16 Julai 2013

Bacaan Surah Solat

               BACAAN surah dalam solat hendaklah dibaca dengan tertib dan tartil serta dibezakan bacaan dengung suara antara sebutan rahmat dan sebutan azab, antara sebutan tahmid (memuji) dengan sebutan tamjid (memuliakan), antara sebutan wa'du (janji baik untuk yang taat) dengan wa'id (janji jahat untuk yang ingkar). Jika kita melakukan sedemikian, barulah solat kita dikatakan berbekas pada jiwa dan perasaan.

Begitu juga hendaklah kita berhenti (waqaf) pada tiap-tiap ayat, atau di tempat yang dipandang baik berhenti pada tempat itu. Mengenai soal memanjangkan atau memendekkan surah yang dibaca iaitu Rasulullah SAW kadang-kala membaca surah panjang, sederhana dan kadang-kadang pendek. Baginda SAW membaca bersesuaian dengan keadaan ketika itu.

Rasulullah SAW juga sentiasa membaca surah dari awal, tidak pernah Baginda memulakan bacaan pada pertengahan surah atau pada akhir surah. Baginda SAW kadang-kadang menghabiskan bacaan surah di pertengahan surah itu pada satu rakaat saja, dan kadang-kadang Baginda berhenti di pertengahan surah dan Baginda menamatkannya di rakaat kedua.

Tidak ada riwayat yang menyatakan Nabi SAW membaca satu atau dua atau tiga ayat daripada satu-satu surah, atau membaca akhir surah melainkan di solat sunat fajar (Subuh). Pada solat sunat fajar (Subuh), Nabi SAW membaca di rakaat pertama satu ayat pada surah al-Baqarah, iaitu ayat 136. Pada rakaat kedua sunat fajar (Subuh), Baginda membaca satu ayat pada surah Ali Imran ayat 64. baca lagi di sini

14 Julai 2013

Sokong Produk Melayu Bumiputra/Muslim..



Mi segera:
1.Saji Mee (Felda)
2.Agromas (Fama)
 3.Adabi 4.Faiza
Minyak:
1.Saji
2.Tiara
 3.Alif
4.Olife
5.Adela Sunflower/Canola
6.Cap Tiga Udang (Jenis Paket – Felda)

Perencah dan Rempah Ratus anak tempatan melayu jati bumiputera Islam:
1.Brahim's
2.Rasabonda
3.Faiza
4.Mak Siti
 5.Agromas
6.Ihsan & Son
7.Cap O
8.Peladang
9.Puteri Ayu
10.One
11.Sherwan
 12.Al-waqiah
13.HPA
14.Sernan
15.Supergh
16.Aween
 17.Suri
18.Iman's
19.Cap Bunga Ros
20.SY Foods
21.Seri Tanjung

Kicap/sos:
1.Tamin
2.Cap Kipas Udang Hablal's
3.Jalen
4.Mudim
5.Faiza
6.Agromas
7.Bumi Hijau

Susu Manis:
 1.Saji Susu Pekat
2.Saji Susu Cair
3.Alif Susu Pekat
4.Alif Susu Cair

Mayonis:
 1.SajiMayo

Tepung yang selamat digunakan dan tiada bahan peluntur clorox adalah:
1.Tepung Faiza
2.Tepung Cap Bidara
3.Tepung 1 Malaysia
4.Tepung HPA

 Makanan Beku anak tempatan melayu jati bumiputera Islam:
1.Ramly
 2.Azmy
3.Enna
4.Makanan Beku Runcit Az-Zain
5.Ayamas

Sardin melayu jati bumiputera Islam:
1.King Cup *pastikan King Cup made in Malaysia Sahaja
2.Pertima
 3.Agromas (Fama)
4.HPA
5.Classfoods Sardin/Mackerel
6.Adabi

Garam anak tempatan melayu jati bumiputera Islam:
1.Garam Faiza
2.Garam Halagel HPA
3.Garam Tamin
4.Garam Coop 1 Malaysia
5.Garam Gu Awa 593
6.Garam Nevgel
7.Garam Himalaya Sandora

Ubat gigi anak tempatan melayu bumiputera Islam:
1.Mu'min
2.Halagel
3.Miswakgel
4.Najwa