JELI 22 Mac - Unit Pencegah Penyeludupan (UPP) Kelantan menumpaskan satu cubaan menyeludup masuk 5,712 kilogram ayam beku bernilai hampir RM40,000 dari negara jiran awal pagi ini.
Komander UPP Negeri, Mazlan Che Hamid berkata, rampasan itu dilakukan kira-kira pukul 2.45 pagi setelah pihaknya mengesan sebuah lori yang disyaki membawa muatan barangan seludup keluar dari kawasan ladang kelapa sawit Pak Dogol, Lalang Pepuyu.
Beliau memberitahu, lori yang menghala ke Jeli itu ditahan di hadapan pejabat UPP Bukit Bunga dekat sini dan hasil pemeriksaan, kenderaan itu sarat dengan muatan ayam beku.
Tambahnya, ketika anggota UPP cuba menahan lori tersebut, pemandunya segera meloloskan diri dengan menggunakan sebuah kereta yang mengekorinya dari belakang.
Katanya, itu merupakan taktik yang sering digunakan penyeludup bagi mengelak pemandu daripada ditahan pihak berkuasa.
"Kita percaya ayam beku ini untuk pasaran luar Kelantan berikutan permintaan yang sangat tinggi selain harganya lebih murah berbanding ayam tempatan," ujarnya.
TUMPAT - Pasukan Gerakan Marin (PGM) Pengkalan Kubor menumpaskan cubaan seludup ayam beku dari Thailand bernilai RM18,880 dalam satu operasi di Pulau Tengkorak berdekatan dengan Info Galeri Tengku Anis, di sini semalam.
Pegawai Pemerintah PGM Pengkalan Kubor, Deputi Superintendan Tan Cheng San berkata, dalam operasi kira-kira jam 5.30 pagi itu, PGM menahan sebuah lori yang sarat daging beku berjenama BB Buterfly.
“Ketika hendak menahan lori tersebut, sebuah kereta Kancil berwarna putih tiba-tiba datang dan cuba merempuh motosikal anggota PGM.
“Mereka berbuat begitu bagi mengalihkan tumpuan PGM dan memberi peluang kepada pemandu lori tersebut melarikan diri, bagaimanapun usaha mereka gagal walaupun pemandu dan kelindannya dapat melepaskan diri,” katanya ketika kepada media, di sini semalam.
Menurut Cheng San, penahanan lori tersebut di hadapan Masjid Geting, menemukan 320 kotak daging beku yang setiap satunya seberat 10 kilogram dipercayai dari negara China.
Chens San berkata, dua penyeludup terbabit adalah penduduk tempatan dan lori itu sama dengan yang pernah ditahan PGM sebelum ini kerana membawa barang seludup dari Th:ailand.
:“Berdasarkan: pemeriksaan, kami dapati lori be:rkenaan tertera nama pemiliknya, Sharifah Bidi dari Kampung Kenak Pasir Mas, nombor pendaftarannya WEA 4917 dan tidak mempunyai cukai jalan,” katanya.
Untuk ke sekian kalinya perkara ni berulang, persoalan pentingnya status kehalalan ayam berkenaan. Ini merupakan persoalan berat yang perlu diberi perhatian. Perkara halal haram tidak boleh dibuat main-main.
Kepada semua pengguna semua berhati-hati ketika membeli ayam yang dah siap diproses, cuba dapatkan dipusatkan sembelihan yang tidak diragui kehalalannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan