28 Februari 2009

Dividen Tabung Haji

Khamis 26/02/2009: Lembaga Tabung Haji semalam mengumumkan pengagihan dividen sebanyak

5 peratus

untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu, membabitkan pembayaran berjumlah RM906 juta.
Bagaimanapun, bagi tahun ini, tiada pengagihan dividen khas diberikan seperti dilakukan pada tahun lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata pembayaran dividen tahunan akan dimasukkan ke dalam akaun 4.7 juta penyimpan Tabung Haji mulai Ahad ini.
Sambil mengakui kadar dividen tahun ini masih tinggi, beliau berkata, pendapatan Tabung Haji menurun sebanyak RM344 juta pada 2008 berbanding pada tahun sebelumnya, disebabkan peningkatan kos pengurusan, termasuk terpaksa menanggung kos haji yang berjumlah RM75 juta.
"Tabung Haji mencatatkan pendapatan RM1.5 bilion pada 2008, jatuh 31 peratus berbanding pendapatan pada 2007.
"Keadaan ini disebabkan perolehan pendapatan lebih rendah daripada pelaburan ekuiti yang menjadi sumber terbesar pendapatan pada 2007, selain berdepan kemelesetan ekonomi global," katanya pada sidang media di sini.

Tahun lalu, Tabung Haji mengumumkan pembayaran dividen

7 peratus

, iaitu lima peratus dividen tahunan dan dua peratus dividen khas.

Ahmad Zahid berkata, bilangan penyimpan juga bertambah kepada 4.7 juta pada 2008 berbanding 4.4 juta pada tahun sebelumnya, sekali gus menyaksikan simpanan terkumpul Tabung Haji, masing-masing meningkat kepada RM19.7 bilion tahun lalu berbanding RM16 bilion pada 2007.
Mengulas lanjut, beliau berkata, sumber utama pendapatan Tabung Haji ialah daripada keuntungan dividen 39 peratus, keuntungan urus niaga saham (24 peratus); pelaburan pendapatan tetap (16 peratus); pasaran wang (13 peratus) dan pelaburan hartanah (lapan peratus).

Ahmad Zahid berkata, kos pengurusan Tabung Haji juga meningkat kepada RM402 juta pada 2008, berbanding RM323 juta tahun sebelumnya.

"Kos pengurusan yang meningkat ini sebahagian besarnya disebabkan oleh tanggungan kos haji berjumlah RM75 juta," katanya.

Zahid berkata, Tabung Haji memperuntukkan RM38 juta sebagai pembayaran zakat perniagaan tahun lalu berbanding RM37 juta pada tahun sebelumnya.

Sebahagian besar zakat berkenaan akan dibayar kepada Majlis Agama Islam Negeri atau pusat pungutan zakat negeri mengikut kadar simpanan terkumpul bagi negeri.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Tabung Haji akan mencari beberapa alternatif pelaburan baru pada tahun ini bagi menyeimbangkan pendapatan dengan kos pengurusan serta pengendalian operasi ketika ini.

2 ulasan:

Calipso berkata...

Salam tuan rumah,

navigation menu atas buat macam ni bagi dia masuk dalam template (tambah
) dalam HTML code:

Blogger.Com

Muka Depan

Agama

Kamus

Quran Online</a

Yahoo Mail

Bank Islam

Blog Sunnah/a<>

Tambah atau kurangkan 50px padding tu bagi menu tu masuk semua dalam template. jangan lupa tutup div tu di bawah...

ramda berkata...

terima kasih...kerana sudi ulas..!