18 September 2011

Jenis-jenis Nafsu

Imam al-Ghazali dalam kitabnya Ihya' 'Ulum al-Din dan Mukhtashar Ihya' 'Ulum al-Din menyebut nafsu itu ada tiga Martabat iaitu:-

1) Nafsu al-Ammarah

Iaitu nafsu yang menyuruh melakukan segala maksiat dan kejahatan, dan tidak pernah menyuruh melakukan kebaikan serta tidak pula mencela (kesal) melakukan kejahatan. Pada tahap ini hati nurani tidak akan mampu untuk memancarkan sinarnya kerana hijab-hijab dosa yang melekat tebal. Dan tidak ada usaha untuk mencari jalan menyucikannya. Kerana itulah hatinya terus kotor dan diselaputi oleh pelbagai penyakit. Inilah martabat nafsu yang rendah sekali.

2. Nafsu al-Lawwamah

Nafsu lawwamah ialah nafsu yang selalu mengkritik diri sendiri bila berlaku suatu kejahatan dosa atas dirinya. Ianya lebih baik sedikit dari nafsu amarah. Kerana ia tidak puas atas dirinya yang melakukan kejahatan lalu mencela dan mencerca dirinya sendiri. Bila buat silap dia lebih cepat sedar dan terus kritik dirinya sendiri. Perasaan ini sebenarnya timbul dari sudut hatinya sendiri bila buat dosa, secara automatik terbitlah semacam bisikan dilubuk hatinya. Inilah yang di katakan lawwamah. Golonagn ini baramal tetapi masih ada riak, hasad dengki dan sebagainya.


3. Nafsu al-Muthmainnah

Seseorang yang telah istiqamah dalam melakukan ibadah dan tidak lagi tergerak hati untuk melakukan maksiat, sama ada zahir atau batin, hatinya telah suci dan nafsunya telah fana daripada terdorong kearah perkara keji. Mereka mendapat ketenangan dan hilang gelisah di jiwa, mereka adalah wali kecil.


Antara sifat-sifat maqam ini adalah:
1. Taqwa yang benar.
2. Arif
3. Syukur yang benar
4. Tawakkal yang hakiki
5. Kuat beribadat
6. Redha dengan ketentuan Allah
7. Murah hati dan seronok bersedekah.
8. Dan lain-lain sifat mulia yang tidak dibuat-buat.

Al-'Arif Billah Syaikh Qasim al-Halaby dalam kitabnya Sair al-Suluk, menyebut nafsu itu ada 7 martabat, selain tiga yang di atas ditambah 4 lagi iaitu:-
 

4. Nafsu Mulhamah.

Nafsu mulhamah ini ialah nafsu yang sudah menerima latihan beberapa proses kesucian dari sifat-sifat hati yang tercemar melalui beberapa latihan. Sifat orang yang telah sampai pada tahap ini ialah rindu, menangis, susah hati enggan terhadap semua makhluk, sibuk beribadah.

Antara sifat-sifat yang bernafsu mulhamah:

1. Sifat-sifat ketenangan,lapang dada dan tidak putus asa.
2.. Tak sayangkan harta
3. Qanaah.
4. Berilmu laduni
5. Merendah diri/ tawwadu’

5. Nafsu al-Radhiyah

Maqam ini dinamakan radhiyah kerana perasaan keredhaan pada segala ketentuan dan hukuman Allah. Pada maqam ini sudah tidak ada rasa takut dengan pada bala Allah dan tak tahu gembira dengan nikmatNya. Sama sahaja. Apa yang penting Allah redha padaNya. Itu kalau sakitpun dah tak perlu kepada ubat, sebab bagi dia sakit itulah nikmat kerana dia merasa makin dekat dengan tuhannya. Wang ringgit sudah sama dengan daun kayu. Emas sama dengan tanah. Dunia sudah dipandang kecil , malah sudah tidak dipandang lagi sebaliknya dunia yang datang kepadanya.

Sifat-sifatnya:

1. Ikhlas
2. Warak
3. Zahid
4. Dan lain-lain lagi yang baik yang ada pada maqam sebelum ini

6. Nafsu al-Mardhiyyah

Pada peringkat ini segala yang keluar darinya semuanya telah diredhai Allah. Perilakunya, kata-katanya, diamnya semuanya dengan keredaan dan keizinan Allah belaka. Akan keluar keramat yang luar biasa. Mereka sudah menanam ingatan pada Allah diteras lubuk hati mereka menerusi cara "khafi-filkhafi", maknanya secara penyaksiaan 'basitiah' iaitu penyaksian sifat ma'ani Allah yang nyata dan dizahirkan oleh diriNya sendiri. Af'al diri mereka sudah dinafi dan diisbahkan secara langsung kepada af'al Allah semata-mata.Jiwa mereka betul-betul sebati, ingatan mereka terhadap Allah tidak sesaatpun berpisah darinya. Penyaksiaan terhadap hak sifat Allah jelas baginya sehingga hilang dirinya nya sendiri.
Sifat-sifatnya:

1.. Redha dan rela dengan apa-apa pemberian Allah
2. Lemah lembut pergaulannya
3. Elok dan tingginya budi
4. Lain-lain sifat terpuji maqam sebelum ini.

7. Nafsu al-Kamaliah

Maqam ini adalah tertinggi. Maqam ini digelar sebagai "baqa billah", Kamil Mukamil", Al Insan kamil kerana ia dapat menghimpunkan antara zahir dan batin, yakni ruh dan hatinya kekal kepada Allah tetapi zahir tubuh kasarnya tetap dengan manusia. Hati mereka kekal dengan Allah tak kira masa dan tempat, tidur atau jaga sentiasa mereka bermusyahadah kepada Allah. Ini adalah maqam khawas al khawas. Semua gerak geri mereka sudah jadi ibadat. Hatta berak kencing mereka, tidur mereka dan sebagainya.

13 September 2011

Sifat-sifat Penghuni Syurga & Neraka..

Dari Harithah bin Wahb, bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Mahukah kamu semua aku beritahu (sifat-sifat) ahli Syurga?" para sahabat menjawab:"ya" Baginda bersabda: "Setiap orang yang lemah dan dilemahkan, andainya dia meminta kepada Allah, nescaya Allah akan mengabulkannya. Mahukah aku beritahu (sifat-sifat) ahli Neraka? Setiap orang yang suka bertengkar dengan kasar ('utul), berlagak (jawwaz) dan sangat sombong (mustakbir),"- Hadis Bukhari dan Muslim.

Sifat Ahli Syurga 
Antara sifat ahli Syurga ialah lemah dan dilemahkan, yakni orang fakir dan dihina. Mereka tidak pernah disanjung dan dipuji, malah sering diremehkan kerana kehidupan mereka.

Sifat Ahli Neraka
Sifat ahli Neraka adalah sebaliknya, mereka suka bertengkar. Pantang mengalah walaupun dalam perkara yang sangat remeh. Tidak boleh ditegur, angkuh dan sombong. Apabila berbicara, lidah dan bibirnya dibentuk dengan gaya khas. Mereka selalu ingin berbeza dengan orang ramai dan meminta untuk dihormati.
Keras Hati:- semua sifat di atas adalah berpunca dari kers hati. Hati yang keras akibat dari dosa-dosa yang menutupi hati, maksiat tidak lagi dirasai sebagai dosa.
Al-Tirmizi meriwayatkan daripada Ibn Umar, Rasulullah s.a.w bersabda yang bererti: "Jangan terlalu banyak berbicara selain menyebut Allah. Sebab mereka yang banyak berbicara selain menyebut Allah akan mengeraskan hati. Sesungguhnya manusia yang paling jauh daripada Allah ialah pemilik hati yang keras."
- * dipetik dari Majalah Solusi isu 35.

05 September 2011

Syahid...!

Sehari dua ini terpapar di dada akhbar dan di kaca TV berita kematian wartawan BernamaTv, terbunuh di Somalia. Tokoh-tokoh agama menyifatkan kematian itu sebagai Syahid, mereka termasuklah Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut.

Apa makna syahid.? Syahid (assyahiid) adalah Syaahid (Asy-Syaahid), iaitu bererti saksi, dan juga hadir (berada) di jannah. Imam Al-Qurthubi berkata: “Inilah pendapat yang benar”.



Diantara pengertian ‘syahid’ yang lebih kuat menurut Abu Ibrahim Al-Mishri ialah:
“Karena dia memiliki saksi (syahid) atas kematiannya. Saksi itu adalah darahnya sendiri, karena di hari kiamat nanti ia akan dibangkitkan oleh Allah dengan lukanya yang mengalirkan darah” (Lihat Al-Majmu’ An-Nawawi 1/277). Tetapi ia juga menyebutkan bahwa adakalanya orang yang syahid lukanya tak memancarkan darah.
Dari Abu Hurairah r.a : Nabi s.a.w bersabda:-"Apa menurut kalian tentang orang yang mati syahid?" Mereka menjawab: "Wahai Rasulullah, mati syahid adalah buat mereka yang dibunuh fisabilillah." Rasulullah bersabda: "Jika demikian saja, maka syuhada umatku sedikit." Mereka bertanya: "Lalu, siapa mereka Ya Rasulullah?" Rasulullah menjawab: "Barangsiapa dibunuh dijalan Allah itulah Syahid, dan barangsiapa mati fisabilillah itulah syahid, yang mati kerana taun maka dia syahid, dan siapa yang mati kerana sakit perut dia syahid." (Hadis Riwayat Muslim)

Muslim yang maut ketika berperang atau berjuang di jalan Allah membela kebenaran atau mempertahankan hak dengan penuh kesabaran dan keikhlasan untuk menegakkan agama Allah. Siapa yang berjuang membela harta miliknya, jiwanya, keluarganya, agamanya, dan meninggal dalam perjuangannya itu, maka ia meninggal fi sabilillah atau mati syahid. Mati syahid merupakan cita-cita tertinggi umat Islam. Salah satu jalan menuju mati syahid adalah berjuang di jalan Allah.

Jenis-jenis Syahid:-

1. Syahid Dunia Akhirat

Syahid dunia akhirat adalah orang yang terbunuh ketika berperang di jalan Allah dengan niat yang ikhlas,  Jenis inilah yang merupakan syahid yang sempurna dan syahid yang paling utama, baginya pahala dari sisi Allah Yang Maha Agung. Soal niat ikhlas atau tidaknya, hanya dia dan Allah yang tahu. Manusia hanya menghukumi secara zhahir bahwa dia mati terbunuh di jalan Allah. Sehingga dia layak disebut sebagai syahid. Jenazahnya tidak perlu dimandikan, dikafankan,  disholatkan, hanya dikebumikan dengan pakaian lengkap tatkala ia terbunuh syahid.

2. Syahid Dunia

Orang yang terbunuh ketika dia berperang, tetapi dia tidak ikhlas karena Allah, bukan demi menegakkan kalimat Allah (Islam). Lebih kepada kerana dunia. Untuk syahid jenis pertama dan kedua ini, terdapat beberapa pendapat. Menurut pendapat Al-Ahnaf (Hanafiyah), mereka tidak dimandikan, tidak dikafani tetapi disholatkan. Menurut Hanabilah (pengikut mazhab Hanbali) mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak disholatkan. Menurut Malikiyah : Mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan, tidak juga di sholatkan. Dan, menurut Syafi’iyah, bahwa mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan dan tidak pula disholatkan”

3. Syahid akhirat saja

Orang-orang yang mati karena tenggelam atau terbakar dan seumpamanya, sebagaimana terdapat dalam hadits-hadits Nabi. Orang yang termasuk kategori ini dimandikan, dikafani juga disholatkan.

Rasulullah bersabda:

"Bagi orang yang mati syahid ada 6 keistimewaan iaitu:
diampuni dosanya sejak mulai pertama darahnya meluncur keluar
melihat tempatnya didalam surga
dilindungi dari azab kubur
dan terjamin keamanannya dari malapetaka besar
merasakan kemanisan iman, dikahwinkan dengan bidadari,
dan diperkenankan memeberikan syafa’at bagi 70 orang kerabatnya"
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi, Ibnu Majah, dan Ahmad)
Wallahu A’lam.