"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
24 Ogos 2010
Mimpi
Tidur merupakan nikmat yang paling besar daripada Allah Ta'ala, cuba bayangkan jika seseorang itu tidak dapat tidur. Dan lebih parah lagi jika memerlukan ubat supaya dapat tidur.
Mimpi:-
Terbahagi kepada tiga
1] Mimpi baik: ianya adalah alamat daripada Allah, yang memberi gambaran tentang sesuatu perkara kepada kita. (untuk mendapat mimpi baik terdapat beberapa syarat-syarat tertentu seperti mengamalkan adab-adab tertentu sebelum tidur).
2] Mimpi tidak baik: ia adalah mainan syaitan, yang sering berusaha mengoda dan menganggu manusia.
3] Mimpi mainan tidur: apabila seseorang terlalu berkehendak kepada sesuatu atau terlalu memikirkannya.
Apabila seseorang bermimpi sesuatu perkara yang baik maka hendaklah ia memuji Allah Ta'ala, kerana mimpi itu datang daripada Allah. Mimpi itu boleh diceritakan kepada orang-orang yang terdekat kepadanya sahaja atau kepada orang alim yang pakar dalam bab taksir mimpi. Biasanya mimpi baik ini akan datang di waktu hampir subuh. Mimpi berjumpa Nabi Muhammad s.a.w adalah merupakan mimpi yang benar kerana syaitan tidak dapat berupa atau meniru wajah Nabi s.a.w.
Manakala mimpi buruk adalah gangguan syaitan, maka mohonlah pelindungan Allah daripadanya dan berludah (tanpa air liur) ke kiri 3 kali, ubah kedudukan tempat tidur, samada tukar posisi kiri ke kanan ataupun pergi tidur di sudut lain ( dari atas katil turun tidur bawah ). Dan jangan cerita kepada sesiapapun tentang mimpi itu hata kepada isteri/suami sendiri, dibimbangi mimpi itu akan terjadi betul-betul.
Semasa Perang Uhud Nabi Muhammad s.a.w bermimpi lembu besar kena sembelih dan Pedang Nabi patah. Lembu besar kena sembelih bermakna 70 sahabat Nabi s.a.w syahid manakala Pedang Nabi patah terbunuhnya bapa saudara Nabi s.a.w. Ini mimpi Nabi s.a.w yang mana merupakan petunjuk daripada Allah Ta'ala.
Adab-adab tidur:
Sebelum tidur pastikan tempat tidur bebas dari sebarang anasir-anasir jahat seperti serangga berbisa dan seumpamanya.
Tidur hendaklahlah mengadap ke arah kiblat, tidur di atas lambung kanan (dari sudut kesihatan perbuatan ini penting bagi menjaga jantung kerana jantung berada pada sebelah kiri supaya tidak ada hempitan pada jantung terutamanya jika selepas makan - Nabi s.a.w mensyaratkan jika lepas makan, supaya berjalan 40 langkah sebelum tidur). Tidur menirap adalah dilarang oleh Rasulullah s.a.w.
Adalah disunatkan bersugi dan berwuduk sebelum tidur (jangan persoalkan jika bersentuh dengan isteri/suami kerana wuduk ini bukan untuk solat), juga disunatkan berwasiat tentang sesuatu perkara (harta dan seumpamanya), jika perkara itu sulit tulis dan letakkan di bawah bantal, contoh "abang ada sorang lagi bini ni nombor henset dia".
Seseorang itu juga disunatkan bertaubat dan memohon ampun daripada Allah Ta'ala sebelum ia tidur.
Bila hendak tidur hendaklah niat untuk bangun Solat Tahajud, dan bacalah ayat Kursi dan ayat akhir Surah Baqarah, membaca 3 Qul dan berzikirlah sehingga terlenaaaaaaa....
***dipetik dari Kitab Riyadhus Solihin (Kebun Orang-orang Soleh)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan