22 Disember 2008

Ladang Teh


"Salam Sejahtera..."

Sungai Palas Boh Estate adalah satu lagi estate syarikat Boh selain dari estate Boh yang terletak di Habu, iaitu selepas Ringlet menuju ke Tanah Rata. Sungai Palas Boh Estate adalah ladang teh, kilang untuk lawatan dan kafeteria moden untuk relik sambil menikmati minuman teh, kopi dan snek roti, sama yang terdapat di Habu.

Pelawat harus menggunakan jalan sehala sama ke Gunung Brinchang. Jalan masuk bermula di jalan besar Brinchang-Tringkap menuju ke Taman Ros (Ros Garden) dekat dengan hadapan Equatorial Hotel. Jalan ini adalah sekat dan berbelok-belok. Ikut tanda jalanraya dan cabang kedua ke Sungai Palas. Pelawat ke Gunung Brinchang juga akan dapat menikmati pandangan menarik dari menara mikro. Akhir kata, macam-macam pun ada.

1 ulasan:

Romli Daud berkata...

Tengahari tu makan dekat Pok Nik, sebelah masjid brinchang. Sedap gak, tapi slow, harga quite ok. Tak mahal sangat. Makan ikan bawal masak masam manis, peh tu sup tomyam, telur dadar, sayur kailan goreng ikan masin, untuk 4 orang, dan budak2 4 orang, nasik 6 pinggan, baru RM60/=. (air suam je la).

Peh tu kalo beli strawberry, better beli kat atas sikit dari pasar sayur tu, 3 paket sedang2 dapat RM18/ berbanding ngan kat pasar sayur 1 paket yang besar RM12. Sama gak cuma buah nya je besar2.. maybe sebab kira timbang kot.

Pergi kat Cactus Valley, yang atas sekali tu yang free admission. Masuk naik atas sekali parking kat atas, situ ada food court ala-ala mc donalds, tapi serve strawberry je la, bukan burger. Wafer strawberry, yogurt strawberry, kek cheese strawberry, teh strawberry.. dan ada tempat budak2 main (kete yg masuk duit syiling 50sen tu). Harga range RM5-rm10. Sambil menikmati keenakkan teh strawberry dan pemandangan cactus valley, kalo berdua mesti romantik. (situ ada tempat basuh tangan dan toilet, tu yg selesa tu).

Turun kat Tanah Rata, playground utk budak2 tu, ada batu buah-buahan, budak2 seronok main situ, cuaca tak panas sangat dan selesa. (almaklum, pergi ngan 4 kids kecik-kecik, memang hassle betul, so biarkan diorang main puas-puas kat situ).

Malam, pergi pasar malam, ada jual macam2 produk (teh, strawberry, keledek, soft toys, sarung tangan, baju sejuk, kasut, sandal.. dan banyak lagi). Paling best bawak budak2 naik ketapi hantu dalam fun fair, dan kasi diorang naik mainan kat funfair, sebab cuaca sejuk campur angin sejuk, bila naik ketapi tu rasa sejuk dan segar betul. Padahal funfair belambak kat KL, tak ingin lak nak pegi... sebab memandangkan panas dan bau enjin ketapi.