30 Ogos 2010

Lailatul Qadar


Sebab dikurniakan Lailatul Qadar menurut beberapa hadis, iaitu Rasulullah s.a.w pernah memikirkan tentang umur umatnya yang pendek jika dibandingkan dengan umat-umat terdahulu, maka baginda berduka cita kerana jika umat ini ingin berlumba-lumba dalam mengerjakan pengibatan kepada Allah dengan umat dahulu, maka mustahillah dapat menandinginya lantaran pendeknya umur mereka. Maka dengan rahmat Allah Ta'ala dikurniakan malam keberkatan ini. Ini bermakna beribadat padanya mendapat pahala seribu bulan (83 tahun) malah lebih lagi.

Aisyah r.a meriwayatkan Rasulullah s.a.w bersabda:"Carilah lailatulqadar pada malam-malam yang ganjil pada 10 hari akhir bulan Ramadan." Hadis Bukhari. Malam itu ialah malam ke 21,23,25,27 & 29 [malam 31 ogos, 02, 04, 06, 08 sept. 2010]

Pada malam itu Malaikat Jibrail bersama sekumpulan malaikat akan turun ke dunia, lalu memohon rahmat ke atas hamba Allah yg mereka lihat sedang beribadat - riwayat Anas r.a. Bagaimanapun rumah tertentu tidak di masuki Malaikat iaitu yang ada anjing/babi di dalamnya, rumah penzina, dan rumah yg ada patung-patung.

Tanda-tanda Lailatulqadar, malam itu berkeadaan sunyi penuh ketenangan, bercahaya tidak panas dan tidak pula sejuk, seolah-olah bulan yang memancar terang, keadaan itu kekal hingga ke subuh. Pada waktu paginya matahari naik tanpa pancaran cahaya [mendung], muncul seolah bulan purnama penuh.

Aisyah r.a meriwayat:"Daku berkata, Wahai Rasulullah s.a.w sekiranya daku bertemu dgn lailatuqadar, apakah doa yg perluku baca.? Rasulullah s.a.w bersabda: Katakanlah",:
"Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampun, maka ampunilah daku."

Digalakkan pada malam itu beribadah seperti solat tahajjud, solat mutlak, bertasbih, berzikir, bertakbir dan berselawat serta membaca al-Quran.

5

Tiada ulasan: