14 Jun 2009

Ramadan kemuncak El Nino


Kali ini ujian sebenar Ramadan menyamai saudara seagama di bumi gersang Asia Barat.

Apa tidaknya, Jabatan Meteorologi Malaysia pada Selasa lalu meramalkan negara mungkin mengalami fenomena itu ekoran cuaca panas kering. Ia berikutan tiupan angin Monsun Barat Daya yang dijadual berlaku sehingga akhir September depan.

El Nino dikatakan tanpa disedari sudah terbentuk namun kekuatannya cuma dapat dikenal pasti mulai Ogos ini. Justeru Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar merangka beberapa langkah awal bagi mengurangkan kesan fenomena itu.

“Ironi tidak jelas apakah tindakan dilakukan pihak berkuasa termasuk mengekang aktiviti pembakaran terbuka yang meningkatkan jerebu. Adakah membakar sate secara terbuka untuk dijual juga dilarang?,” soal Mohd. Nizam Mahshar.

Koordinator Sahabat Alam Malaysia (SAM) itu ketika dihubungi bagaimanapun mempersoalkan kurangnya persediaan bagi menghadapi El Nino. Ini kerana fenomena itu bukan cuaca luar biasa malah selalu berulang pada setiap empat tahun.

Malangnya, kita seperti tidak belajar daripada sejarah dan ia dapat dilihat ketika kejadian El Nino terburuk berlaku pada 1982, 1983, 1997 dan 1998. Waktu itu, negara teruk dilanda jerebu dan lebih parah, mengalami kekurangan bekalan air mentah.
** sumber Kosmo online


5

2 ulasan:

MrsNor berkata...

Salam
Ujian besar sungguh ramdan tahun ini.. tapi ambo dah biasa sambut ramadan musim panas masa kat USA..Alhamdulillah selagi kita ikhlas puasa kerana Allah, panas terik tidak melemahkan kita..

ramda berkata...

bagi kita yg dok kijo berat ni takpo..bagi buruh binaan, petani dan seumpamanya lagu mana kesian dio...