3) Di malamnya ada lebih baik drpd 1000 bulan 4) Amal sunat sama dengan solat fardhu 5) Manakala solat fardhu mendpt 70 kali ganda 6) Bulan sabar dan pahalanya adalah syurga 7) Bulan menambah rezeki 8) Memberi buka banyak pahala 9) Bulan keampunan doa yang paling makbul iaitu doa sebelum berbuka puasa. juga doa pada sepertiga malam. 10)10 hari pertama adalah mulanya rahmat, 10 hari pertengahan - pengampunan, 10 hari terakhir - kemerdekaan api neraka. Amalan-amalan di bulan Ramadhan 1) Mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 2) Menempah pakaian untuk Ramadhan 3) Niat puasa sebulan pd permulaan Ramadhan 4) Hendak tidur bacalah 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dapat bangun malam 5) Berazam melakukan Terawih 20 rakaat (bukan 8 rakaat) 6) Bertadarus secara bersemak (bukan sendirian) 7) Solat berjemaah setiap waktu 8) Solat jemaah di masjid/surau 9) Amalkan Qiyamulail walaupun pendek 10) Sahur diwaktu akhir 11) Sahur - utk mengelakkan makanan tidak hadam elakkan makanan pedas dan tutup sahur dengan air susu 12) Mandi Janabat sebelum Imsak 13) Kurangkan tidur 14) Tunaikan Solat sunat fajar (Solat Sunat Subuh) 15) Tunaikan Solat Dhuha 16) Tidur waktu cuti (satu jam sebelum Zohor) 17) Tunaikan solat Rawatib 18) Jaga pacaindera 19) Elakkan gosok gigi pd waktu petang 20) hadiri majlis ilmu 21) Buat baik pd ibubapa 22) Isteri hendaklah taat pd suami 23) Banyakkan bersedekah 24) Berbuka dgn 3 biji kurma dan air yg belum dipanaskan oleh api 25) Berbuka bersama org tua 26) Jemput tetamu berbuka 27) Kurangkan berat badan 28) Banyakkan i'tikaf di masjid (lelaki sahaja) 29) Baiki hubungan suami isteri 30) Baiki hubungan jiran 31) Isteri jauhi drpd keluar memakai mekap & perhiasan 32) Elakkan berbelanja berlebihan 33) Kuatkan kesabaran 34) Banyakkan selawat, istighfar, bertasbih 35) Berazam beramal (pada malam Lailatul Qadar) 36) Mengejut anak dan isteri di mlm Lailatul Qadar 37) Elakkan menonton TV yg mengandungi nafsu 38) Elakkan mendengar radio berunsur hiburan 39) Berdoa dgn nada lembut dan merayu 40) Jauhkan bercumbu dgn suami/isteri 41) Mendoakan ibu bapa samaada hidup atau yg meninggal dunia 42) Melazimkan solat waktu 43) Elakkan sebelum berbuka bersiar2 yg menjadikan pandangan liar 44) Elakkan banyak berhutang 45) Melepaskan perasaan sedih melepaskan Ramadhan ditakuti tidak bertemu lagi dengan Ramadhan akan datang 46) Tunaikan zakat fitrah Cara Beramal Di Malam Lailatul Qadar (Malam 21-30) 1) Kepada Orang Tua Lemah Cara beramal solat Maghrib, Isyak dan Tarawih berjemaah di masjid/surau, ini sudah dikira beramal Al Qadar 2) Orang yg tidak sanggup solat malam yang panjang Baca ayat akhir surah Al Baqarah Baca ayat Kursi Baca surah Yaasin Baca surah Al Zalazah Baca surah Al Qafirun Baca surah Al Ikhlas 3) Bagi orang yamg kuat dan cergas Bangunkan isteri dan anak Mandi Solat malam - Tahajjud, Taubat, Tasbih, Hajat, Istikharah, dan baca Al Quran NUZUL Al QURAN ( 17 Ramadhan ) Tarikh turunnya Al Quran Beramallah di malamnya dengan solat malam dan amal2 yg baik Cara Sambut Hari Raya Jangan sekali2 disambut dgn hiburan, mercun, pesta lampu dan berbagai kemungkaran dan kemaksiatan Pada petang akhir Ramadhan org2 yg meninggal(sudah mati) menangis kerana peluang untukberehat telah berakhir. Adalah di cadangkan semoga keluarga menziarahi kubur pada petang akhir Ramadhan atau jika kuburnya jauh, hendaklah dibaca doa Tahlil selepas solat Asar. Semoga mereka diampuni. Ibnu Abbas r. a pernah mengatakan bahawa roh orang yg meninggal dunia dibenarkan pulang ke rumah anak2nya dan berdiri di pintu rumah memohon belas kasihan drpd anak2 mengirimkan bacaan doa, sekurang2nya Al Fatihah sekali utk mereka Oleh itu janganlah terlalu gembira dan ingatlah org2 tua yg sudah meninggal, semoga nanti sampai giliran kita maka anak2 akan ingat kpd kita Takbir Di Malam Raya Takbir sebenarnya mempunyai cerita di sebaliknya. Mengikut riwayat, bermula dari peperangan Ahzab. Peperangan berlaku di dalam musim sejuk, kemudian Salman Al Farisi mencadangkan supaya di gali parit (Khandak) di akhirnya peperangan ini di beri pertolongan oleh Allah dan kemudian dirakamkan di dalam Takbir. Kesimpulannya Bulan Ramadhan datang setahun sekali dan ia sebaik2 bulan, penuh keberkatan, pengajaran, mendidik mempunyai ketahanan dan penuh dgn amalan-amalan untuk mendekatkan diri kpd Allah dan hubungan sesama manusia. Oleh itu bersiap sedialah dari awal supaya ia benar2 mengubah sikap yg baik dan seterusnya menjadi insan yg soleh/solehah. Semoga dipertemukan di Ramadhan yang akan datang. *Doa utk menghilangkan baran, maklumlah waktu lapar memang lekas naik angin.... Rujuk kepada Surah Al-Anbiyakk ayat ke 69. Sebelum minum baca doa dan tiupkan pada air (utk diri sendiri, anak, suami dll). Insyaallah cuba amalkan.

23 Ogos 2008

Hukum himpun 2 sembahyang

Hukum menghimpun dua waktu sembahyang
Dalam kesibukan kadangkala ada antara kita yang lalai atau sengaja menggabungkan waktu sembahyang zuhur dengan asar (sembahyang di akhir waktu zuhur dan diikuti sembahyang asar sebaik sahaja masuk waktunya).
Renungkan hadis Rasulullah SAW di bawah yang menghalang perbuatan tersebut.Saad bin Abi Waqas bertanya Rasulullah SAW mengenai orang yang melalaikan sembahyangnya. Maka jawab baginda, "Iaitu mengakhirkan waktu sembahyangnya dari waktu asalnya hingga sampai waktu sembahyang lain. Mereka telah mensia-siakan dan melewatkan waktu sembahyangnya, maka mereka diancam dengan neraka wail."Ibn Abbas dan Said bin Al-Musaiyib turut mentafsirkan hadis di atas, "Iaitu orang yang melengah-lengahkan sembahyang mereka sehingga sampai kepada waktu sembahyang lain, maka bagi pelakunya jika mereka tidak bertaubat Allah menjanjikan mereka neraka jahanam tempat kembalinya." Dalam hadis yang lain Rasulullah SAW bersabda, "Sesiapa yang mengumpulkan dua sembahyang tanpa ada halangan, maka sesungguhnya dia telah memasuki pintu besar dari pintu dosa-dosa besar." (Riwayat Al-Hakim)Seksa Neraka Bukan Kepalang
Mereka yang meninggalkan sembahyang akan menerima seksa di dunia dan di alam kubur tidak terlepas daripada tiga seksaan. Tiga jenis seksa di dalam kubur ialah:-
1. Kubur akan menghimpit-himpit serapat yang mungkin sehingga berselisih tulang-tulang dada.
2. Dinyalakan api di dalam kuburnya dan api itu akan membelit dan membakar tubuhnya siang dan malam tiada henti-henti.
3. Akan muncul seekor ular yang bernama "Sujaul Aqra" dan ular itu berkata:"Allah menyuruh aku membelasah engkau kerana engkau mensia- siakan sembahyang Subuh….."
Ia dipukul dari waktu Subuh hingga naik matahari, kemudian dipukul dan dihentak hingga terjunam ke perut bumi kerana meninggalkan sembahyang Zuhur. Kemudian dipukul lagi kerana meninggalkan sembahyang Asar, begitulah seterusnya dari Asar ke Maghrib, dari Maghrib ke waktu Isyak dan seterusnya hingga ke waktu Subuh semula. Demikianlah berterusan seksaan oleh Sajaul Aqra hinggalah hari Kiamat.
Cuai Solat Lima WaktuDi dalam neraka Jahanam terdapat wadi (lembah) yang di dalamnya adalah ular-ular bersaiz sebesar tengkuk unta dan panjangnya sebulan perjalanan. Kerjanya tiada lain selain mengigit orang- orang yang tidak menunaikan sembahyang semasa hidup mereka. Bisa ular itu pula menggelegak di dalam badan mereka selama 70 tahun sehingga luruh seluruh daging badan mereka. Kemudian tubuh mereka kembali pulih lalu digigit lagi dan begitulah seterusnya.
Peminum ArakMereka yang minum arak, akan digantung botol arak itu di tengkuk dan di tangan mereka. Kemudian mereka disula dengan api neraka. Terdengarlah suara yang menyeru, "Inilah si polan anak si polan!" Tatkala semua manusia dibangkitkan dari kubur, mereka keluar dari kubur dengan bau mulut yang teramat busuk (bau arak), hingga terganggu manusia yang berhimpun di Padang Mahsyar. Peluh yang keluar dari tubuh turut berbau busuk. Kemudian mereka dibelenggu dan dirantai serta dicampakkan terus ke Neraka Jahanam. Di dalam neraka, dituangkan air yang sangat panas ke dalam mulut mereka sehingga putus tali perut, kemudian perut itu jatuh pula ke atas kaki. Mereka kemudiannya dimasukkan ke dalam peti besar dari api selama seribu tahun lamanya. Kemudian dikeluarkan dan dimasukkan ke dalam penjara di neraka di mana ular-ular dan kala yang bisa sentiasa menggigit badan mereka. Di kepala mereka diletakkan mahkota dari api neraka manakala rantai-rantai di tengkuk mereka.
Mengkhianati HartaMereka yang mengkianati harta orang lain, harta itu akan dijadikan benda yang berat, yang dicampakkan di laut dalam neraka. Mereka dipaksa terjun ke dalamnya untuk mengambil benda tersebut. Apabila mereka timbul, malaikat akan menekan kepala mereka supaya men-yelam semula serta dipukul kepala mereka itu dengan besi hingga hancur berkecai. Begitulah diulang-ulang selama mereka di laut itu.
Azab Bagi Yang Kedekut (Bakhil)Mereka yang tamak dan bersifat kedekut hartanya daripada disedekahkan atau dikorbankan untuk kebaikan, harta itu akan dijadikan ular besar yang berbisa, yang bakal menggigit dan mematuknya setiap masa.
Saksi BohongOrang-orang yang suka membuat saksi bohong, lidah mereka akan digantung pada alang-alang besi yang panas dan badan mereka pula dipukul dengan kuatnya oleh 70 ribu malaikat dengan besi merah menyala hingga hancur luluh daging dan tulang mereka. Kemudian pulih semula dan dipukul lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
MengumpatMereka yang suka mengumpat, bibir dan lidah mereka akan digunting hingga putus hingga menyembur darah keluar dengan rasa kesakitan yang amat sangat. Kemudian bibir dan lidah itu akan pulih semula. Bila pulih digunting lagi, kemudian pulih dan digunting lagi. Begitulah seterusnya selama-lamanya seksaan bagi mereka.
Gambaran Neraka
Di dalam setiap tingkat neraka ada banyak sungai, bukit dan pokok kayu. Setiap pokok mempunyai 70 ribu cabang, setiap cabang ada 70 ribu ular dan kala berbisa. Di dalam buah yang terdapat pada pokok itu ada 70 ribu ulat yang panjangnya seperti anak panah yang tajam-tajam. Ahli-ahli neraka dipaksa memakan buah-buah kayu tersebut.Sungai-sungai yang memenuhi neraka pula dalamnya kira-kira 70 tahun perjalanan, setiap sungai mempunyai 70 ribu cabang dan 70 ribu lubang. Setiap lubang dipenuhi 70 ribu ekor ular dan kala, yang mana setiap ekor kala itu mengandungi 70 ribu jenis racun berbisa.Begitulah gambaran seksaan di dalam api neraka bagi mereka yang ingkar. Renungilah, betapa seksaan yang disediakan itu bukan kepalang sakit, pedih dan derita yang tiada hujungnya. Untuk mereka yang mahu mengambil iktibar daripadanya, ia sudah cukup menggerunkan dan sudah tentu kita manusia yang kerdil ini tidak mampu menghadapinya.Untuk itu sepatutnya ia akan menyedarkan kita daripada terus alpa dengan dosa-dosa. Dosa itu bermakna kemurkaan Allah dan murka Allah balasannya adalah seksa di neraka kelak. Selagi hayat masih dibadan, sebelum tiba masanya kita dijemput Allah, perbanyakkanlah taubat untuk dosa-dosa yang kita lakukan, memperbanyakkan amal ibadah sebanyak-banyaknya dan banyak mengingati Allah. Semoga mati kita di dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt, dan diampunkan dosa kita.Jangan berputus asa dengan rahmat Allah SWT. Walau sebanyak mana dosa yang kita lakukan, kalau bertaubat dengan bersungguh-sungguh insya Allah akan diampunkan Allah, kerana Allah itu Maha Pengampun. Namun kalau dosa itu ada kaitan dengan manusia seperti menganiaya seseorang, mengumpat, menceroboh harta dan sebagainya, perlu meminta maaf daripada orang berkenaan di samping memohon keampunan Allah SWT.Mudah-mudahan demi untuk menghindarkan diri dari seksa Allah itu akan mendorong kita bersungguh-sungguh membuat kebaikan dan menjauhi kemungkaran, malah berusaha mencegahnya.Wallahu'alam.

Nama-nama dilarang

Abkam Tidak celik, buta
Abiqah Hamba yang lari dari tuannya
Afinah Yang bodoh
Asyar Paling jahat
Asyirah Yang tidak bersyukur atas nikmat
Amah Hamba suruhan perempuan
Baghiah Yang zalim, jahat
Bahimah Binatang
Balidah Yang bodoh, bebal
Bakiah Yang menangis, merengek
Baqarah Lembu Betina
Batilah Yang batil, tidak benar
Dabbah Binatang
Dahriyah Yang mempercayai alam wujud dengan sendirinya
Dahisyah Goncang, stress
Darakah Kedudukan yang rendah
Daniyah Yang lemah dan hina
Dami'ah Yang mengalir air matanya
Fasidah Yang rosak, yang binasa
Fasiqah Yang jahat, si fasik
Fasyilah Gagal, kalah
Fajirah Yang jahat, yang berdosa
Faji'ah Kecelakaan
Ghafilah Yang lalai, yang leka
Ghailah Kecelakaan, bencana
Ghaibah Hilang
Ghasibah Perampas, perompak
Ghamitah Yang tidak mensyukuri nikmat
Ghawiah Yang sesat, yang mengikut hawa nafsu
Haqidah Yang dengki
Hasidah Yang hasad
Hazinah Yang sedih
Huzn Kesedihan
Khabithah Yang jahat, yang keji
Khali'ah Yang tidak segan silu, mengikut hawa nafsu
Khati'ah Yang bersalah, yang berdosa
Khasirah Yang rugi
Khamrah Arak
Jariah Hamba suruhan perempuan
Jafiah Yang tidak suka berkawan
Kaibah Yang sedih
Kafirah Yang kafir, yang ingkar
Kamidah Yang hiba, yang sangat berduka
Kazibah Pendusta, pembohong
Lahab Bara api
Laghiah Sia-sia, tidak berfaedah
La'imah Yang tercela
Lainah Yang terkutuk
Lahifah Yang sedih, menyesal dan dizalimi
Maridah Yang menderhaka
Majinah Yang bergurau senda tanpa perasaan malu
Majusiah Agama menyembah api atau matahari
Munafikah Yang munafik
Musibah Celaka, bencana, kemalangan
Nariah Api
Nasyizah Yang menderhaka dan melawan suami
Najisah Yang najis dan kotor
Qabihah Yang buruk, hodoh
Qatilah Pembunuh
Qasitah Yang melampaui batasan dan menyeleweng dari kebenaran
Qazurah Kejahatan, perzinaan
Rajimah Yang direjam, yang dilaknat
Razi'ah Kecelakaan, musibah
Razilah Yang keji dan hina
Sakitah Yang jatuh, yang hina, yang jahat
Safilah Yang rendah dan hina
Sahiah Yang pelupa
Sakirah Pemabuk
Syafihah Yang bodoh
Syaridah Yang diusir
Syaqiyah Yang menderita
Syarrul Bariyyah Sejahat-jahat manusia
Syani'ah Yang buruk
Syarisah Yang buruk akhlak
Syatimah Maki hamun
Syariqah Pencuri
Talifah Yang rosak, yang binasa
Tarbiyah Yang papa kedana
Tarikah Anak dara tua
Tafihah Karut
Talihah Yang tidak baik
Yaisah Yang berputus asa
Yabisah Yang kering, yang sedikit kebaikannya
Wahinah Penakut
Waqihah Yang kurang sopan dan malu
Wasikhah Yang kotor
Wasyiah Yang mengumpat, yang mengadu dombakan orang
Wahimah Yang lemah
Wahiah Yang lemah, yang jatuh, yang buruk
Wajilah Penakut
Wailah Bencana, keburukan
Waqi'ah Pertempuran dalam peperangan, umpatan
Zalijah Kebinasaan
Zalilah Yang hina
Zalimah Yang zalim
Zaniyah Penzina, pelacur
Zufafah Racun pembunuh

Renungan

Sedikit Renungan dicelah kesibukan kita setiap hari Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin, dikatakan: "Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid", "Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran", "Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah dan Pembawa risalahNya Muhammad", "Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah, maka kekuatan kita akan lumpuh." "Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid; biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA, sehingga Mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah". "Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis. "Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!". "Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin yaitu iblis, syaitan, dan jin. Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka," Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG". "Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu, sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong." "Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka." "Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja". "Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah." "Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan". "Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah. Sepanjang hari. Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini." "Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah dan RasulNya""Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid". "Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari".
"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan". "Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan. "Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV, untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting, sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka" "Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala". "Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka akan mulai mencari hiburan di luar". "Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga" "Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat." "Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah menciptakan alam semesta. Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan" "Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK." "Perhatikan, jika mereka jumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah, sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata. "Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah." "Dan Dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah)." PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL." "RENCANA YANG BAGUS." Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIMS MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT, DAN SENTIASA HURA-HURA". "Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah maha Pencipta." "Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturahmi dan saling mengingatkan akan Allah dan RasulNya". Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???" "ANDALAH YANG MENENTUKAN..!!!"