06 Januari 2009

Chikungunya

"Salam Sejahtera..."
KENYATAAN AKHBAR
PENGARAH KAWALAN PENYAKIT
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Bagi tempoh 16 hingga 22 November 2008, sebanyak 53 kes daripada
37 lokaliti Chikungunya telah dilaporkan di seluruh negara, menurunan
sebanyak 31 kes berbanding minggu lepas. Sejumlah 20 kes (38%) daripada
53 kes tersebut telah dikesan oleh anggota kesihatan dilapangan dan
selebihnya dilaporkan oleh klinik kesihatan ataupun hospital. Kes jangkitan
Chikungunya pada minggu ini dilaporkan dari tujuh buah negeri iaitu Selangor
(14 kes), Perak (12 kes), Johor (12 kes), Pahang (10 kes), Negeri Sembilan (3
kes), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Melaka masing-masing 1 kes.
Kes-kes tersebut kebanyakanya berlaku dikawasan kampung tradisional di luar
bandar dan keadaannya terkawal.
Sehingga kini, kes terkumpul penyakit Chikungunya di seluruh negara
adalah sebanyak 3,452 kes (Lampiran A). Hanya 786 kes (23%) daripada
jumlah tersebut yang masuk ke hospital, berbanding majoriti 77% pesakit yang
mendapatkan rawatan sebagai pesakit luar. Sehingga kini tiada kematian
berkaitan penyakit Chikungunya dilaporkan.
Pihak Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya dapat
mengelakkan diri dari digigit nyamuk Aedes dengan menjalankan semburan
aerosol di dalam rumah, menggunakan ubat nyah nyamuk (repellant) dan
memakai pakaian berlengan panjang apabila berada luar rumah serta elakan
berada diluar rumah pada waktu puncak giggitan nyamuk Aedes iatu pada awal
pagi dan lewat petang.
Sepanjang minggu lepas, sejumlah 6,174 buah rumah di lokaliti kes
Chikungunya telah dibuat semburan kabus. Melalui aktiviti pemeriksaan
pembiakan nyamuk, 62 buah rumah (1%) didapati positif pembiakan Aedes
yang menjadi punca kepada penularan penyakit ini. Sejumlah 10 kompaun
bernilai RM1,700.00 dan 52 notis arahan pembersihan dikeluarkan kepada
tuan punya rumah yang membiarkan premis mereka menjadi tempat
pembiakan nyamuk Aedes.
Sebanyak satu gotong royong dan 25 dialog dapat diadakan dilokaliti
wabak. Pihak Kementerian Kesihatan mengalakkan supaya masyarakat
mempertingkatkan lagi aktiviti gotong-royong di persekitaran kediaman masingmasing
bagi membasmi tempat pembiakan nyamuk Aedes, sekaligus
mengawal penularan penyakit Chikungunya. Anggota masyarakat juga
digalakkan agar memeriksa dan memusnahkan sebarang tempat atau bekas
pembiakan nyamuk Aedes di dalam dan luar rumah. Kerjasama di antara
masyarakat dan KKM akan menghasilkan aktiviti kawalan nyamuk Aedes yang
lebih cekap dan berkesan.
BAHAGIAN KAWALAN PENYAKIT (DISEASE CONTROL DIVISON)
KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (MINISTRY OF HEALTH MALAYSIA)
ARAS 3,4,6,8 BLOK E 10, PARCEL E
PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN
62590 PUTRAJAYA
MALAYSIA No. Tel: 03-88834126
No. Faks: 03-88834150
Website: http://www.dph.gov.my

Tiada ulasan: