30 April 2013

Bahaya Istidraj...

Maksud Istidraj adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya.
Rasullulah s. a. w. bersabda :”Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat(durhaka),ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT.”(Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi)

Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah datang kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka. Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.

 Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Ada yang susah juga. Kenapa? Dan bagaimana pula orang yang seumur hidup tak sembahyang, puasa pun tak pernah, rumahnya tersergam indah, kereta mewah menjalar, duit banyak, dia boleh hidup kaya dan mewah. Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka. Rasullulah s. a. w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong, Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong! Secantik-cantik Nabi Yusof dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah. Manusia istidraj – Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat maksiat, dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina kepada orang yang beramal. “Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah.
Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong.” Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya.
 Rasullulah s. a. w bersabda: “Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya” (Kitab Nasaibul’Ibad) Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat(sayap), dia akan cuba melawan api. Begitu juga manusia, bila mendapat nikmat, cuba hendak melawan Allah swt.
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati, namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan. Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.
Namrud, yang cuba membakar Nabi Ibrahim. Betapa besar pangkat Namrud? Dia begitu sombong dengan Allah, akhirnya menemui ajalnya hanya disebabkan seekor nyamuk masuk ke dalam lubang hidungnya.
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya, jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya, akhirnya binasa juga.
Jadi, jika kita kaji dan fikir betul-betul, maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya.
 Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya? Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah. Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah? Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.

dipetik dari peribadirasulullah.wordpress.com sini

24 Februari 2013

Berat Badan

Bagaimana mengetahui status berat badan saya? Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan sama ada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut:-
 IJT = Berat ( kilogram ) bahagi Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

Jika IJT anda (k g / m 2 )
 Kurang 18.5  Kekurangan berat  badan.
18.5 - 24.9     Normal
25 - 30           Berlebihan berat bad a n
30 atau lebih   Obes

Apa itu berat badan yang sihat? 
Jika nilai IJT anda adalah di antara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan
anda adalah normal.

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?
Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi
kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat
penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti
juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat,
pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada
pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin
mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.


Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?


Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :


- Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
- Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia.
- Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat
badan. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat
badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres. Untuk pengurusan berat
badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit
sehari (4 – 5 kali sehari). Jangka masa yang pendek dibenarkan tetapi sekurang-kurangnya 30
minit sehari.

Apa itu kurang berat badan? Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2. Apakah penyebab kurang berat badan? Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah : baca selanjutnya sini

11 Ogos 2012

Hotel halal di Kelantan

Rakyat Malaysia semakin hari semakin peka dalam mencari status halal bagi

sesebuah premis. Walaupun kebanyakan premis didapati memiliki logo halal, tetapi para pengguna haruslah mengambil langkah berhati-hati dengan memeriksa status halal premis berkenaan dengan pihak JAKIM.

Kini, bagi memudahkan pengguna, JAKIM memberikan senarai hotel & resort yang memiliki sijil halal yang diiktiraf oleh JAKIM, JAIN, MAIN, dan HDC.

Di negeri kelantan terdapat 14 hotel yang tersenarai di laman web JAKIM, bagaimanapun cuma 6 buah hotel sahaja (SUTERA INN PRIMA, NEW PACIFIC HOTEL, NEW HORIZON GARDEN RESTAURANT, KESEDAR INN SDN BHD, JUITA PREMIER HOTEL, GUEST HOUSE Jln Hilir Kota) yang masih sah sijil halalnya manakala yang lain telah tamat tempohnya.

Menurut Pegawai JAKIM pemilikan sijil halal adalah bersifat sukarela tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan ke atas premis yang tidak meletakkan tanda sijil halal. Kecuali tanda halal diletakkan untuk tujuan menipu.

TALIAN BEBAS TOL Bahagian Hab Halal, Jakim (1800 2222 44) semak di sini

21 Julai 2012

Basahi lidah

Selalulah basahi lidah kita dengan berzikir dan bertasbih kepada Allah swt..

04 Jun 2012

DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN

DINAR DAN DIRHAM SEBAGAI MAHAR PERKAHWINAN ADALAH
SUNNAH NABI MUHAMMAD S.A.W

Mahar perkahwinan Nabi Muhammad S.A.W kepada Aishah r.a adalah sebanyak 500 Dirham Perak. Manakala Habibah binti Ramlah dinikahi Nabi Muhammad S.A.W dengan sebanyak 500 Dinar Emas.

 Dari Anas bin Malik ra. katanya, Rasulullah SAW:- Hai anakku! Itulah perjalananku (sunnahku), dan barangsiapa yang menyukai sunnahku, maka dia telah menyukaiku, dan barangsiapa yang menyukaiku, dia akan berada denganku di dalam syurga! ' (Riwayat Tarmidzi) dipetik dari sini

Kecemasan

Tahukah kita.? kes kecemasan adalah satu keadaan penyakit atau kecederaan yang boleh mengancam nyawa atau menyebabkan kecacatan sekiranya tidak diberikan rawatan segera.
Antara kes-kes kecemasan adalah:-
* pendarah tidak berhenti
* kes kemalangan
* kecederaan kepala atau bahagian tulang belakang
* hampir lemas
* serangan asma
* kesukaran bernafas
* tercekik
* serangan jantung
* lemah anggota badan secara tiba-tiba, terganggu pertuturan atau disyaki angin ahmar (stroke)
* pertukarang tingkah laku secara mengejut atau keliru
* pengsan
* pendarahan bagi wanita hamil
* pendarahan yang banyak selepas bersalin
* dipatuk ular atau disengat serangga berbisa
* luka yang dalam dan besar
* kepatahan atau terkehel tulang
* terbabar atau melecur yang teruk atau hampir lemas akibat terhidu asap
* sawam
* keracunan (makanan, ubatan atau racun)
* sakit teruk dan berterusan pada mana-mana bahagian badan
* perasaan atau percubaan bunuh diri
* keletihan yang teruk akibat muntah atau cirit birit
* kecederaan mata
* kabur penglihatan secara tiba-tiba
* alahan yang teruk
 Tip-tip mengendalikan kecemasan:- 
* jangan panik jika berlaku kecemasan
* beri rawatan asas sekiranya tahu dan bawa pesakit ke hospital atau klinik dengan segera. jika tidak tunggu sehingga bantuan tiba.
* sementara menunggu rawatan tiba elakkan mengerumuni pesakit. pastikan persekitaran selamat dan selesa. Kes pendarahan 
* Sekiranya berlaku pendarahan akibat kemalangan, balut dan tekan tempat pendarahan dengan kain yang bersih. elakkan diri anda daripada terkena darah pesakit.
 Kes pengsan 
* Bagi pesakit yang pengsan, pastikan persekitaran selamat dan baringkan pesakit secara mengiring.
Kes sawan 
* Sekiranya seseorang diserang sawan dan persekitarannya berbahaya, pindahkan pesakit ke tempat yang selamat, baringkan secara mengiring. Hindari memasukkan sebarang objek ke dalam mulut pesakit. 5