29 November 2011

Lemak

Fakta yang penting mengenai lemak adalah kita memerlukannya. Bukan semua lemak tidak baik. Terdapat dua jenis lemak iaitu lemak tepu dan lemak tidak tepu. Lemak tepu datangnya daripada daging, mentega, telur, ikan dan ayam.
Manakala lemak tidak tepu didapati daripada bahan sayuran atau minyak seperti bunga matahari, biji-bijian, jagung dan minyak flaks (sejenis tumbuhan berbunga biru). Ianya tidak mengandungi kolestrol, malah kaya dengan dua jenis asid lemak: asid lemak omega 3 dan omega 6.
Asid lemak ini penting untuk kesihatan. Setiap sel di dalan badan kita bergantung kepada kedua-dua asid ini untuk penghasilan semula tanpa perubahan dan untuk bernafas secara normal. Kita boleh membina omega 6 kita sendiri melalui makanan yang kita makan tetapi kita tidak boleh menghasilkan asid lemak omega 3 (kecuali mengandung)
Kekurangan asid lemak omega 3 adalah faktor penyebab berlakunya penyakit seperti kanser, pengerasan tisu luar biasa, kepenatan yang kronik, kencing manis, tekanan dan penyakit sendi. Oleh yang demikian kebanyakan orang perlu menambah pengambilan lemak yang tidak tepu, terutamanya asid lemak omega 3 ke dalan diet mereka. Cara paling mudah adalah dengan makan lebih sayuran dan buah-buahan.
Para saintis mencadangkan kita berhenti makan makanan yang mempunyai lemak yang diproses untuk dijual di pasaran. Dan berhati-hatilah dengan makanan yang mempunyai lemak tepu yang tersembunyi atau lemak yang telah diproses seperti kek, biskut, sosej dang daging yang ditinkan!
5

Tiada ulasan: