09 Jun 2013

Bomoh Tradisional..!!!

Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat:

1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali

2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya

3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk.

4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an

5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu     yang menyembuhkan penyakit.

6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan

7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang

8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing.

9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan

10. Tidak menggunakan kaedah 'menurun' seperti memanggil roh simati.

*dipetik dari web soaljawap JAKIM

02 Jun 2013

Adat Terhadap Ibubapa

Adat Terhadap Ibubapa:-

Imam Ghazali telah menggariskan beberapa panduan, iaitu:
1• Mendengar kata mereka dan Taat perintah mereka selagi mereka tidak menyuruh membuat perkara-perkara yang dilarang oleh Allah S.W.T.

 2• Berdiri apabila mereka berdiri kerana menghormati.

3• Tidak melintas di hadapan mereka, tetapi hendaklah berjalan di sisi atau di belakang kecuali atas perintah mereka untuk sesuatu maksud.

4• Tidak meninggikan suara melebihi suara mereka.

5• Menjawab panggilan mereka dengan suara yang lembut.

 6• Sentiasa memelihara dan merawat apabila mereka sakit. Jangan sampai melakukan sesuatu yang melanggar keredhaan mereka baik dalam sikap, perkataan ataupun perbuatan.

7• Merendah diri dengan sopan dan lemah lembut serta sentiasa berusaha meringankan beban mereka.

8•Tidak melakukan sesuatu kebaikan kepada mereka atas dasar membalas jasa melainkan atas dasar kewajipan demi keredhaan mereka dan keredhaan Allah S.W.T.

9• Tidak memandang mereka dengan menjeling, mengerling, marah atau masam muka.

10• Tidak bermuram hati apabila menghadapi wajah mereka.

11• Tidak keluar rumah sama ada jauh atau dekat kecuali dengan izin mereka.