Daging kambing berbau hamis, kerana mempunyai kadar hormom mengawan (membiak) yang tinggi. Terutama bagi kambing yang telah matang. Ini kerana, kita selalu sembelih kambing yang berumur 2 tahun dan ke atas (untuk aqiqah & korban)
Kambing yang dibiarkan bercampur-gaul jantan betina juga akan menyebabkan kadar hormannya tinggi. Ini akan menyebabkan bau hamis. Jadi sebelum sembelih asingkan kambing tadi beberapa hari sebelum sembelih. Atau sembelih kambing muda berumur 8 bulan ke bawah (contohi orang Arab yang suka kambing muda)
Menurut kajian penggunaan daging kambing seluruh dunia paling tinggi 64% berbanding daging lain. Harga daging kambing sekitar rm 35 sekilo kerana permintaan tinggi (daging biri-biri rm 25 sekilo)
Kandungan Kolestrol (mg), Kalori, Lemak, Protin (gm),
Kambing 63.8, 122, 2.6, 23
Ayam 76, 162, 6.3, 25,
Lembu 73.1, 179, 7.9, 25,
Biri-biri 78.2, 175, 8.1, 78.2,
Keadaan pening kepala selepas memakan daging kambing adalah kerana memakan daging kambing berumur 2 tahun ke atas, kerana kandungan kolestrol kambing tua memang tinggi..
Sumber:-
JABATAN PERKHIDMATAN VETERINAR
Kementerian Pertanian Dan Industri Asas Tani
Blok Podium, Wisma Tani, Lot 4G1, Presint 4,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62630 Putrajaya, Malaysia
Tiada ulasan:
Catat Ulasan