09 Jun 2013

Bomoh Tradisional..!!!

Semua perubatan tradisional boleh diamalkan dengan syarat:

1. Perbomohan tidak boleh dikaitkan dengan zat Allah seperti mengatakan ilmu bomoh itu diterima terus dari Allah atau melalui mimpi berjumpa wali

2. Tidak boleh mengatakan bahawa Nur Muhammad atau orang-orang soleh menjelma ke dalam dirinya

3. Tidak boleh memuja atau memperhambakan diri kepada sesuatu kuasa atau peribadi yang dipercayai boleh mendatangkan nasib baik atau buruk.

4. Tidak menggunakan azimat atau tangkal yang mengandungi rajah-rajah atau tulisan-tulisan yang tidak difahami serta bercampur aduk dengan ayat al-Qur'an

5. Jampi yang digunakan ialah ayat al-Qur'an, bahasa yang difahami dan tidak beriktikad bahawa jampi itu     yang menyembuhkan penyakit.

6. Tidak menggunakan kata-kata pemujaan kepada berhala atau syaitan

7. Tidak boleh membaca ayat al-Qur'an secara songsang

8. Tidak menggunakan al-Qur'an dengan cara menghina seperti menggantung dan menunggunya berpusing.

9. Tidak boleh meninggalkan ibadat wajib seperti sembahyang lima waktu dan puasa di bulan Ramadhan

10. Tidak menggunakan kaedah 'menurun' seperti memanggil roh simati.

*dipetik dari web soaljawap JAKIM

Tiada ulasan: