23 Mac 2009

Wanita Sembelihan


Golongan wanita perlu berani dalam proses penyembelihan kerana kini masyarakat masih lagi beranggapan wanita takut untuk menyertainya.
Salah seorang daripada peserta kursus penyembelihan, Mek Jah Omar, 68, berkata, walaupun dunia kini semakin moden, penglibatan golongan wanita dalam proses ini kurang mendapat sambutan.
Menurutnya, golongan wanita tidak perlu takut atau mempunyai apa-apa perasaan kerana ini merupakan satu aktiviti yang dapat membantu wanita untuk lebih berdikari.
“Semasa saya muda, saya pernah melibatkan diri dalam kursus penyembelihan. Tetapi lama kelamaan saya sudah tidak melibatkan diri kerana mungkin tidak berpeluang untuk menyembelih sendiri binatang.

“Selepas menyertai kursus ini, saya boleh menyembelih sendiri binatang ternakan seperti ayam dengan tanpa menunggu bantuan daripada :golongan lelaki melakukannya untuk saya,” katanya.
Mek Jah berkata, sebelum ini dia akan menunggu golongan lelaki untuk melakukan penyembelihan dan ini cukup merumitkan keadaan jika kebetulan tiada lelaki di rumah.
[ Tak Putus]

Beliau berkata, golongan wanita terutamanya remaja perempuan perlu mengambil peluang untuk melibatkan diri dalam kursus penyembelihan ini kerana ianya merupakan satu ilmu yang dapat digunakan secara berkekalan.
Pada kursus yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas) dengan kerjasama Gerakan Desa Wawasan (GDW) Tan-jung Chenak ini, lebih daripada 50 orang peserta menyertainya terdiri daripada remaja.
Pengerusi GDW Tanjung Chenak, Yahya Yaacob berkata, penglibatan golongan muda ini perlu supaya dapat menjadi perintis kepada aktiviti penyembelihan di kawasan masing-masing.
“Kita melihat sekarang ini, kebanyakan yang melakukan kerja :penyembelihan adalah golongan tua dan sudah tiba masanya golongan muda untuk mengambil alih,” katanya.
sumber sinar harian

Tiada ulasan: