05 Januari 2009

Banjir

"Salam Sejahtera..."

KOTA BHARU - Persiapan memulakan sesi persekolahan membabitkan 30,000 pelajar dari 38 sekolah di Kelantan, terjejas apabila semua sekolah tersebut ditutup atas sebab keselamatan kerana paras air banjir meningkat sejak awal pagi semalam.
Arahan kepada kesemua pentadbir sekolah dikeluarkan sejurus sebelum sekolah dibuka, mengakibatkan ada pelajar, ibu bapa dan guru-guru sendiri terpinga-pinga apabila pintu pagar sekolah ditutup.
Ada antara sekolah tersebut ditenggelami air sedalam satu meter.
Pengarah Pelajaran Kelantan, Mohd. Ghazali Ab. Rahman berkata, enam daerah terjejas akibat banjir ialah Pasir Mas, Rantau Panjang, Tumpat, Kuala Krai, Kota Bharu dan Tanah Merah.
"Hujan sejak beberapa hari lalu telah menyebabkan kawasan sekolah dinaiki air dan tidak dapat beroperasi seperti biasa,'' katanya di sini semalam.
Seramai 400,000 pelajar sepatutnya memulakan sesi persekolahan di Kelantan semalam membabitkan 415 sekolah rendah dan 155 sekolah menengah.
Mohd. Ghazali berkata, kesemua Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) di 10 daerah seluruh negeri telah bermesyuarat pagi semalam selepas kebanyakan sekolah mula dinaiki air bermula pukul 4 pagi.
"Pembukaan semula sekolah-sekolah terbabit bergantung kepada keputusan hasil mesyuarat PPD masing-masing yang akan dibuat selepas air surut,'' katanya.

Tiada ulasan: