22 Jun 2009

Iran Bergolak


TEHERAN: 22 Jun 2009: Media Iran melaporkan 13 lagi terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan, semalam.

Keseluruhan, sekurang-kurangnya 20 orang terkorban akibat rusuhan sejak seminggu yang lalu.

Stesen televisyen Press TV mendakwa, 13 mangsa yang dilabel sebagai pengganas terbunuh dalam pertempuran antara penunjuk perasaan yang membantah keputusan pilihan raya 12 Jun lalu dengan polis yang bersenjata cota, gas pemedih mata dan pancutan air.
kebanyakkan negara Islam sekarang ni sedang bergolak...perbalahan sesama sendiri...!!


Media turut melaporkan 100 yang lain cedera dalam rusuhan semalam tapi memetik timbalan ketua polis Iran yang menegaskan tiada peluru hidup ditembak dalam usaha membubarkan tunjuk perasaan yang berlaku.
Siapa yang untung dan bersorak gembira..?
BAITULMAQDIS: Presiden Israel, Shimon Peres memuji keberanian penunjuuk perasaan dan berharap rusuhan di Iran akan menamatkan era kepimpinan semasa republik Islam itu.

Peres turut mendesak golongan muda Iran supaya lantang bersuara demi memperoleh kebebasan.

“Saya harap kerajaan Iran yang tidak berkarisma ini akan lenyap akibat usaha yang mereka laksanakan ini,” katanya di hadapan warga Yahudi. - AFP




Dua stesen minyak turut dibakar penunjuk perasaan yang menyokong calon Presiden, Mir Hossein Mousavi.

Sementara itu, Menteri Luar Iran, Manouchehr Mottaki menyelar Britain, Perancis dan Jerman kerana mempersoal kesahihan kemenangan Presiden Mahmoud Ahmadinejad.

“Perancis melakukan perbuatan yang tidak adil manakala Britain sentiasa cuba menimbulkan masalah dalam hubungan dengan Iran,” katanya.

Kumpulan hak asasi manusia, Amnesty International memberi amaran jumlah korban sukar untuk disahkan.
Siapa akan peduli, malah Barat & Yahudi begitu senang hati


Kumpulan Kempen Hak Asasi Warga Iran yang beribu pejabat di New York pula mendakwa ada di antara mangsa yang cedera parah ditahan pihak berkuasa.

“Pengurusan hospital diminta melaporkan pesakit yang cedera akibat rusuhan memaksa sesetengahnya berlindung di kedutaan asing,” dakwa Hadi Ghaemi. - Agensi
dipetik dr Harian Metro

Tiada ulasan: