24 Februari 2013

Berat Badan

Bagaimana mengetahui status berat badan saya? Anda boleh menilai status berat badan dengan pengiraan Indeks Jisim Tubuh (IJT). Indeks Jisim Tubuh menentukan sama ada anda mempunyai risiko yang tinggi atau rendah dalam mengalami masalah kesihatan. IJT adalah formula untuk menilai berat badan berbanding dengan ketinggian anda. Ia di kira menggunakan formula seperti berikut:-
 IJT = Berat ( kilogram ) bahagi Tinggi (meter) x Tinggi ( meter )

Jika IJT anda (k g / m 2 )
 Kurang 18.5  Kekurangan berat  badan.
18.5 - 24.9     Normal
25 - 30           Berlebihan berat bad a n
30 atau lebih   Obes

Apa itu berat badan yang sihat? 
Jika nilai IJT anda adalah di antara 18.5 sehingga kurang daripada 25, maka berat badan
anda adalah normal.

Mengapa penting untuk mengekalkan berat badan yang sihat?
Berat badan mempunyai pengaruh yang besar ke atas kesihatan sepanjang hayat. Mengekalkan berat badan yang sihat boleh mengurangkan risiko pelbagai komplikasi
kesihatan. Individu yang mempunyai berat badan berlebihan dan obes berisiko tinggi mendapat
penyakit seperti, darah tinggi, sakit jantung, penyakit pundi hempedu dan osteoarthritis. Obesiti
juga meningkatkan risiko bagi sesetengah jenis kanser seperti kanser kolon, rektum, prostat,
pundi hempedu, serviks, endometrium dan ovari. Obesiti turut memberi kesan kepada
pergerakan , ketahanan fizikal dan fungsi fizikal yang lain. Mereka yang obes juga mungkin
mempunyai kurang yakin terhadap diri sendiri.


Bagaimana saya boleh mengekalkan berat badan yang sihat?


Tip yang sihat dan praktikal untuk mengekalkan berat badan sihat :


- Kekalkan berat badan dalam julat antara 18.5 kg/m2 dan 24.9 kg/m2.
- Rancang diet sihat yang mengandungi pelbagai jenis makanan berdasarkan Piramid
Makanan Malaysia.
- Kekal aktif setiap hari. Mereka yang sentiasa aktif akan berjaya mengekalkan berat
badan. Cara hidup yang aktif akan memberi banyak kebaikan di dalam pengurusan berat
badan, jantung yang sihat, tulang yang kuat dan mengurangkan stres. Untuk pengurusan berat
badan, anda digalakkan untuk melakukan aktiviti fizikal secara sederhana selama 30 minit
sehari (4 – 5 kali sehari). Jangka masa yang pendek dibenarkan tetapi sekurang-kurangnya 30
minit sehari.

Apa itu kurang berat badan? Anda mengalami kurang berat badan jika IJT anda kurang daripada 18.5 kg/m2. Apakah penyebab kurang berat badan? Kurang berat badan adalah keadaan di mana pengambilan tenaga kurang daripada yang digunakan. Masalah lain yang menyebabkan kurang berat badan ialah : baca selanjutnya sini