06 Januari 2009

Tayar Kereta


"Salam Sejahtera..."
Makna nombor pada tayar kereta --> 175/70R13 82H. Nombor 175 adalah lebar tayar dalam milimeter, iaitu jarak diukur dari sisi ke sisi. Nombor 70 merupakan nisbah aspek tayar atau ketinggian tayar berbanding dengan lebarnya.

Huruf "R" merujuk kepada binaan tayar radial. Tayar binaan radial tidak mempunyai tiub dan memberi prestasi lebih bagus. Angka 13 merujuk kepada garis pusat (diameter) rim untuk membolehkan tayar dimuatkan.

Nombor 82 melambangkan indek keupayaan muatan tayar itu. indeks muatan 82 = tayar itu boleh menampung muatan 475 kg.

Huruf "H" yang terakhir adalah menyatakan kelajuan maksima bagi sesebuah tayar yang direka. Taraf kelajuan H dalam contoh bermakna bahawa tayar ini boleh mencapai dan mengekalkan kelajuan sejauh 210 km/j.

Contoh lain seperti berikut;- S-180 km/j; T-190 km/j; U- 200 km/j; H-210 km/j; V-240 km/j; Z-melebihi hadlaju 240 km/j; W-270 km/j; Y-300 km/j.


TREADWEAR 240 TRACTION A TEMPERATURE A 1905 - kadar kehausan bunga tayar : 240 (semakin tinggi nilai, semakin lambat haus) - kekuatan cengkaman tayar : TRACTION A (paling bagus AA diikuti A, B & C) - ketahanan suhu : TEMPERATURE A • A : kawasan panas • B : kawasan bercuaca normal • C : kawasan sejuk - tarikh pembuatan : 1905 • dua no pertama = minggu keberapa dibuat (dari minggu 1 – 52) jika 19 maka tayar itu dibuat pada minggu ke-19 atau minggu ke-2 bulan mei. • Dua no terakhir = tahun ia dibuat. Jika 05 maka dibuat pada 2005

Tiada ulasan: