"Dan hendaklah ada diantara kamu satu puak yg menyeru kepada kebajikan dan menyuruh berbuat segala perkara yg baik serta melarang daripada segala yg salah. Dan mereka yg demikian ialah orang yg berjaya". Surah Ali Imran : ayat 104
Tahukah kita.? kes kecemasan adalah satu keadaan penyakit atau kecederaan yang boleh mengancam nyawa atau menyebabkan kecacatan sekiranya tidak diberikan rawatan segera. Antara kes-kes kecemasan adalah:-
* pendarah tidak berhenti
* kes kemalangan
* kecederaan kepala atau bahagian tulang belakang
* hampir lemas
* serangan asma
* kesukaran bernafas
* tercekik
* serangan jantung
* lemah anggota badan secara tiba-tiba, terganggu pertuturan atau disyaki angin ahmar (stroke)
* pertukarang tingkah laku secara mengejut atau keliru
* pengsan
* pendarahan bagi wanita hamil
* pendarahan yang banyak selepas bersalin
* dipatuk ular atau disengat serangga berbisa
* luka yang dalam dan besar
* kepatahan atau terkehel tulang
* terbabar atau melecur yang teruk atau hampir lemas akibat terhidu asap
* sawam
* keracunan (makanan, ubatan atau racun)
* sakit teruk dan berterusan pada mana-mana bahagian badan
* perasaan atau percubaan bunuh diri
* keletihan yang teruk akibat muntah atau cirit birit
* kecederaan mata
* kabur penglihatan secara tiba-tiba
* alahan yang teruk Tip-tip mengendalikan kecemasan:-
* jangan panik jika berlaku kecemasan
* beri rawatan asas sekiranya tahu dan bawa pesakit ke hospital atau klinik dengan segera. jika tidak tunggu sehingga bantuan tiba.
* sementara menunggu rawatan tiba elakkan mengerumuni pesakit. pastikan persekitaran selamat dan selesa.
Kes pendarahan
* Sekiranya berlaku pendarahan akibat kemalangan, balut dan tekan tempat pendarahan dengan kain yang bersih. elakkan diri anda daripada terkena darah pesakit. Kes pengsan
* Bagi pesakit yang pengsan, pastikan persekitaran selamat dan baringkan pesakit secara mengiring. Kes sawan
* Sekiranya seseorang diserang sawan dan persekitarannya berbahaya, pindahkan pesakit ke tempat yang selamat, baringkan secara mengiring. Hindari memasukkan sebarang objek ke dalam mulut pesakit.
5
Anak Tak Sah Taraf ialah:- (i) Anak yang dilahirkan di luar nikah iaitu sama ada hasil daripada zina atau rogol; (ii) Anak yang dilahirkan kurang 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan dia bukan hasil daripada persetubuhan Syubhah; dan (iii) Anak yang dilahirkan lebih dari 6 bulan 2 lahzah Qamariah dari waktu akad nikah dan ada bukti dari segi syarak bahawa anak tersebut ialah anak luar nikah melalui iqrar (pengakuan) mereka yang berkenaan (suami dan isteri tersebut atau salah seorang daripadanya), atau 4 orang saksi yang memenuhi syarat-syarat mengikut hukum syarak.
Keterangan/Hujah:
• Pensabitan nasab kanak-kanak hendaklah mengikut kaedah-kaedah yang telah ditetapkan oleh hukum syara` sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu `alayhi wasallam:
اَلْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ .
Maksudnya:
“Anak itu bagi siapa yang menggauli ibunya (dalam nikah yang sah).”
(Riwayat Jama`ah melainkan Tirmizi)
• Menurut Imam Nawawi, maksud hadith di atas ialah jika seseorang lelaki itu mempunyai isteri atau hamba, maka dia seolah-olah menjadi hamparan tempat tidurnya ( فراش ). Apabila perempuan tersebut melahirkan anak bagi suatu tempoh yang memungkinkan anak itu wujud, maka anak itu disabitkan menjadi anaknya dan hak bagi lelaki berkenaan. Dengan itu, berjalanlah antara mereka hukum pewarisan dan hukum-hakam yang lain.
• Terdapat tiga syarat penting yang perlu dipenuhi dalam menasabkan anak yang lahir hasil daripada pernikahan yang sah iaitu:
1. Ada kemungkinan anak tersebut adalah daripada suami berkenaan, maknanya suami adalah orang yang mempunyai faktor-faktor yang boleh menyebabkan kehamilan isterinya seperti tidak lemah syahwat yang menyebabkan dia tidak mampu menyetubuhi isteri atau dia mandul atau sebab-sebab lain yang boleh menafikan anak itu daripada suami berkenaan.
2. Suami tidak menafikan nasab anak itu daripadanya melalui proses li`an.
3. Isteri melahirkan anak berkenaan dalam tempoh mengandung yang minimum.
• Para ulama’ telah bersepakat menetapkan bahawa tempoh minimum seseorang wanita itu hamil dan melahirkan anak ialah enam bulan. Penentuan tempoh enam bulan tersebut adalah berdasarkan maksud dua ayat Al-Qur'an yang menerangkan tentang masa hamil (tempoh mengandung) dan penyusuan.....baca lagi ..klik sumber...
Wanita diserang sakit jantung ambil lapan liter minuman ringan setiap hari
WELLINGTON: Minum lapan liter minuman ringan setiap hari membawa padah kepada seorang wanita New Zealand kerana tabiat itu menjadi punca kematiannya disebabkan pengambilan air minuman berkenaan pada kadar itu adalah keterlaluan dan berlebihan.
Suri rumah dan ibu kepada lapan cahaya mata, Natasha Harris, 30, dari Invercargill, mati akibat serangan jantung pada Februari 2010.
Tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.
Fairfax Media melaporkan pakar patologi, Dr Dan Mornin, memberi keterangan dalam siasatan rasmi kelmarin bahawa wanita itu mungkin mengalami hipokalemia atau kadar potassium rendah disebabkan pengambilan berlebihan Coca Cola dan tabiat pemakanan tidak sihat.
Tanda hipokalemia termasuk degupan jantung tidak normal, menurut Institut Kesihatan Nasional Amerika Syarikat.
Mornin berkata, tahap toksid terlalu tinggi dalam kafein, unsur rangsangan yang ditemui dalam Coke, mungkin menyumbang kepada kematiannya.
Pasangan Natasha, Chris Hodgkinson, memberi keterangan bahawa wanita itu minum antara lapan dan 10 liter Coke sehari.
“Perkara pertama yang akan dilakukannya di waktu pagi ialah minum Coke yang diletak di tepi katilnya dan perkara terakhir sebelum tidur ialah minum Coke. Dia ketagih Coke,” katanya.
Hodgkinson turut berkata, Natasha hanya makan sedikit dan merokok 30 batang rokok sehari. Beberapa bulan sebelum kematiannya, Natasha turut mengalami masalah tekanan darah dan kurang tenaga.
Beliau berkata, pada pagi hari kematiannya, Natasha membantu anaknya bersiap ke sekolah apabila rebah. Beliau menghubungi perkhidmatan kecemasan dan cuba melakukan bantuan pernafasan mulut ke mulut tetapi gagal menyedarkannya.
Seorang lagi pakar, Dr Martin Sage, dalam keterangan itu berkata ‘jelas pengambilan jangka panjang atau singkat minuman ringan cola boleh menyebabkan simptom yang dramatik dan ada andaian kukuh bahawa ia boleh membawa kematian dalam kes tertentu.
Siasatan rasmi kes Harris diadakan kerana kematiannya yang luar biasa atau tidak boleh dijelaskan dengan mudah selain boleh membantu membentuk dasar kesihatan masa depan di New Zealand.
Disebabkan bukti kes sudah lengkap, pejabat koroner akan mengumpul dan mengeluarkan laporan akhir kematian itu.
Dalam satu temuramah dengan Associated Press, pakar pemakanan di Universiti Otago, Lisa Te Morenga, berkata sebarang pengambilan berlebihan apa juga bentuk cecair dalam cuaca sejuk berkemungkinan merosakkan sistem keseimbangan dan semula jadi badan.
Jurucakap Coca Cola Oceania, Karen Thompson, berkata produknya selamat.
“Kami bersetuju dengan maklumat yang dikongsi oleh pejabat koroner yang mengambil secara berlebihan sebarang jenis produk makanan termasuk air, dalam tempoh singkat dengan kekurangan bahan berkhasiat dan gagal mendapatkan bantuan perubatan, boleh membawa petanda dramatik,” katanya. - AP.
sumber
Pertama:
Syirik iaitu mempersekutukan Allah . Firman Allah swt:
] إِنَّهُ ُ مَنْ يُشْرِكْ بِاللَّهِ فَقَدْ حَرَّمَ اللَّهُ عَلَيْهِ الْجَنَّةَ وَمَأْوَاهُ النَّارُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنْصَارٍ [ (المائدة: 72)
“Sesungguhnya sesiapa yang mempersekutukan Allah, nescaya Allah, mengharamkan Syurga baginya dan tempat tinggalnya (kelak) adalah neraka, dan tiada penolong bagi orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 72)
Contohnya : Meminta doa dan pertolongan dari orang yang telah mati, bernazar dan menyembelih korban kepada mereka.
Kedua:
Menjadikan sesuatu sebagai perantara di antara dirinya dengan Allah, meminta doa dan syafaat serta berserah diri (tawakkal) kepada perantara itu. Orang yang melakukan perkara tersebut, menurut kesepakatan (ijma’) ulama’ adalah kafir.
Ketiga:
Tidak mengkafirkan orang musyrik atau ragu-ragu terhadap kekufuran mereka atau membenarkan fahaman mereka. Dengan melakukan demikian, ia telah kafir.
Keempat:
Berkeyakinan bahawa petunjuk yang lain daripada petunjuk Nabi saw adalah lebih sempurna atau berkeyakinan bahawa hukuman yang lain daripada hukuman Nabi saw lebih baik seperti mereka yang mengutamakan peraturan thaghut (peraturan manusia yang melampaui batas dan menyimpang dari hukum Allah) dan mengenepikan hukum Rasulullah saw. Maka orang yang berkeyakinan seperti itu adalah kafir. Contohnya :-
a-Berkeyakinan bahawa peraturan atau perundangan yang dibuat oleh manusia lebih utama daripada Syariat Islam; atau perundangan Islam tidak sesuai dilaksanakan di abad ini.
• atau Islam adalah sebab kemunduran kaum muslimin.
• atau Islam hanya mengatur hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja dan bukan urusan kehidupan dunia.
b-Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah swt dalam perkara hukum hudud seperti memotong tangan pencuri dan merejam penzina yang telah berkahwin (muhsan) tidak sesuai lagi pada masa kini.
c- Berkeyakinan bahawa dibolehkan untuk mengamalkan perundangan yang lain daripada syariat yang diturunkan oleh Allah swt samada dalam hukum mu’amalat (perdagangan) atau dalam melaksanakan hukum hudud (jenayah) atau lainnya sekalipun tidak disertai dengan keyakinan bahawa hukum-hukum tersebut lebih utama daripada Syariat Islam, kerana dengan sedemikian ia telah menghalalkan perkara yang diharamkan oleh Allah menurut ijma’ ulama.
Setiap orang yang menghalalkan perkara yang sudah jelas dan tegas diharamkan oleh Allah swt dalam agama seperti zina, arak, riba dan melaksanakan perundangan yang lain dari syariat Islam adalah kafir menurut kesepakatan umat Islam (ijma’).
Kelima:
Membenci sesuatu yang telah ditetapkan oleh Rasulullah r sebagai syariat walaupun ia mengamalkannya. Dengan melakukan demikian, ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah:
] ذَلِكَ بِأَنَّهُمْ كَرِهُوا مَا أَنْزَلَ اللَّهُ فَأَحْبَطَ أَعْمَالَهُمْ [
“Demikian itu adalah kerana mereka benci terhadap sesuatu yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal perbuatan mereka”. (Muhammad: 9)
Keenam: Mempersendakan Allah swt atau kitab-Nya atau Rasulullah r atau sesuatu daripada ajaran agama, maka ia telah menjadi kafir, kerana firman Allah swt:
] قُلْ أَبِاللَّهِ وَآَيَاتِهِ وَرَسُولِهِ كُنْتُمْ تَسْتَهْزِئُونَ (65) لا تَعْتَذِرُوا قَدْ كَفَرْتُمْ بَعْدَ إِيمَانِكُمْ [ (التوبة: 65-66)
“Katakanlah (wahai Muhammad): Adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya serta Rasul-Nya kamu sekelian memperolok-olok main? Tiada ertinya kamu meminta maaf kerana kamu telah kafir setelah beriman”. (At-Taubah: 65-66)
Ketujuh:
Sihir, di antaranya ilmu guna-guna (sarf), iaitu mengubah kecintaan seorang suami terhadap isterinya menjadi benci dan ilmu pengasih, iaitu menjadikan seseorang mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara-cara syaitan. Mereka yang mengamalkan sihir atau rela dengannya adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَا يُعَلِّمَانِ مِنْ أَحَدٍ حَتَّى يَقُولا إِنَّمَا نَحْنُ فِتْنَةٌ فَلا تَكْفُرْ [ (البقرة: 102)
“Sedangkan kedua-dua malaikat itu tidak mengajarkan (suatu sihir) kepada sesiapa pun sebelum mengatakan: sesungguhnya kami hanya cubaan bagimu, oleh itu janganlah kamu menjadi kafir”. (Al-Baqarah: 102)
Kelapan:
Membantu dan menolong orang musyrikin untuk memusuhi kaum muslimin kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَتَوَلَّهُمْ مِنْكُمْ فَإِنَّهُ مِنْهُمْ إِنَّ اللَّهَ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الظَّالِمِينَ[ (المائدة: 51)
“Dan barangsiapa di antara kamu yang mengambil mereka (Yahudi dan Nasrani) menjadi pemimpin, maka dia termasuk di dalam golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim”. (Al-Maidah: 51)
Kesembilan:
Berkeyakinan bahawa sesetengah individu diperbolehkan untuk tidak mengikuti syariat Muhammad saw. Orang yang berkeyakinan sedemikian adalah kafir kerana firman Allah swt:
] وَمَنْ يَبْتَغِ غَيْرَ الإِسْلامِ دِينًا فَلَنْ يُقْبَلَ مِنْهُ وَهُوَ فِي الآَخِرَةِ مِنَ الْخَاسِرِينَ [(آل عمران: 85)
“Dan sesiapa yang menghendaki selain Islam sebagai agama, maka tidak akan diterima agama itu darinya, dan di akhirat ia tergolong di kalangan orang-orang yang rugi”. (Aali Imran: 85).
Kesepuluh:
Berpaling daripada agama Allah swt atau perkara-perkara yang menjadi syarat sah sebagai muslim tanpa mempelajarinya dan tanpa melaksanakan ajarannya. Firman Allah swt:
] وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنْ ذُكِّرَ بِآَيَاتِ رَبِّهِ ثُمَّ أَعْرَضَ عَنْهَا إِنَّا مِنَ الْمُجْرِمِينَ مُنْتَقِمُونَ [ (السجدة: 22)
“Tiada yang lebih zalim daripada orang-orang yang telah mendapat peringatan melalui ayat-ayat Tuhannya kemudian ia berpaling daripadanya. Sesungguhnya kami akan menimpakan balasan kepada orang-orang yang berdosa”. (As-Sajadah: 22)
Firman Allah swt:
] وَالَّذِينَ كَفَرُوا عَمَّا أُنْذِرُوا مُعْرِضُونَ [(الأحقاف: 3)
“Dan orang-orang yang kafir berpaling daripada perkara yang diperingatkan kepada mereka”. (Al-Ahqaf: 3).
Dalam perkara yang membatalkan Islam ini, hukumnya tidak berbeza sama ada secara bergurau atau bersungguh-sungguh, sengaja melakukannya atau takut, kecuali apabila diancam dan dipaksa. Dari Buku: Panduan Untuk Jemaah Haji Dan Umrah Serta Pengunjung Masjid Rasul Saw.
27 Mac 2012
RIYADH: Seorang tukang jahit India di Arab Saudi yang disifatkan terlalu berani kerana menyentuh tangan seorang pelanggan wanita Arab yang disukainya berhadapan dengan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan.
Wanita itu dikatakan bertanyakan mengenai pakaian miliknya yang dijahit di kedai jahit berhampiran pelabuhan barat Laut Merah, Jeddah apabila lelaki terbabit menghampirinya.
Mangsa memberitahu polis bahawa lelaki berkenaan menyentuh tangannya dan mengundang beliau ke rumahnya, sambil menambah bahawa dia turut menawarkan sejumlah wang dan berkata mahu mengahwininya.
Pekerja yang tidak dinamakan itu pada mulanya menafikan dakwaan wanita itu dengan mengatakan bahawa laporan itu dibuat kerana marahkan tindakannya menangguhkan tempoh untuk menyiapkan pakaiannya.
Beliau memberitahu penyiasat bahawa beliau sering kali menyifatkan wanita itu sebagai adiknya dan mangsa menerima perasaan itu. Beliau bagaimanapun mengakui menyentuh tangan wanita itu dan menyatakan kesilapannya serta memohon maaf.
“Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara tujuh bulan dan 160 sebatan sepanjang empat sesi termasuk 40 sebatan setiap minggu. Dia juga perlu membuat satu pengakuan bertulis mengakui kesilapan dan berikrar untuk mematuhi cara yang betul dan menjauhi daripada melakukan sebarang kelakuan buruk,” lapor akhbar berbahasa Arab, Okaz.
Akhbar itu menyatakan bahawa mahkamah turut meringankan hukuman dan memutuskan untuk tidak menghantar pulang ke negara asal bagi membersihkan rekod polis. – Agensi
SHAH ALAM – Sejauh manakah ketulenan air zamzam yang dijual di negara kita? Adakah ia asli seperti mana air itu diperoleh dari telaga asalnya di Tanah Suci Makkah ataupun hanya air biasa yang dibotolkan dan dilabelkan sebagai air zamzam.
Mungkin kerana air ini mempunyai permintaan tinggi, kita tidak pernah terfikir lambakan jenama air zamzam yang bebas dijual pasar raya atau kedai runcit, kedai jual ubat tradisional dan kitab agama itu, sebenarnya tidak tulen.
Lantaran itu, Kerajaan Arab Saudi baru-baru ini melarang keras penjualan air zamzam secara meluas di pasaran dunia berikutan terdapat laporan penipuan melibatkan penjualan air berkenaan di beberapa negara Islam.. sumber-Sinar Harian 12 Mac 2012