06 Julai 2010

Piala Dunia


Jerman dedah kerapuhan Maradona

Argentina tak pernah bangkit dalam 13 perlawanan di bawah bimbingan jurulatih itu

CAPE TOWN: Jurulatih Argentina, Diego Maradona, yang membuat pelbagai janji pada Piala Dunia, akhirnya mendapati pasukan itu menghadapi masalah yang sama semasa pusingan kelayakan Amerika Selatan.

Kemenangan Argentina dalam empat perlawanan, membuat jaringan pertama dalam semua pertemuan itu, menyembunyikan kerapuhan yang didedahkan Jerman ketika kekalahan besar 4-0 pada suku akhir, di Stadium, Green Point Sabtu lalu. Jentera serangan tidak mampu membantu mereka. Kenyataannya, dalam 13 perlawanan kompetitif di bawah bimbingan Maradona, Argentina tidak pernah bangkit semula selepas ketinggalan. Pemain terbaik FIFA, Lionel Messi, dilihat berpotensi sebagai pemain terkemuka di final, tetapi terus mengecewakan di posisi pemain tengah dalam setiap lima perlawanan Argentina.

Maradona yang sering bermain teka teki, dianggap bermain berseorangan ketika menjulang gelaran dunia yang kedua bagi Argentina di Mexico pada 1986.

“Kini adalah berbeza... saya rasa pemain dulu lebih banyak bermain untuk diri sendiri dan hari ini pemain lebih praktikal, lebih semangat berpasukan... itu ikutan terbaru,” kata Maradona. “Kami mempunyai pemain yang mahu menjulang pasukan di bahu mereka.”

Namun, Sabtu lalu, jurulatih Jerman, Joachim Loew menjawab taktik Maradona.
“Argentina satu pasukan yang dibahagikan antara pertahanan dan serangan. Itu adalah kunci bagi mengawal pemain tengah dan daripada situ kami mencipta kejayaan,” kata Loew, yang sebaya dengan Maradona, tidak sama taraf sebagai pemain tetapi jelas lebih bagus sebagai seorang jurulatih. - Reuters - Petikan dari

www.bharian.com.my/bharian/articles/JermandedahkerapuhanMaradona/Article

Tiada ulasan: