25 Mac 2009

Kereta berasap

Asap kebiruan dan sedikit, bermakna proses pembakaran sempurna, jika kekuningan atau coklat, menandakan campuran petrol yang masuk dalam sistem pembakaran terlalu sedikit.

Asap putih kebiruan , kemungkinan besar minyak pelincir turut terbakar. Ia berpunca dengan kerosakan omboh, gelang omboh, dinding silinder & injap akibat kekurangan pelincir yang menyebabkan geseran, pemilik tidak perlu bimbang kerana kenderaan masih boleh digunakan, hanya perlu menambah minyak pelincir apabila berkurangan. Sabagai penyelesaian lakukan baik pulih pada enjin atau mengganti terus enjin berkenaan dengan enjin terpakai atau 're-cond.' (kos lebih murah dari menganti hanya kompenan-kompenan berkenaan sahaja)

Asap hitam berpunca daripada campuran petrol lebih tinggi dalam udara. kenderaan akan terasa lebih berat dan lambat memecut. Periksa penapis udara, jika perlu tukar kerana mungkin tersumbat disebabkan kotoran atau habuk pada bahagian injap udara dan karburator. Kebocoran gasket enjin turut menyebabkan minyak keluar dan terbakar sehingga mengeluarkan banyak asap serta mewujudkan ruang yang boleh dimasuki air ke ruang pembakaran minyak.

Asap putih disebabkan minyak pelincir berbeza dengan asap putih disebabkan campuran wap air, asap putih disebabkan pelincir, ia biasanya disebabkan masalah pembakaran dan berbau petrol.
Buat penyelarasan pada karburator atau sistem penalaan bagi memastikan kadar bahan api dan udara memasuki ruang pembakaran dengan betul.

Kerosakan atau penyelarasan karburator tidak tepat boleh menyebabkan kadar bahan api dan udara yang memasuki ruang pembakaran tidak seimbang, jika minyak berlebihan akan mengeluarkan asap hitam.



Tiada ulasan: