ADAB BERHARI RAYA
1] Bertakbir; bermula bila terbenam matahari di akhir Ramadhan hingga sampai waktu solat Hari Raya. Takbir terbahagi 2:- [1] Takbir Mursal; disunat setiap masa tanpa mengira tempat di rumah, dimasjid dan di mana-mana. [2] Takbir Muqaiyad; disunat tiap waktu selepas shalat. (hari raya Qurban). Rasulullah s.a.w bersabda."Hiasilah kedua hari raya dengan takbir, tahlil, tahmid dan taqdis."
2] Mandi sunat Hari Raya, menghiasi diri, pakaian elok/bersih, memakai bau-bauan.
3] Keluar ke tempat solat melalui satu jalan dan balik ikut jalan lain, Abu Hurairah meriwayatkan adalah Nabi s.a.w menyuruh keluar ke tempat solat semuanya, termasuklah kanak-kanak dan gadis-gadis - riwayat Muslim.
4] Adalah disunatkan solat di kawasan lapang.
5] Disunat melambatkan sedikit solat, disunat bersarapan terlebih dahulu.
6] Bersolat 2 rakaat solat hari raya, hukumnya sunat muakad.
7] Bermaaf-maafan, ziarah mengziarahi.
KESILAPAN DI HARI RAYA
1] Sentuhan ; Berjabat tangan lelaki dan wanita secara meluas ketika berziarah rumah jiran dan rakan.
2) Aurat & Ipar ; Ipar duai yang tidak menjaga aurat di antara satu sama lain ketika berada di dalam rumah. Seperti adik ipar perempuan tidak menutup aurat di rumah sedangkan abang iparnya berada di rumah. Termasuk juga, tidur secara terbuka di ruang tamu tanpa menutup aurat, sehingga membolehkan abang ipar atau adik ipar lelaki melihat aurat yang terdedah.
3) Wangian Wanita ; Kaum wanita memakai wangian dan solekan ala artis di musim perayaan lalu keluar dari rumah mendedahkan diri mereka kepada lelaki bukan mahram.
4) Pakaian Wanita ; Pakaian yang mendedahkan susuk tubuh dengan sempit dan nipisnya lalu bertandang ke khalayak ramai.
5) Kubur ; Berkumpul lelaki perempuan duduk di atas kubur dengan alasan untuk membaca Yasin. Larangan ini disebut jelas di dalam mazhab Syafie sebagai dihurai oleh Imam Khatib As-Syarbini, malah bersandar kepadanya juga dilarang ( Mughni Al-Muhtaj, 1/354 ; Minhaj at-Tolibin)
6) Meninggalkan solat ; kerana terlalu sibuk beraya di sana sini.
7) Dosa kembali ; Kembali melakukan dosa yang ditinggalkan semasa di bulan Ramadhan. Syawal dijadikan tempat lambakan maksiat berdating, bersyahwat melalui telefon, berpesta maksiat dan lain-lain.
semoga hari raya tahun ini memberi seribu makna...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan