20 September 2010

Enjin Carian Islamik


Enjin carian baru tapis pornografi

WASHINGTON 19 Sept. - Beberapa pihak daripada kumpulan Islam, Kristian dan Yahudi telah mencipta enjin carian di Internet yang mampu membuat tapisan bagi mengelakkan komuniti terbabit menjumpai web yang menyiarkan minuman mengandungi alkohol dan juga pornografi.

Melalui enjin carian di alamat www.imhalal.com jika pengguna menaip perkataan 'alkohol', ia akan menghubungkan kepada artikel yang memberi hujah mengapa Islam tidak membenarkan umatnya minum minuman keras itu.

"Kami berpendapat, enjin carian lain yang terdapat di Internet terlalu 'terbuka'.

"Sebab itu kami mewujudkan enjin carian baru bagi membolehkan pengguna melayari Internet dalam keadaan yang selamat tanpa menjumpai sebarang laman web yang menyiarkan bahan lucah dan haram," kata pengasas enjin carian Islam I'mHalal, Reza Sardeha.

Jika perkataan 'pornografi pula ditulis, ia tidak akan menghubungkan penggunanya ke mana-mana laman web, katanya.

Reza yang merupakan warga Kuwait dan berusia 21 tahun berkata, beliau yakin enjin carian ciptaannya itu akan berjaya menarik minat pengguna dari beberapa negara seperti Malaysia, Emiriyah Arab Bersatu dan Amerika Syarikat (AS).

"Setiap minggu kami menerima banyak emel daripada pengguna bukan Islam yang suka dengan enjin carian ini dan menyatakan mereka kini rasa lebih selamat setiap kali anak-anak mereka melayari Internet," jelasnya. - Utusan Malaysia.

Tiada ulasan: